Monday, 31 January 2011

Kasih Teman 2.

Salam satu Malaysia.

Aku balik Johor, hujan mengiringi akan tetapi demi memenuhi parent yang menanti cucu, haruslah ditunaikan, lagi pun ini pertama kali pulang dalam tahun 2011.

Macam biasa, tujuan kali ini adalah shopping, habis terbang melayang RM-RM-RM aku kerana memborong baju si Oni sampai 8 pasang, muahahaaa. Itu pun ada hati lagi nak cukupkan 10. Akan tetapi aku telah berniat untuk belanja mama sekali, dapatla kasut dan handbag untuk dia. Ngeee.

Nanti aku interframe, ni nak kisahkan hari Ahad, aktiviti sebelum aku balik KL. Rancangan untuk melawat babyAkif bersama dakAQiL Ryan. Garang betul dakAQiL ni, mata dia bulat. Tapiii still malu-malu, suka ajak mama ngan papa dia teman.

Anak dara aku? huiii tak payah ceritala, naik segan aku dengan tuan rumah. Habis dipusingnya rumah kawan aku tu, belum lagi bila tokMan ayah eBiQ keluarkan jajan, kiri kanan dalam mulut, semua ada. Oni-Oni-Oni.

Kasih Teman klik untuk baca =) semasa Oni dan aQiL dalam perut. Baru 3 bulan kalau tak silap.

Niii gambar sekarang, dah besar. Setahun setengah. See budak selamba tu???

mrABi tengah layan anak daranya.

mrABi mengadap 2 hero babyAkif dan dakAQiL, ambil aura.

Kami kawan sekolah. Tinggal di KL, tapiii jumpa di kampung juga.
Auni, akif dan aQiL.


Kronogi aku dan bakyah. Kawan satu kelas - balajar di bawah *ILJTM - berkahwin pada bulan Jun - Pernah tinggal di Bdr Tun Razak/ Bdr Tasik Selatan.

Kronologi mrABi dan AQiM - daripada ILJTM - pernah tinggal di Keramat.

Kronologi Oni dan aQiL. Lahir pada 2 dan 25 Julai 2009.

See? tidak hairanla kami masih bersama sehingga hari ini.

~)@ Eh kenapa citer pasal Bakyah? hahaaa. ebiQ dan Bakyah kawan sekolah Agama, aku hanya jumpa setiap hari Sabtu jika pulang ke kampung.

Friday, 28 January 2011

Lucky Draw >> Cabutan Bertuah My Followers Blog S.H.A.I.Z.H.A.R

Salam satu Malaysia.

Rasanya kali kedua GA di blog hijau, join kerana menyokong. Berkenalan dengannya ketika blog ini bertatih-tatih mencari identiti sendiri. Pergh, puitis sungguh.

Datang daripada brother SHAiZHAR
Huiii macam cover novel. Aku selalu salah eja nama dia, kekeke.


Bro... kalau tak cukup syarat gi tau eh, sebab simple sangat. But, i like.

Aku minta maaf.

Salam satu Malaysia.

Kalau begini laaa rasa susah hatinya bila yang dijayakan tapi tak lancar-lancar. Serius aku juga susah hati, melihat GA aku tidak berpos-pos, aku betul-betul mengalami kekangan masa.

Ketahuilaaa aku bukan sengaja untuk melambatkan penghantaran, aku hanya mengharap hari Sabtu sahaja untuk ke pejabat pos. Minggu pertama pejabat pos tutup, Sabtu seterusnya pada bulan 1 ini, aku sendiri tidak tahu kenapa ada sahaja agendanya.

Aku tekad, aku akan setelkan semuanya ok, aku pun dah tak sabar nak borong post-ekspress tu berkeping-keping.

GA nya pun aku dah asingkan siap-siap, ada setengah tu tinggal pos sahaja tapiii aku rasa tak syok pula pos sikit-sikit, nanti keliru.

Kesian aku tengok GA tu terbiar aja tidak berusik, aku minta maaf ya kepada semua pemenang. Takkan la aku tak pos kan? sebab memang aku dah siap bungkus semua.

~)@ Minta maaf sempena Tahun Baru Cina, aci tak? doakan aku selamat pulang ke kampung pada malam ini.

Thursday, 27 January 2011

cikOni dah tinggi.

Salam satu Malaysia.

