Saturday, 18 January 2025

Simpan tanda kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, hari terakhir persekolahan sesi 2024 sudah melabuh tirainya, ini bermakna lebaran baru menunggu untuk dihadapi, semoga ketabahan kian bertambah seiring dengan meningkatnya ketinggian kesabaran, WE CAN!

Aku dan tuan asben menyiapkan rangka perjalanan sepanjang cuti sekolah, aku menghurai panjangkan list untuk aku selesaikan satu persatu sebelum meninggalkan rumah, walaupun mengisi memilih pakaian untuk di bawa bersama, setiap hari ada outfitnya sendiri. Aku memang agak leceh sedikit, nampak sahaja simple tapiii itulah. 

Arrizqi membawa pulang satu beg fail peribadi berisi dokumen dan sijil tanda tamat persekolahan darjah enamnya, oh my anak bongsu. Fail itu mengingatkan aku beberapa peristiwa sewaktu Arrizqi mendaftar masuk darjah satu di mana dia berlainan sekolah dengan abang dan kakaknya. Sudahlah kali pertama masuk ke sekolah tersebut, boleh pula dia hilang dari radar pada hari orentasi darjah satu menyebabkan gambarnya tersebar satu sekolah dalam masa tidak sampai satu hari. Pening kepala aku, panik usah dikata sebab suasana serba baru, cikgu pun aku baru kenal, selok belok sekolah itu pun aku belum habis eksplore. Baca: Minggu Suaikenal - Arrizqi hilang!

Arrizqi berada di sekolah tersebut hampir dua minggu, untuk habiskan minggu transisi darjah satu sebelum boleh berpindah sekolah, dia sudah menjadi perhatian beberapa orang guru sesi petang berikutan kehilangannya pada minggu orentasi lepas. Satu hari, kerana aku terlupa memberinya wang belanja menjadikan guru sesi petang sekali lagi panik akan ketiadaan Arrizqi pada waktu persekolahan masih berjalan. Rupanya, Arrizqi ikut kelas Pendidikan Moral. Baca: Hilang lagi sekali - Arrizqi

Gelihati bila aku ingatkan kembali, mengenang bagaimana paniknya guru kelas membuatkan aku ikut sekali huruhara. Terima kasih pada teacher Haliza yang menguruskan Arrizqi ketika itu. Alhamdulillah. Sewaktu hari terakhir Arrizqi di sekolah jauh, teacher Haliza menyatakan dia kehilangan anak murid paling comel dalam kelasnya walaupun hari terakhir itu hari tragedi, namun dapat aku tangani dengan lancar, angkut semua bawa balik. Arrizqi telah melabur amanah saham perut, malu dan tidak malu jugalah, seluar dan baju basah habis. Baca: Hari terakhir di sekolah jauh.- Arrizqi.

Dan minggu seterusnya Arrizqi sudah berada di Sekolah baru sama dengan abang dan kakaknya, memudahkan aku menguruskan hantar-pulang sekolah mereka. Ketiganya serentak bersekolah dua sesi pada waktu itu, jenuh jugalah menjadi seorang surirumah sepenuh masa, sebelum sekolah tutup sepenuhnya kerana PKP (dua kali ganda jenuhnya). Entry bloghijau pun entah ke mana-mana pada tahun kemeruduman dan keletihan dahulu.

Alhamdulillah, semuanya dapat aku atasi dengan penuh kesyukuran, Arrizqi bakal ke sekolah menengah pula menjadikan daktiga sudah melalui dan meninggalkan dua fasa persekolahan. Alhamdulillah, Syukran Allahuakbar.

saka biru turun temurun.

since 2016 to 2024, alhamdulillah.

Turun temurun juga, sampai teacher Khaida pun bertukar sekolah.

Sebencinya kamu kepada sekolah, percaya disaat kamu dewasa kamu akan rindu di zaman kamu sekolah. 

Friday, 17 January 2025

Saudagar Ersyad!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Balik sekolah pagi 15 Rejab 1446| 16.01.2025- Khamis

"nak mandi ke tidak? umie, nak mandi ke?" Arrizqi mengendeng sambil membelek tapawe berisi jajan. Dia ni lah, serabut. Aku masih mengerjakan skrin komputer yang jadi melintang, apahal boleh jadi begini? sewaktu di tinggal tadi, elok sahaja.
"mandilah, kan nak pakai jubah, nanti panaslah, rimaslah, berpeluhlah so pergi mandi solat Zohor sekali, nanti bawa turun kain serban dengan kopiah abi, dalam bilik saya." dengan dak gen Alpha ni, kena bagi arahan satu persatu dengan terang, jelas dan nyata. Arrizqi naik dan bersiap.

Turun semula dia sudah siap berjubah, 
"bencilah, singlet ni tak selesa." aaa, drama seorang Norersyad hendak bermula.
"pakai tshirt dengan treksut Ersyad!" aku masih lagi dengan setting skrin komputer. Dia naik semula. Turun.
"nampak tshirt kat leher ni umie, pastu seluar ni nampak" ya ALLAHuuu Norersyad- dalam hati aku sahaja. Arrizqi memprotes, sangat cerewet ya jika ada yang tidak kena atau tidak selesa.
"tak payah pakai tshirt tu, seluar tu biar je" aku mengarah dengan suara kuat sedikit, hatiku juga mula hangat dek skrin komputer masih lagi tidak normal. Ergh! Arrizqi mundar mandir.
"ni leher saya luas sangat!" lagiiii??? 
"adik, majlis tu sekejap je. Raikan lah walaupun sekejap, pattern baju tu mmg begitu, pakai kopiah dengan kain serban tu, nanti tutup bahagian leher tu, kain serban tu kan besar" hah! panjang lebar aku bersyarah, sambil mengadap Arrizqi yang berdiri memegang igal. Menjeling jam, hampir ke jam 2 petang.

Aku pakaikan igal dan serban untuknya, melabuh betul. Patut beli saiz kanak-kanak sahaja, tapi tidak mengapalah. Arrizqi nampak comel sangat.
"adik tak bawa unta ke?" usik Auni sebaik sahaja dia turun melihat adik bersiap.
"ada ke?" tanya Arrizqi semula, aku sudah ketawa sambil berlalu untuk menghantar Arrizqi ke sekolah rendah agama, hari ini akan diadakan Jamuan Akhir untuk tahun enam sahaja, bertemakan Padang Pasir. Arrizqi masih lagi membebel sampai ke sekolah.
"takde orang pakai pun umie?" halaaa... sudah sampai sekolah ni Arrizqi, kita dah lambat sebenarnya.
"masuk je la dulu, awak tu sudah lambat" dia bersalam dengan aku, melangkah turun juga.
"bye umie" dia berlalu masuk pagar sekolah, hahaaa comel gila. Aku balik dengan senyuman dan bercerita dengan Auni, Auni hanya gelak sahaja dan menyambung me normal kan skrin komputer. Berjaya juga akhirnya, aku cari sampai dapat di bahagian setting.

Arrizqi.

Kelabuhan.

Dapat bunga lagi.

Inilah yang buat hal tu, boleh pula jadi senget begitu.

Balik sekolah, Arrizqi muncul dahulu di tempat aku, Linda, kakHamida dan Fajjida menunggu, berjalan dalam hujan siap bawa  bunga. Masih utuh outfitnya walaupun basah.
"ya habibi, saudagar Ersyad berjalan dalam hujan!" kata Linda sambil ketawa.
"ya saudagar, kejap Ersyad tunggu mama Nazir" ujar aku, apabila kakHamidah sampai aku memberi semula sijil  Nazir yang sudah siap dicetak namanya. KakHamidah menghulur RM5, tidak aku ambil, dia mencari Arrizqi, kami sudah berlari ke kereta. Benda tu simple je, aku suka je untuk membantu melainkan art, aku akan ambil upahnya.Setakat cetak sijil fotostat, hendak kertas warna, manilakad, reben, it's okey, free as long as aku ada bahan-bahannya. 

Hari ini hari terakhir persekolahan sepanjang minggu ini Norersyad Arrizqi di rai pagi dan petang, tidak seperti Adli tahun lepas, dia mengambil cuti sendiri seawal dua hari, hahaa. Semoga semuanya baik-baik sahaja, aku hendak menyambung housekeeping.
It always seems impossible until it's done.~ Nelson Mandela.

Thursday, 16 January 2025

Ke sekolah: Bayaran BAP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam.

Perkara yang paling aku tidak berapa gemar adalah berurusan dengan orang ramai, tidak kiralah bank, klinik, kedai yang ramai pelanggan atau pun sekolah. Lebih-lebih lagi bila tiada seorang pun yang aku kenal dan harus pergi tanpa berteman, ergh mulalah berpeluh satu badan, rasa nak pitam, lemah lutut dan sakit perut, langkah mengurangkan semua gejala di atas adalah buka #2025sya2note (planner sudah ada nama) dan mula susun jadual untuk sepanjang hari ini.

Penat hendak fikir outfit, aku pakai sahaja kurung wana hitam kosong dipadankan dengan keffiyeh@kain serban, hahaaa. Otak tak berapa nak berfungsi sangat, kain serban baru beli untuk Arrizqi pakai ke jamuan SRA yang bertema Arabic. Mari aku rasmikan dahulu, matching betul dengan baju kurung hitam yang aku pakai.

Di sebabkan Auni dan Arrizqi berada di sesi pagi, maka bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sesi 2025 perlu dibayar pada waktu pagi juga. Aku bawa Auni ke sekolah menengah dahulu, biar dia ambil sendiri, sudah 15 tahun masakan mahu berkepit dengan emak lagi kan? aku memilih untuk dibayar secara tunai kerana lebih mudah. Berasakan urusannya tidak lama, aku hanya menunggu Auni di luar pagar sekolah sahaja, aku tidak suka masuk sekolah.

Sebaik sahaja Auni masuk kereta, aku memandu turun ke sekolah kebangsaan pula untuk uruskan Arrizqi. Parking jauh kerana tiada ruang parking berhadapan sekolah kebangsaan. Auni tidak mahu temankan aku masuk sekolah Arrizqi, ergh! aku mencari teman-teman, namun kelibat mereka tidak ada. Masuk sahaja perkarangan sekolah jantung sudah bertukar rentak menjadi laju, adoiii sabarlah Syasya it's just a school, keep calm. Bernafas.

Aku disambut Cikgu Akashah dipintu dewan.
"anak kelas apa puan?" tanyanya.
"6 Sinar"
"tu Mr.Sean, barisannya panjang lagi, kena tunggu sekejap" dia mengajak aku menjengah sama ke dalam dewan yang sudah di atur kerusi dan meja untuk semua kelas sesi pagi dan petang. Urusan pembayaran hanya berlaku di dewan itu sahaja.
"terima kasih cikgu"
"sama-sama" aku berlalu ke barisan 6 Sinar sambil bernafas dengan elok.