Mood cuti dah datang, aku masih belum apply cuti untuk 2hb, maklum aja la aku kan penduduk Malaysia, harusla meraikan bersama. Hahaaa.

Eeee, macam mana la aku tak jadi hulk, kalau tinggal dengan aku macam ni la gayanya. Aku rasa, inila yang paling extreme dalam banyak-banyak gaya.

Steady la cikOni.

mrABi tinggalkan kerusi di meja pc, inila kesannya. Aku pun tak tau tujuan sebenar dia naik atas tu. Nakalkan? Adakah ini kesan daripada minum susu formula? Aku takut orang tuduh aku tak pandai jaga anak.

Tapiii aku nak buat macam mana, kalau aku marah cepat je tangan aku naik sama. Better aku sabar je, bila aku sabar dia pula kebal dek kemarahan aku. Cuba mrABi yang marah, terus berubah muka. Melalak, merajuk bawa diri kat dapur.

Argh, emak memang tak sampai hati nak marah, dah penat bawa 9 bulan dengan pelbagai cabaran, kena pula sakit hendak bersalin. Rasa terkilan bila marah anak yang keluar dari badan sendiri ibarat marah diri sendiri. Aku memang tak sanggup.

Tunggu la dia beraksi depan mrABi nanti, sedarla dia bahawa tempat itu amat bahaya untuk dia. Tambah-tambah dapat emak yang agak malas mengemas bila waktu malam, hihiii.

~)@ Menguji kesabaran namanya.

Wednesday, 26 January 2011

Hari penuh debaran.

Salam satu Malaysia.

Wiii, pertama sekali aku nak mengucapkan jutaan TERiMA KASiH atas segala doa kalian semua untuk aku semalam. But, aku rasa semua boleh tahu ke mana aku pergi kan?

Yaaa aku pergi menjual diri aku kepada sebuah lembaga terkemuka di Malaysia, masih terletak di KL juga. Lembaga apa? biarla dulu, kepada yang tahu diam-diam aja la, maklumla aku baru sahaja pergi untuk langkah pertama. Nasibnya juga masih lagi dalam teka-teki.

Macam biasala tema baju aku, hijau mengepit fail juga hijau. See? aku pergi temuduga la. Dah cantik-cantik merempit dengan mrABi, ikut pula belakang bas, huih! habis cair semua make up. Mujur pakai shawl takla risau sangat senget benget tudung masa pakai helmet.

Setelah ditinggal dek mrABi di tepi pagar, berjalan la aku menuju tempat temuduga, mujur la senang cari bloknya. Banyak blok wei. Aku ikut je orang-orang yang berbaju kemeja bertali leher dan mengepit fail. Hahaaa. Siap ada ibu bapa lagi tau. Sila percaya.

Aku mesti cari kawan untuk hilangkan gemuruh. Uiii serius ini kali kedua aku dapat interview kerajaan, tapiii sangat detail perdaftarannya. Siap kena timbang dan ukur ketinggian. Paling aku tak tahan kena ambil gambar pegang nombor ic yang ditulis besar-besar. Kesian aku.

Rasa macam konpem dapat je kan? ya itula yang dilalui oleh lebih kurang 50 orang calon temuduga. Habis sesi penyemakkan sijil-sijil, siap ada yang bawa dua fail sijil lagi, kagum-kagum. Banyak gila sijil dia. Ya aku terus menimba pengalaman menghadiri temuduga dari seorang kawan bernama Mas.

Dia dah pergi lebih 10 kali temuduga, harusla aku yang cetek pengalaman ni mencedok sedikit daripadanya. Tak lama aku menunggu aku diminta duduk dihadapan bilik panel, ada 4 panel dengan 2 orang penemuduga setiap panel.

Tinggg! loceng kedengaran aku baru tau sebab Mas yang cakap, yeay masa sudah time. Pintu ku ketuk, bilik sindiket bukan dengar pun kalau di ketuk, beri salam. Haih, pertama kali aku ditemuduga oleh 2 orang penemuduga dan hanya aku seorang. Sebelum ni, 3 penemuduga dengan 3 calon.

Seorang serius seorang sweet, harusla aku tengok yang sweet buat penyejuk hati.

Syasyaaa kalau dapat bercakap, macam tak cukup hari. Alaaa pasal diri sendiri semua orang boleh cerita kan. Sampai tak cukup nafas aku dibuatnya.