"eh?" sebaik sahaja mata aku bertentang dengan Suezanna dan kakHamidah berada di hadapannya.
"kakak!" Ayra anak bongsu Suezanna menegur aku. 
"la, sama pula tema kita." aku gelak. Suezana ketawa. Warna outfit kami sedondon sama, kami menunggu giliran, sesekali aku mengajar Ayra menyebut nombor dan huruf besar yang ada disekitar kami duduk. Sampai part sini aku sudah lega sedikit.
"jiran, meh sini temankan I sini" aku dijerit missNik guru Bahasa Inggeris yang duduk bersebelahan mrSean, rumah kami diselangkan sebuah rumah sahaja tambahan kami sebaya, itu yang pantang sungguh nampak muka aku, dia selamba betul menegur. Satu sekolah hendak diberitahu aku adalah jirannya, sabar je la.

Selesai berurusan, aku terus menuju pagar sekolah.
"kakak, lama tidak nampak u? sudah selesai?" aku ditegur pakguard sekolah berbangsa India, dia memang kenal betul dengan aku. 
"ada je, sudah selesai. Lepas ni u dah tak nampak I lagi, ni yang terakhir" aku mengeluarkan satu penyataan.
"pindah ke?" tanya yang pakguard lagi seorang.
"sudah sekolah atas, kakak busy di atas pula" pakguard berbangsa India membantu jawab. Aku hanya ketawa. Betullah tu, sekolah atas tu maknanya sekolah menengah. Tidak mahu meneruskan perbualan, aku minta diri untuk menunggu Arrizqi di luar pagar sekolah.

Sebaik sahaja Arrizqi keluar pagar sekolah, aku mengajak mereka berdua ke SCMarket. Aku hendak beli glue dan juga sedikit barang basah, lama dapur ku tidak berasap. 

Selepas Zohor, aku membawa Adli pula untuk pergi ambil BAP di sekolah menengah untuk sesi petang. Dia tidak mahu pergi, asyik hendak mengadap games sahaja marilah kita berdamai dengan alam sekejap, jumpa kawan-kawan. Parking depan sekolah lengang sahaja, tidak ramai yang memilih bayarang tunai.
"dah turun, ni IC pergi ambil sendiri, saya tunggu dalam kereta ja" aku menyuruhnya turun kerana ada sebuah lori menunggu dibelakang.
"saya bawa hp" Adli turun dari kereta. Tidak lamapun urusannya, aku baru meletak kereta elok-elok, Adli sudah pun muncul di pagar sekolah dengan senyuman.
"kan kejap je. Nak singgah beli apa-apa tak?" aku bertanya memandu pulang ke rumah akan lalu deretan gerai makanan berhadapan sekolah kebangsaan.
"taknak, kan adik dah beli tadi." jawabnya. 

Sampai di rumah, aku mengajak Arrizqi goreng naget dan kentang, dia yang paling tidak sabar tadi. Siap semua barulah aku duduk makan. Lapar sungguh!
"korang nak makan nasi tak?"
"taknak, tu banyak makanan kita beli tadi umie, jangan membazir" kata Arrizqi.
"abang nak nasi tak?" tanya aku pula, si Adli ni bila aku tak masak dia akan tanya nasi, bila aku masak kadang dia tak makan, geram ja.
"takyah la umie, saya dah kenyang" okeylah jika begitu. 

Dan hari ini menu nasi, marilah kita ke dapur. Ihiks! jika ada tuan asben, memang hari-hari menu nasi. Jika daktiga ni sahaja, nasi as per request. Aku? aku ikut dan ja. Sekian cerita semalam.

Serban uols, janji boleh ja.

dengan Ayra, masih gigih suruh dia panggil aku aunty.

anak teruna bongsuku.
Every moment is a fresh beginning. ~ T.S Eliot.

Wednesday, 15 January 2025

Kena Puji.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai solat Zohor, makan tengah hari pun sudah dibereskan, minum petang juga ada. Bersihkan rumah sikit-sikit, aku kembali mengadap Quilling Paper Art. Mencabar betul task kali ini, memenuhkan frame bersaiz A1 sungguh mengambil masa dan idea.

Aku buka podcast Sinar- Borak Selebriti kerana aku perlu fokus menggulung sambil mendengar muzik atau menonton rancangan yang tidak perlu fokus. Jika aku menonton drama, aku perlu fahamkan jalan ceritanya, walaupun fleksibel namun quilling kali ini wajib terampil, kerana Jalil seorang perfectionist.

Sedang aku fokus, aku mendapat backhugs from my tuan asben, memang favourite perangai dia, dia tengok apa yang aku ralit sangat sampai tidak sedar dia datang, dia alihkan tangan aku yang masih memegang slotted quilling tool, 
"uiii apeniii, cantiknyaaa!" for the 1st time of my life dengar dia puji tentang my art, rasa terangkat sekejap, rasa mahu senyum sahaja. Di kala semangat aku yang kian merudum kerana menggulung seorang diri, dapat pula pujian daripada orang yang jarang sangat memuji, terus jadi berkobar-kobar. Ayuh kita.

Sekarang aku sampai part langit, habis sahaja saiz A3 ini, aku perlu beralih lagi ke A3 yang seterusnya. Disamping menyiapkan megaprojek ni, aku buat juga yang kecil-kecilan, selit-selit. Terima kasih Jalil sebab bagi aku design sepenuhnya, dia pun tidak berani bertanya, dia mahukan kejutan. Dia tidak kisah jika aku ambil masa lama, katanya aku buat dengan kasih sayang, aaaagitu!

Sekarang ini, glue aku habis. Kena cari glue dulu baru boleh teruskan menggulung. Semangat Syasya, semangat!

Actual picture. Sampai terbalik botol glue tu.

Hampir penuh.

Uiii lawa gak batang pokok tu, aku tak sabar tunggu siap semua sekali.