Isu semasa, haih kalau dah suami politik, harusla jawab politik juga. Pilihanraya DUN Tenangla. Takkan aku nak jawab Fasha clash dengan Jejai lak. Naya aku. Mula-mula je aku rasa gabra, dah lepas-lepas tu aku rasa macam berborak dengan bos sendiri pula. Wahahaaa.

Gagasan satu Malaysia, aku niii kalau ditanya pasal pendapat sendiri memang aku suka. Soklan pasal lembaga itu sendiri amat kurang ditanyakan. Asyik ketawa-bercakap-dua berbalas satu-ketawa-bercakap-dua berbalas satu. Kalau inila temuduga, ye aku nak cuba lagi.

Bila perkataan 'ok, rasanya itu saja' aku bagaikan tersedar aku sedang di temuduga. Wow! mana aku dapat kekuatan tu eh? sempat aku tarik nafas sebelum aku keluar dari pintu. Fuuuhhh!

Soalan ditanya aku jawab, soal salah atau betul tolak tepi yang penting jawapan mesti ada isi. Mesti alert dengan isu semasa yang terkini. Google sahaja tips-tips untuk menghadiri temuduga, sama je di semua syarikat.

Terima kasih kakEda aka mamaMika, yang sentiasa mengiringi dan memberi semangat, sebelum, semasa dan selepas aku ditemuduga. You are the best kak.

~)@ Macam mana? boleh hilang gemuruh tak bila baca entry ni? =)

Tuesday, 25 January 2011

Doakan aku.

Salam satu Malaysia.

Entry pendek dan mudah, hari ni aku perlu berjuang untuk kehidupan yang lebih baik.

Hanya satu aku pinta dari yang membaca.

Doakan kejayaan dan semoga aku diberi kemudahan sepanjang hari ini dan selamanya.

Terima kasih =)

Gambar sekadar interframe, muahaha.

Debaran tak hilang dari masa mendapat surat tawaran, tabahlah hati.

Monday, 24 January 2011

Sikap sendiri.

Salam satu Malaysia.

Huiii awal pagi dah buat aku gelabah. Ngeng betulla. Mana taknya semakin menghampiri hari ke lesen penuh semakin buat hati jantung badan berdebar-debar.

Ada je yang buat aku rasa nak langgar kereta-kereta terbabit. Ya aku masih P, jangan la sesuka-suki hati dan perasaan main potong line aku. Even, aku lesen penuh sekalipun, tak ke bahaya buat macam tu.

Pertama, keluar simpang meluru. Kot dah lambat pun jangan la pentingkan diri kan? kalau dah meluru tu mana nak ingat pasang lampu isyarat. Mujur je tak dilanggar sebuah teksi dan mujur juga aku ni memang bawa 50km/j je. Huiii ngeri.

Kedua kat traffic light, tiba-tiba aku kena hon dengan sebuah motor. Oih! aku rasa masih waras lagi melihatkan trafic light tu berlampu hijau. Pelik.

Ketiga, macam yang pertama kereta keluar simpang terus naik jalan kanan, dah naik baru nak pasang lampu isyarat. Bukan aku yang hon, tapiii kereta belakang aku yang honkan. Ha laaa, dah nampak aku pasang isyarat ke kiri. Hiii.

Keempat, fikir macam kereta tu kecik la kan, tak fikir kereta aku ni lebar. Mana muatnya aku nak menyelah. Walhal tu memang jalan aku. Aku dah bagi jalan tu, jalan je la. Terhegeh-hegeh lagi pula.

Tu la kan sikap pemandu sendiri yang boleh mencetus kemalangan jalan raya. Tak payah nak salahkan jalan yang rosak, tak payah nak salahkan jalan yang sesak. Kalau memandu ikut kelajuan yang ditetapkan, teliti dengan keadaan sekeliling, pasti selamat.

~)@ Aku tak juga tekan hon, huhuuu. Ada macam penasihat pengguna jalan raya tak? Ngeee.

Friday, 21 January 2011

Notaku bukan notamu.

Salam satu Malaysia.

Hiii amacam cuti? wah-wah-wah cuti satu hari pun menjadi juga jika sudah bergelaran 'kaki berjalan' kan? takpe-takpe, boleh la kita collect tahi lalat di tapak kaki bersama-sama.