Tiber pula muji diri sendiri, ahahahaaa. So lepas ni kita nak buat part mana dulu, sebelah atau atas? Macam biasa, time orang wordless aku banyak pula bebelnya. Ahah! Okey, mahu menyambung housecore, hari ini super busy harus masuk sekolah daktiga ni. See ya!

Tuesday, 14 January 2025

Cenderamata Cawan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu hari, tuan asben pulang dengan mini gino yang penuh dengan barang dagangan, eh bukan! akan tetapi barang daripada hasil kehadirannya sempena majlis dia berpindah ke Melaka. Memang tidak sampai setahun pun dia di Pahang sudah di arah pindah ke Melaka pula, alhamdulillah hasil kerjanya cemerlang menjadikan dia berpindah ladang pula. Aku membantunya mengangkat satu-persatu, banyak betol. 
"hadiah pindah serupa hadiah baru nikah, biar betul ayang ni.!" aku membebel, saja buat-buat seronok, akulah yang kena buka semua cenderamata ini nanti, aku PASTI wiii!
Paling banyak cenderamata berupa plague, sudah tentulah berukir namanya. Bila sudah banyak plague, menjadikan otakku berfikir hendak membeli kabinet sudut lutsinar yang bercermin- okey masuk list. Hadiah lainnya, seperti biasa pembakar roti, pemanas air, air fryer, dua set frame dinding, set solat dan Al Quran. Dalam banyak-banyak tu, ada terselit set seperti hantaran, kebetulan ulangtahun Adli baru sahaja berlalu, tuan asben bagi sahaja cenderamata tersebut kepada Adli dan Auni dapat set cawan dimana aku letak dalam chart tiktok belum sempat check-out. 

Di satu hari yang lain sebelum sesi persekolahan berakhir, cerita sekolah lagikan? hahaa, mak-mak katakan selagi anak bersekolah, ini sahajalah ceritanya. 
"umie, kakak ada hitea PRS, kakak dah bayar, kakak pergi dengan Iman." satu ayat jelas keluar daripada Auni sebaik sahaja kami meninggalkan pagar sekolah menengah.
"tema apa? buat kat mana? pukul berapa?" emak dan persoalan berpisah tiada.
"tema retro, buat kat hrmmm... Iman tahulah nanti pergi dengan emak dia, petang umie, dorang tak jadi buat malam." Auni menjawab sambil membelek handpone.
"kena cari outfit tu." dan aku pun ikut menyibuk tiktok mencari tema. Dek kerana masanya tidak banyak, aku teringat Mazlina- dia pernah posting anaknya kemajlis bertemakan retro, dapat pinjam topi. Aku belikan juga Auni shawl polkadot, simple-simple sudahla. Balik daripada majlis Auni bawa cenderamata berupa cawan serupa dengan tuan asben bagi sebelum ini, warnanya sahaja yang berlainan. Terus dia mencari Arrizqi.
"kenapa tak bagi abang?" aku tanya.
"abang curi duit kakak." jawabnya, duit yang dimaksudkan dalam game online ye kawan-kawan. 
"lah!" aku tidak bertanya lanjut. Auni memang dia akan share dengan Arrizqi. Arrizqi dia akan share dengan semua orang, abang atau pun kakak. Adli, dia share dengan orang yang baik dengan dia. That's my daktiga punya perangai.

Jadi cawan dalam chart aku tadi, boleh kurangkan sebiji lagi. Akukan suka sedondon, tu yang gigih semua hendak sama. Walhal cawan je kot. Sambung,

Semalam, Arrizqi balik dari sekolah bawa cawan sama bentuk, dapat daripada guru kelasnya kerana semua parent telah membuat bayaran PIBG. 
"dapat cawan umie, sama macam cawan kakak bagi saya, saya bagi abanglah tapi saya nak strawnya." Arrizqi membuat penyataan selepas aku bertanya dapat cawan macam mana.
"straw banyak kat dapur tu. Warna apa? mana nak tengok?" emak kepoci.
"ada dalam sinki saya dah basuh." jawab Adli sambil sengih. Nampaknya aku tidak jadilah check-out cawan dalam chart, semua sudah ada satu seorang sama persis.

Cawan ni memang berguna untuk daktiga buat air sendiri, emak minum air masak sahaja jadi tidak rajin untuk membancuh banyak-banyak air. Membancuh air jika tuan asben ada di rumah sahaja. Jadi sekian cerita cawan sedondon, muahahahaa!

Kakak (oren). Abang (putih). Adik (hijau).

A years before.

A years before-before, hahaa!

Cernderamata: Pemberian yang kekal contohnya gambar, cermin, cawan, buku, pen, jam.
Cenderahati: Pemberian tidak kekal contohnya buah-buahan, kuih-muih, wang dan bunga.

Sunday, 12 January 2025

Penutup Sekolah Rendah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

10 REJAB 1446 | 11.01.2025 - Sabtu.

6.35am suasana masih lagi gelap, aku dan Arrizqi menunggu enjin kereta hangat sedikit, cuaca pagi yang lembab dan sejuk membuatkan kepala terbayang indahnya sekiranya kita masih di bawah selimut namun acara yang akan berlangsung pada hari ini membuatkan aku dan Arrizqi teruja. 
"Sya, kereta tidak boleh parking dalam, kena parking luar, datang pat parking depan kitorang." begitulah suara kakHamidah apabila dia menelefon daripada tempat kejadian sewaktu aku sudah separuh jalan, memulakan pemanduan. Dalam hati menyumpah juga, parking banyak berhadapan auditorium, tetapi tidak boleh pula, hrmmm... 
"kita parking luar sini je la umie, takpe jalan sikit" Arrizqi sudah panas punggung tidak sabar-sabar. Rintik hujan mula turun. Sebelum lebih lebat, marilah kita. Kami berpapasan, aku, Arrizqi, kakHamidah dan Fajjida teman baikku seperti biasa masuk ke perkarangan auditorium.

Malas hendak memulakan perdebatan tentang parking, aku redah sahaja. Arrizqi sudah hilang dengan teman-temannya, aku melayan dua tiga orang teman yang sama-sama datang meraikan anak-anak masing dalam majlis yang sama sebelum diheret Fajjida, aku mencari kakHamidah ke meja pendaftaran untuk mendapatkan pass masuk, huru-hara sedikit kerana ruang tersebut tidak berlampu, ada suisnya tetapi urusetia tidak jumpa, gelap dan disuluh lampu handpone masing-masing, aku menyelit melepaskan diri sahaja, hahaa selfish.

Fajjida dan kakHamidah hilang lagi, aku mencari Arrizqi untuk pergi bersarapan. Anak-anak lebih terampil, berbaris elok untuk mencari nama masing-masing di ruangan lain. Arrizqi di hadapan sekali, sudahlah kecil dikelilingi dengan teman yang berbadan besar, aku lihat sahaja dia meloloskan diri daripada kepungan.
"umie, kita pergi makan kat atas sana" sebaik sahaja dia nampak aku yang sedang mundar-mandir mencari teman yang sudah hilang ke mana-mana. Aku bawa diri sahajalah, sebelum Fajjida muncul entah dari mana mengajak aku. Aku suka dengan dia ni, orang berniagakan? laju dan pantas bertindak. Arrizqi mengetuai, berjalan mendaki tangga yang berbukit berpandangan indah. Aku pernah sahaja berada di sini, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Makaysia, Sg. Buloh. Arrizqi bawakan sarapan aku serahkan pass sarapan, Fajjida mencari tempat duduk. Aku duduk makan dengan Fajjida sebelum didatangi kakHamidah dan Nurul beserta anak masing-masing yang juga satu kelas dengan Arrizqi.

Kembali semula di auditorium, aku serahkan pass masuk pula. Berpisah lagi dengan Arrizqi apabila diheret lagi oleh Fajjida yang terus mencari tempat duduk. Baris tengah paling strategik, aku, Fajjida, kakMidah dan Nurul berderet. Mereka bangun menguruskan anak masing-masing yang sedang bersiap dengan jubah. Aku di suruh menjaga barisan tempat duduk, lah! terima kasih kakHamidah membantu aku menguruskan Arrizqi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Negeri Selangor. Argh! nyanyi satu auditorium begini buat aku rasa sebak ja, feeling zaman sekolah-sekolah. Diikuti dengan ucapan pengetua sekolah dan ucapan perasmi majlis, seorang tuan inspektor polis- tiba-tiba teringat tuan asben, ahah! 

Setelah dirasmikan acara penyampaian scroll sidang pertama bermula tiga kelas dahulu, satu persatu nama dipanggil, ada yang susah disebut, ada yang gambar lain namanya lain, ada yang terberangan lupa nama sendiri, comel betul perangai anak-anak. Ada yang mengaut lebih daripada satu anugerah sehingga tidak cukup tangan untuk pegang. Berehat seketika kami di hiburkan dengan persembahan rekoder secara medley oleh anak-anak darjah empat diiringi dengan petikan ukulele oleh penyelaras tahun enam, Mr. Sean Dan Sean. Gabungan melody tanpa lirik itu membuatkan aku dan Fajjida ikut sama menyanyi, kami hanya ketawa dalam senyap sahaja apabila tersalah atau terlupa lirik. Auditoriumkan? orang atas pentas nampak jelas akan perangai kami, begitu jugalah sebaliknya- tiada peluang hendak lena boleh viral nanti.

Selesai persembahan bacaan sajak, sidang dua diteruskan, dua kelas termasuk kelas Arrizqi, Damia, Nazir dan Syafik, haaa anak kami semua di sini. Seorang roll video, seorang kamera, semua angkat phone masing-masing, termasuk barisan belakang kami, ada Suezana, kakAzy dan Ain yang anak mereka juga dalam satu kelas sama. Perangai mak-mak hendak mememori semua benda. Aku tidak sempat hendak ambil gambar emak-emak ni, pasti comel jika dapat candid.