Inilaaa kalau dah namanya anak kan? Elok je dalam handbag aku selama ni, then aku membukanya untuk menyenaraikan barang-barang runcit yang harus aku beli macam biasa.

Wooor agak setengah helaian juga la nurkilan anak dara aku nan seorang niii. Aiyaaa, terpaksala aku mencari page yang betul-betul kosong untuk penyenaraian barang-barang.

Ini hanya sebahagian, ada banyak lagi helaian. Left-hand write punya kerja. Tak boleh nak cakap apa la kan? Esok-esok pandai la tulis ABC ke, Alif Ba Ta ke, 123 ke kan? Jangan conteng dinding sudah, ura-ura dah nampak.

Terpaksa pula aku membeli cat kalis conteng, hihiii. Takpe itula seni namanya.

~)@ Buku nota ni memang sentiasa ada dalam beg aku tuk list barang yang aku kena beli selain diari peribadi. Aku ni pelupa sikit orangnya.

Wednesday, 19 January 2011

Kini aku tahu.

Salam satu Malaysia.

Yey, esok cuti. Boleh bangun tengah hari. Gila melampau kan? hahaaa.

Semalam, balik kerja macam biasa. Sambil terbayangkan roti kentang cicah sardin, aku singgah Mesra Petronas. Skriiit, aku park tepi sekali, senang masuk dan senang keluar. Maklumla orang P.

Cadang nak beli roti kentang di KK depan rumah, batal sebab titik hujan dah turun. Mata melilau mencari rak roti di Mesra. Tapiii kaki terus je melangkah ke ATM Cimb. Sebelahnya ATM Maybank.

Kad Hong Leong Bank aku cucuh. Sebab teringat kata-kata cikAQies, di ATM Cimb boleh keluar bawah RM 50. Bukan tiada duit tapiii nak mencuba. Urusan dibatalkan. Ceh!. Ok cuba cucuh kad Maybank pula, walhal ATM Maybank tegak di sebelah. Selamba.

RM 30 berjaya aku keluarkan, hahaaa. Boleh rupanya, baru la aku tahu. Dulu, biasa aja keluarkan bawah RM 50, tapiii di ATM Bank Simpanan Nasional la. Time belajar dulu-dulu, bukan guna duit sangat pun kan.

So lepas niii boleh la aku guna ATM Cimb kalau kesempitan. Huahahaaa. Well, kalau dah dalam bank ada RM 45.00, sekurang-kurangnya RM 30 boleh la cover sebagai penyelamat kan?

Misi berjaya berbuka dengan roti kentang dan sardin. Yummi-yummi. Makan sampai tak sedar, 3 bun sekali hadap. Lepas tu aku bantai tidur, aku taktau pehal letih semacam semalam.

~)@ Budak setahun memang suka tak pakai seluar ke? pening kepala aku ngan anak dara aku ni, suka benar pakai pampers sahaja. Haih.

Tuesday, 18 January 2011

Latihan kebakaran.

Salam satu Malaysia.

Hrmmm, siapa pernah terlibat dengan latihan kebakaran ni? aku pasti semua orang pernah terlibat, kalau tidak di tempat kerja sudah pasti masa zaman sekolah dulu. Betul tak?

Aku masih ingat lagi, kali pertama aku menjalani latihan kebakaran masa sekolah rendah. Dalam kelas sedang asyik belajar, aku budak rajin tau. Tiba-tiba loceng panjang kedengaran. Loceng besi yang menggunakan tangan untuk dibunyikan. Betul-betul nampak asap berkepul-kepul dalam sebuah bilik.

Keluar dari kelas, beratur dua baris menuju ke tempat untuk berhimpun. Seronok. Sebab tak belajar. Hihiii. Rupanya, tong sampah besi berisi arang yang sengaja dibakar untuk nampak lebih real.

Pernah sekali, loceng panjang kedengaran sudah hampir habis, tapiii kami masih kusyuk belajar dalam kelas. Kenapa tak dengar? mana nak dengar kalau satu kelas sedang meniup recoder. Belajar muzik. Haaa rentung dengan seorang guru. Serta merta blok bangunan dapat loceng baru.

Naik sekolah menengah, latihan kebakaran lebih extreme. Kenapa? tinggal di asrama, bergantung harap kepada kawan-kawan, buatnya kawan tak mengejut atau yang dikejut tak bangun, haaa sama-sama kena denda.