Sebelum sidang tiga bermula, kami diharmonikan dengan nyanyian nasyid daripada anak-anak darjah enam. Alahaiii manis-manisnya penyanyi nasyid ni, sejuk sahaja melihatnya. Mereka menyanyikan lagu Terima Kasih daripada Hijjaz. Walaupun tanpa muzik namun senyuman mereka sambil menyanyi tu membuatkan hatiku sebu, ditambah pula dengan video yang dipersembahkan, aku tak sanggup hendak tengok. Aku sudah meleleh air mata. Sebak betholll! aku pandang Fajjida, dia tengah lap air mata, lahaiii bukan aku seorang sahaja rupanya. 
"nasib baik tiada lagu Shila Hamzah tu, memang lebur macho aku satgi, habis eyeshadow I" akui aku pada Fajjida membuatkan dia ketawa.
"tu lah kan." jawabnya, rupanya kakHamidah dengan Nurul tengah sibuk, men trowback picture anak memasing waktu mereka belum ke sekolah, membuatkan aku dan Fajjida juga berbuat yang sama. Kami bertukar-tukar gambar, sambil acara penyampaian scroll diteruskan. Kerana anak-anak kami telah selesai semuanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh Murid Perempuan dan bersurai. Arrizqi sudah tidak sabar-sabar mendapatkan aku, dia duduk sebaris dengan aku, tetapi di bahagian kiri dewan. 
"umie, kita keluar dari sini dulu, pergi makan tempat tadi. Jom!" 
"kau keluar dulu, nanti jumpa kat luar, ramai sangat ni." kata Fajjida membuatkan aku terus mengekor Arrizqi mencari pintu keluar dengan berhati-hati. Selesai melepaskan diri, Arrizqi terus sahaja ke tempat makan tengahari, penat betul manjat bukit kali kedua, habis tenaga. Orang masih lagi belum ramai.
"Ersyaaaad!" kami bertemu dengan Ustazah Afifah mengajar Pendidikan Islam Arrizqi.
"emak Ersyad ke ni? betul ke emak Ersyad?" dia bertanya Arrizqi, was-was. Aku sudah pun terangguk-angguk lemah lutut jumpa mereka yang soft spoken begini, aku mudah mencair.
"iya saya emak dia" aku menjawab juga, letih pula jadi pemerhati diantara dua orang yang pemalu.
"mudanya puan, puan nampak muda sangat, umur berapa puan, Ersyad anak sulung ke?" argh sudah, tahun 2025 ku fikir tiada lagi soalan ini. Umurku meningkat lagi.
"huuu, anak bongsu. Kita dah 41 tahun cikgu."
"puan kerja ke?" 
"suri dalam rumah sepenuhnya" jawabku perlahan. Segan. Aku cuba wujudkan suasana mesra.
"puan, Ersyad ni baik sangat, dia fokus dalam kelas, dia rajin. Antara ramai-ramai pelajar tahun enam saya suka sangat dengan dia. Dia bagus. Ersyad, teruskan jadi baik ye walaupun awak dah tidak bersekolah di sini." alahaiii terawang-awangan aku jadinya.
"terima kasih ustazah, terima kasih sama-sama mengajar dan mendidik dia." tu je yang aku terfikir.
"dah pergi makan, lepas tu boleh bergambar." selesai berpamitan, kami mengambil makan tengah hari sambil menunggu siapa-siapa yang kami kenal muncul. Tiada.
"jomlah umie. Saya dah rimas lah dengan jubah ni." Arrizqi sudah merengek. Sebelum dipulangkan, mari kita bergambar di tempat yang cantik ini dahulu.

Turun bawah berselisih dengan mereka yang baru hendak naik, aku ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja. Peramah kan, hahaa! Sampai di bawah, barulah reunion mak-mak with anak-anak, bising ruangan tu. Macam-macam kerenah, tidak mahu hilang lagi aku ambil kesempatan memory the moment. Aku petik sahaja apa yang ada. Lawa tidak nanti kita edit. Hendak keluar pun masih hujan. Janji ada kenangan.

Sebaik Arrizqi pergi memulangkan jubah, aku berbual dengan kakAzy sebentar dan terus balik, badan aku juga sudah tidak larat benar. Aku singgah membeli nasi ayam dan kudapan untuk penghuni rumah. Tuan asben sudahpun keluar untuk menukar cermin kereta kelisanya. Selesai urusan hari ini, mari update sana dan sini. Tapi ini yang paling panjang, catatan di bloghijau, memori terindah. 

Album: Healing style emak-emak.


Meraikan Norersyad Arrizqi.

Nasyid.

VIP yang sentiasa berulang alik ambil-hantar anak-anak.

Me. Fajjida. kakHamidah dan Nurul.

Terbaik Bahasa Arab & Sahsiah Terpuji.

Hrmmm...

Homeroom teacher: Mr. Sean & BI teacher@jiran: Miss Nik.

Fajjida. Suezana. kakAzy, kakHamidah, Nurul & keriuhan.

Syafiq (Nurul). Nazir (kakHamidah). Adam (kakAzy). & Arrizqi TAHNIAH  korang!

My bayi rezeki ni sudah 12tahun, alhamdulillah. Ibu Aqil, kakMim dengan mummyAyu mesti tahu kisah lucu kelahiran dak rezeki ni dan kenapa namanya Arrizqi - REZEKI

Terima kasih sudi baca panjang-panjang.

Friday, 10 January 2025

Bersiap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku dan Arrizqi berdiri berhadapan kabinet pakaian, dia baru lepas mandi.
"Ersyad, hari Sabtu nanti mahu pakai baju melayu mana satu?" sambil aku menyelak-nyelak pakaian yang bergantungan.
"ungu lah umie, ada tak?" dia ikut menjengah sama.
"alaaa, saya baru pakai baju ungu. Ni ada ungu, baju abang baju Ersyad dah tak muat."
"cikgu kata pakai warna terang-terang, ni?" dia tunjuk baju warna teal, hijau agak kebiruan.
"gelap juga tu, ungu pun gelap, hijau ni lah! baju abang juga pakai ni lah, saya pakai batik hijau."
"okey, samping? dia menjengah deretan samping bahagian atas kabinet. Tu ada banyak warna. Hitam silver umie." aku turunkan semua samping, dia padankan dengan baju. Dan sambung,
"alaaa licin." dia cerewet sama macam aku, tidak pakai jika tidak selesa.
"pakai kuninglah, nampak kontra, saya pakai shawl warna sama." aku keluarkan semua baju dan padankan dengan baju batik aku sekali letak atas tempat penggosok.
"bolehla, sama dengan umie." Arrizqi menghilang. Aku membelek lagi pakaian kami yang akan dipakai Sabtu nanti, Majlis Anugerah untuk tahun enam. Nanti sahajalah aku gosok.