Biasanya akan diadakan pada minggu orientasi (ini tips). Selama 5 tahun aku tinggal di asrama, aku masih memegang rekod tak pernah rentung. Hiii. Sebab, aku memang senang bangun tidur.

Pernah terjadi, aku siap boleh ambil sweater yang tersangkut di kepala katil lagi dalam orang dok sibuk berlari menyelamatkan diri. Paling seronok tengok gelagat kawan-kawan simpan selipar bawah katil. Ada juga main lari berkaki ayam tak hirau dah luka atau tak, yang penting tak rentung. Silap2 ternampak, mereka-mereka yang mebawa selimut.

Paling suka masa ni dah tentula berlari tanpa tudung di kepala. Hahaaa. Free hair gittu, mau taknya jam 3-4 pagi, gelap. Adalaaa aku buat beberapa kali. Ngeee.

Selama lima tahun ini juga, pernah sekali aku jatuh sakit teruk. Member dah nangis-nangis risau aku pengsan dari lepas makan petang dan sedar semula lepas Maghrib. Then, malam yang sama ada latihan kebakaran, sedap wei aku tidur lena. Aku dikecualikan daripada denda. Selamat. Ketua Seksi Kesihatan melaporkan. Kesian kawan-kawan yang rentung, bayangkanla kena mandi dengan air sejuk pada itu jam. Tak ke demam?

Tahun akhir, aku sendiri yang handle latihan kebakaran untuk penghuni asrama. Syok owh. Zaman tu juga zaman paling aku tak duduk diam. SPM dan aku memegang jawatan Ketua Biro Sukan. Huru-hara hidup aku, aku rasa. Bila habis study je, warden aku cikgu Norjidah, akan ajak siapa-siapa aja yang berkenan di hati untuk round satu aspuri memastikan lampu dorm ditutup tepat pada masa dan semua orang tidur.

Bila aku memegang jawatan itu, makanya aku terlibat dalam segala mala aktiviti asrama termasukla menjayakan misi latihan kebakaran. Kerja aku? ketuk tiang dengan besi, hahaaa. Bingit jangan dikata. Dengan bunyi loceng dan ketukan besi ditiang, membuatkan semua orang tergesa-gesa terjun dari tangga.

Seronok rupanya tengok orang berlari kencang niii. Tugas lepas tu serah pada yang lebih seniorla kan. Pengalaman memang indah untuk dikenang.

Dan baru-baru ni, aku terbaca notis latihan kebakaran di tempat aku tinggal. Eh? agak-agak aku bangun tak kalau betul-betul diadakan. Huhuuu. Aku rasa yang peduli hanya ahli jawatankuasa yang menjayakannya sahaja. Orang lain ambil mudah sahaja sedangkan ini sangat penting.

Bukan apa, bomba dah biasa sangat datang rumah aku ni, kan lift selalu rosak. Then butang kecemasan akan terus ke bomba, tak lama lepas tu datang la bomba menyelamat mangsa.

~)@ Zaman sekolah, nampak bomba excited kan? belajar cara-cara memadamkan api.

Monday, 17 January 2011

Latihan kepolisan.

Yuhuuu salam satu Malaysia. Seronok bercuti? mestila kan? bersama keluarga tersayang.

Kepada sesiapa yang akan pergi temuduga polis atau tentera, atau paling mudah ke PLKN, bolehla menjadikan entry ini sebagai panduan untuk peringkat awal.

Jogging. Berlari-lari anak.

Bersedia menerima arahan.

Mengumpul keyakinan dan mengatur strategi.

Perjalanan bermula.

Pumping di tiang, untuk kekuatan tangan.

Sambil melihat keindahan tasik yang tak nampak sebarang ikan. Air seperti kopi.

Menjadi labah-labah, menguji minda, kekuatan tangan dan kaki.

Dah malas sebenarnya tu, muka pun dah tak bermaya.

Berjalan atas titi, menguji keseimbangan badan dan ketepatan pandangan mata.

Kena bantu sebab cikOni nak melompat atas titi tu.

Memusing roller untuk kekuatan jari jemari.

Sekian sahaja panduan latihan kepolisan bermodelkan cikOni. Diharap dapat membantu. Akhir kata dari cikOni, berkhidmat untuk negara.