Rehat malam sambil menonton drama kepala otak aku sudah berfikiran ke hari esok, emak-emak sangat! Apa yang aku akan pakai esok pagi, baju warna apa, tema apa, tudungnya apa walaupun aku hanyalah seorang surirumah sepenuh masa, muahahaa. Kisah aku!!! 

Jika rajin, aku akan tanya daktiga pilih satu warna, aku akan pakai ikut warna pilihan mereka ikut hari. Kadang aku google, pakai mengikut hari yang pakar psikologi telah tentukan. Kadang aku buat gila, setiap hari aku pakai warna hijau. Aku sejenis manusia yang bersiap biarpun hanya duduk di rumah. Bagi aku jika tidak pakai, bila lagi? sehinggakan mereka kerap berteka teki dengan kerjaya aku- cikgulah, keranilah, paling tidak masuk akal mereka fikir aku dak universiti, apo?

Banyak-banyak terma pakaian, aku lebih selesa dengan baju kurung, senang melangkah dan selesa. Baru-baru ini, teman baik aku menyatakan dia suka jika aku mengenakan skirt, blouse atau kemeja menjadikan aku let's shopping skirt, ihiks! 

Mix and match.

Pakai dress ni, disaspek berumur 25tahun, haih!

Boleh jadi skirt.

Vegitarian

Cubaan ber t-shirt.

Aura dan warna mengikut hari.

I love gweeen!

Jadi, apakah anda seorang bersiap juga? eh aku di rumah pun pakai lipstick lagi-lagi bila tuan asben kata dia coming home tu kan, aaaaaaahahahahahaa! 
If my outfit looks good I candeal with ANYTHING.

Wednesday, 8 January 2025

Drama Seni Kertas dan Netflix.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nampaknya sudah mula skip update rumah hijau ni, ahahahaaa! sebenarnya aku ralit dengan Quilling Paper Art aku tu, hendak menyiapkan satu saiz bersaiz A3 makan masa berbulan. Lepas tu bila time meregang kaki tangan dan menyembang dengan daktiga fokus beralih arah pula. Lagipunkan, aku tiada idea mahu cerita apa, ahahahaa. Kehidupan aku membosankan sangat ke? adeih!

Aku mengerjakan tv tuan asben, Netflix nya tidak boleh berfungsi dengan baik entah apa salahnya. Asyik kena retry setiap kali tajuk drama sudah dipilih. Biasanya tuan asben sahaja yang mengerjakannya, ini mahu menunggu dia balik mahunya sunyi kehidupan aku tanpa Ding Yuxi, Wang Hedi dan Liu Xueyi- keras aku satgi.

Aku wA juga bertanya apa yang kena buat, dia mengajar step by step, sampailah aku dapat tengok satu movie cina, I am the Secret in your Heart. Habis movie, aku masuk tidur. Adli sambung hendak nonton Squidgame , sudah dua hari dia bising. Rupanya, Netflix tu jadi loading namun dramanya tidak muncul. Adli nonton Squidgame melalui handphone, siap diajarnya aku guna loklok bagai. Aku lebih suka nonton melalui telegram sahaja. Esok paginya aku terkejut bertembung dengan Adli, rupanya dia tidak tidur semalaman, selesai dia mandi dan Subuh dia minta nasi lemak singgit. Aku mengajaknya sekali makan di kedai sebaik sahaja menghantar Arrizqi ke sekolah tetapi dia tak mahu. Sejuk, nak guleng-guleng katanya.

Malam kedua melayan Netflix masih lagi yang tidak beroperasi, aku buat balik step by step semalam, mengadu lagi pada tuan asben- dasar mengada. Nasiblah siapa suruh tidak pulang minggu lepas, hari-hari aku wA kacau dia. Tuan asben tambah lagi satu step yang semalam dia tidak beritahu, restart balik. Maka habis segala plug aku off dan mulakan semula. Adui sesabar ini mahu menonton.

Akhirnya, elok juga. Namun, drama pula kesemuanya tidak menarik perhatian. Kebanyakan cerita aku sudah tengok. Entahlah emosi aku kosong betul. Yang daktiga tu, havoc makan kuey tiow sup sambil borak topik entah apa-apa di meja makan. Aku tidak join sebab aku sudah makan dahulu tadi, lapar sangat. Akhirnya aku kembali menonton Just Between Lovers sahaja, melayan mata sampai ketiduran. 

Pagi ini, sebaik sahaja memanaskan semula sup ayam semalam gas pula habis, okey sekian. Ada dua biji tonggas keduanya sudah empty maka tunggulah orang yang bertugas setiap kali gas habis. Semuanya aku hendak kena handle sendiri, capek maknyah! Aku makin sudah tidak sabar mahu melarikan diri ni, hahaaa tapiii masih juga kena angkut daktiga, cis. Soh tinggal dengan si bapa, semuanya hendak aku ada sekali, eh? aku juga? sabojela.

Sekian membebel, korang wordless kan? maafla drama kehidupan aku ni biasa-biasa je. Terima kasih sudi baca, semoga semua baik-baik sahaja okey.

Album quilling art: My masterpiece Kad Ucapan untuk Barisan Hadapan

Argh comel-comel.

Guestbook.

Kad ucapan, kitar semula kalender meja.

Kitarsemula kalender meja.

Saturday, 4 January 2025

Papan kekunci dan rak monitor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasanya aku buat paperart atas meja, buat pun size kecil-kecil sahaja jadi muatlah semuanya dilambakkan atas meja. Satu hari dapat tempahan bersaiz besar, arrr... kuusahakan meja sama ini juga untuk memuatkan kertas saiz A3 tersebut supaya tidak komot sehingga aku terfikir untuk membeli rak monitor yang boleh kongsi dengan papan kekunci. Jadi, dapatlah ruang lebih besar sedikit lagi.