Lokasi: Taman Jaya, PJ.
Jam: 1700 - 1800

Barula dapat main setelah dikerah dek mrABi, hahaaa. Puas cikOni dapat berjalan sesuka hati. Dapat jalan di tepi tasik, asyikla dia nak pergi terjun tasik tu. Risau aku. Nampak bola orang pun nak disepaknya, nampak basikal pun dia nak pinjam.

Memang suka hati betulla. Sampai rumah mata nak tertutup, tapiii mrABi kerah berenang dalam bilik air. Jenuh aku tunggu 'mana tak keluar-keluar dari bilik air lagi, rupanyaaa dia sakan main air.

~)@ Adakah cikOni mewarisi kerjaya mrABi? biarlah masa menentukan.

Saturday, 15 January 2011

Award dari kakNani.

Salam satu Malaysia khas untuk semua aku pancarkan khas pada hari Sabtu, hahaaa.

Yes dah lama tak dapat award, dapat pun selalunya asyik lupa nak gantung kat Gift Gallery (tiba-tiba pula wujud)

Ini dia, ditayangkan khas dari hijaucantik.


Ucapan anda?
Yes, aku memang mengikuti blog kakNani dengan tegar. Sebab aku suka dengan tiga jejaka kacak milik kakNani yang perangainya sepesen dengan cikOni. Thanks kak, for this award. mmmuuah.

Berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk dijadikan wife/husband:
Uits. Rahsia hati.

Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang.
Berterus terang.

Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta?
Pernah, tapiii baca seminggu je, lepas tu dah lupa.

Letakkan 10 link pilihan anda & tell them they have won this award.
  1. --<@..My life journey..@>-- [mamaMika]
  2. SWEETMAMA [eija]
  3. Cerita Cik ShiQa [shiQa]
  4. SyahNia Diary [ain]
  5. Green Space [hany]
  6. My Sweet Life [eima]
  7. ...::OnE HaPpy FaMilY::.. [cikJue]
  8. WITH ALL MY HEART [syilasyira]
  9. celoteh rasp [rasp]
  10. Dunia Kami [mamalieyna]
~)@ Mereka yang sentiasa dihati, memang sentiasa diingati. Betul tak? Ok, yang tak dapat tu jangan nangis, korang sama-sama best. Kita kan kawan =)

Thursday, 13 January 2011

Rahsia buku lama 2.

Salam ceria semua, huh tersungging-sungging senyum baca blog sendiri ye. Happy blogging ya.

Ok sekali lagi aku nak interframe hasil karya hak cipta aku seorang. Sambungan kisah buku lama yang dijadikan kenang-kenangan untuk ketenangan masa tua. Acceh.

Kalau edisi lalu, tentang masa sekolah. Edisi ini buku masa belajar di Advance Technology Centre (ADTEC) atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Shah Alam. Disebabkan pelajar perempuan batch 1/2004 hanya 28 orang, maka terhasilla buku ini.


Makan dua hari juga aku menyiapkannya, hanya memerlukan 5 helai A4, stapler, sebatang marker, pensel dan pen hitam dakwat basah. Cendawan memang wajib lukis. Aku suka lukis usop sontorion tapiii macam lari tema pula. Hiii.

Berguna tuk hantar kad jemputan kawen atau kad raya. Sebab mengekalkan ciri-ciri buku autograph.

Buku seterusnya, buku untuk budak-budak kelas seramai 25 orang, aku khususkan untuk budak lelaki sahaja yang hanya 15 orang.


Buat memory ni rumit sikit. Kena berfikir pantun untuk mengaitkan 25 orang dan 2 orang pengajar. Print out gambar, potong gambar ujang, gabungkan. Pantun kena dengan gambar dan serasi dengan karektor 25 orang pelajar pula. Haaa baper kali kena fikir tu?

Sebaik sahaja buku ini dihasilkan hari terakhir berada dalam kelas, gigih aku mencari 15 orang pelajar lelaki untuk minta alamat. Gila tak malu. Hahaaa.

Rupanya, buku ini paling mendapat perhatian, siap ada yang reQuest nak fotostat. Tapiii tak sempat. Aku memang sengaja bawa di saat akhir sesi pembelajaran.

Sumber utama penyumbangan idea menghasilkan buku ini adalah, daripada majalah sekolah dan juga buku dibawah ini.


Khas untuk pelajar tingkatan 5 sesi 2001. Sidang redaksi berbesar hati menghasilkannya. Wiii. Ini bukan aku yang buat, aku terlibat je dalam penghasilannya, tangan seni yang lukis itu empunya Ummi Zarith Syuhada. Letfhand write. Kreatifkan?