Tanpa berfikir panjang rak yang berharga RM10 dari kedai hitam putih logo muzik tu aku beli. Bila rak sudah sampai, tanpa berfikir panjang kita pasang. Kacang je! 

Sup~sap~sup~sap aaasyiap! gigihla buat sesorang, barang sendiri kena teruja sendiri. Letak monitor okey je, sekali nak masukkan papan kekunci, naaah... surprise! - tak muat nyah! aigooo, patutlah masa memilih hari tu pakej ada saiz, aku main bedal sahaja dengan fikiran semua saiz papan kekunci adalah sama.

Pastu? takkan sudah beli tidak digunakan? walaupun RM10 masakan hendak beli yang lain? tiiidak sama sekali, marilah kita buat sampai papan kekunci tu boleh muat masuk rumah. Paperart aku tinggalkan dahulu sekarang episod,

Syasya vs rak monitor.

Aku kepakkan sedikit kaki rak, kasi kangkangnya lebar sehabis yang boleh. Dapatlah jarak beberapa milimeter lebar namun, papan kekunci masih lagi belum muat. Aku diam jap mencari akal sempatlah pergi makan, pergi solat untuk dapat akal. Sambung lagi episod,

Syasya vs papan kekunci.

Masakan hendak kena beli papan kekunci yang baru? Eh, satu hallah pula. Udahla wang tabungan sudah nipis-nipis sahaja. Aku belek papan kekunci, lama. Sehingga, mari kita kecikkan papan kekunci ini. Yang menjadikan papan kekunci ni lebar hanyalah sayap berupa kepingan logam padu dikiri dan kanan- macam sayap, yang aku rasakan boleh  dibengkokkan sikit ni. Aku menggunakan player muncung tirus (itu je pun yang ada depan mata) untuk aku lipat habis sayap kiri dan kanan agar masuk kedalam. 

Gigih! gunakan segala teknik yang ada, taraaa... menjadi. Dengan Syasya, dia akan buat sampai jadi- sebenarnya dia takut kena bebel dengan suami. Papan kekunciku sudah masuk dalam rumahnya, manse~manse~mamanse yabedabedu! aku senyum puas hati, alhamdulillah tidak perlu membeli apa-apa lagi. Selesai mengemas meja, aku kembali mengerjakan paperart dengan rasa senang hati, wiii!

Kesimpulannya, sebelum hendak beli apa-apa tu, buatlah kajian dengan penuh teliti terhadap barang yang hendak dibeli, jika tidak terpaksa cari si akal untuk menggunakan barang tersebut  dengan jayanya. Baiklah, sekian khidmat nasihat seorang biasa-biasa je selamat berhujung minggu.

kangkangkan kaki. runtuh nanti kita cari akal lain. gunapakai dulu.

kecikkan sayap kiri kanan. entah apa-apa design papankekunci ni.

dok situ diam-diam.
ngam-ngam.

Orang yang RAJIN memberikan 10 jawapan untuk satu soalan. 
Orang yang MALAS akan memberikan 10 alasan untuk tidak menjawab satu soalan.

Friday, 3 January 2025

Planner 2025.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Belum lagi letak nama, entahla aku sudah habis stok idea. Setiap tahun memang aku sediakan satu untuk aku catat kejadian penting agar mudah diingat dan dibuat dengan lebih tersusun. Tahun ini, aku gunakan notebook dengan insert dotdot yang aku beli secondhand daripada Sha Whitey Mommy, satu hari dia letgo kebanyakkan barang-barang art dia, jadi aku mengambil kesempatan membelinya. 

Sebahgian notebook baru aku jadikan gift buat teman-teman daktiga, kerana sekalian temanku tidak minat dengan planner sebagaimana aku. I just simple me, aku lebih suka guna apa yang ada di sekeliling, lagi-lagi kitarsemula. Kebanyakkan planner aku sebelum ini hanya buat sendiri, kumpul kertas daripada buku sekolah anak-anak atau pun kertas A4 kosong dijilid sendiri. Rajin sedikit aku buat naskah by naskhah dan jahit semua jadikan notebook. Ada yang aku gam sahaja tepinya, kulit daripada kotak kek Secret Recipe. 

Untuk tahun 2024 aku gunakan photobook kumpulan Nu'est, satu-satunya kumpulan kpop yang aku stand siap beli all Nuest merchandice, konsert je aku tidak pernah pergi, aku rimas untuk pergi tempat havoc begitu. Photobook tu cantik sangat, warna tema hitam-putih dan ruang kosong dalamnya sangat banyak, why not kita buat planner lengkap dengan sarungnya sekali. Alhamdulillah kulit ke kulit berguna untuk tahun 2024. 

Tahun ini, kita gunakan lagi notebook yang sedia ada, lambat sangat hendak tunggu tuan asben bawa pulang kita conteng dululah. Tidak habis dekorasi sudah masuk tahun baru. Bulan Januari sahaja lengkap, kerana aktiviti sekolah masih ada dan sudah masuk tahun baru. Oh my!

So Planner 2025, please be nice. Jangan terburai awal-awal ye, banyak agenda menanti ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Dashboard.


Planner inside. 

Edisi campak belakang: Planner-Journal. Kertas dan Pen.

#sya2blackwhitenote2024

December dashboard.



The insert. Tak sama setiap bulan sebab dekorasi ikut ruang kosong photobook.

#sya2blackwhitenote2023

Buku sekolah daktiga.

Siapa geng? hiii... sambung buat housework macam biasa. Daaa...