Dan macam biasala buku ini akan aku hangkut ke mana sahaja aku pergi. Aku tak lupa update alamat kawan-kawan yang paling terkini, mostly dah berumah tangga kan.

Rahsia buku lama 1.

~)@ Terkenang-kenang zaman muda-muda. Ahaks =)

Wednesday, 12 January 2011

Budak jalanan.

Salam semua, hehehe amacam? esok Khamis lusa Jumaat. Kerja menghitung hari je la aku ni.

Hitung-hitung pun, tak balik-balik Johor jugakan, apa nak dikata. Duk diam-diam sudah, no money no talk, no money no shopping. Huuu.

Ok, let's be the budak jalanan. Kepala dah besar, tapiii berangan nak pakai topi bersaiz kecil. Masa kekecik dulu soh pakai kerja nak buang aja. Dah teraburkan alat solek dia, nampak kartun sanggup tinggal.

Mak dia pun dah hafal semua tema lagu kartun Disney Channel niii. Tuuu tangan penuh bedak habis putih semua perabot.

Tahu pula topi tu letaknya atas kepala. Alaaa seluar pun pakai atas kepala. Pakai baju tak pula tembus ke leher, manjang menutup muka langgar dinding. Dia memang suka buat maknya menggelabah.

But, perlahan-lahan dia dah belajar pakai seluar sendiri. Sweetkan, walaupun selalu gagal tapiii dia tetap berusaha pakai sendiri, bila tak berjaya dia akan mengamuk. Bila dia mengamuk, dia terus tak nak pakai seluar. Bila berjaya, dia akan buka semula seluar dan pakai balik. Aku pulak yang rimas menengoknya. Hahaaa.

Asal malam, baju tak pernah sepasang dengan seluar. Selebet. Apa ada hal, nak tidur aja. Bukan dia tahu aku tukarkan baju dia malam-malam. Hahaaa. Segan aku nak pergi hantar rumah kakTi, bertemu dengan tuan-tuan, pegawai-pegawai dalam lift, anak selebet. Mak cantik (cantik ke?) nak pergi kerja.

Malas aku nak kata apa-apa, dia tak kacau aku buat kerja pun dah cukup baik. Tau-tau je la balik kerja, letih tak hilang nak mengadap dia mengamuk pula. Aiii, aku memang mak yang tak sabar. Heheee.

Jadiii biar je dia main sendiri.

~)@ Tabahla dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Ceria bersama-sama. Kan best.

Tuesday, 11 January 2011

Dah siap tapiii...

Salam 11.1.11 semua.

Entry pendek je ni, hahaha. Aku terpaksa study untuk kesenangan masa akan datang. Study apa? nantila aku beritau kemudian ya. Tengah kusut ni.


Tengok ni, aku dah siap bungkus, address je aku belum print-out, nak menepek nanti. Cuma belum sempat ke pejabat pos. Kerja 5 hari seminggu, balik kerja pejabat pos dah tutup.

Nak pos Sabtu lepas, mungkin Sabtu minggu pertama jadi pejabat pos tutup.

Aku akan pos segera, jangan bimbang ye penerima Hijaucantik Giveaway sekalian. Bahagian anda sudah ada ;)

Bila aku sudah pos, aku akan khabar-khabarkan. Terima kasih kerana memahami.

~)@ Sayang-sayang selalu. Kitakan kawan.

Monday, 10 January 2011

Aku suka Indie.

Salam satu Malaysiaaa. Haaa, amacam cuti? mestila bestkan dihabiskan dengan keluarga tersayang. Macam biasa punch-cardla. Balik Johor? usahla ditanya. Aku masih belum nampak jalan ke arah sana lagi =)

Well, semua dah tahu keputusan juara lagu adalah muktamad, pendapat aku kesemua peserta yang bertanding memang layak untuk menang. Kenapa pilih Ana Raffali? itukan juri punya kerja. Memang dia baguskan.

Aku memang tak sokong siapa-siapa sebabnya aku lebih teruja nak tengok persembahan dorang semua, well hebat-hebat belaka ah. Persembahan Faizal Tahir memang tak dinafikan hebat saban tahun. So, dah biasa dengan gimik yang luar biasa daripadanya.

Bila lagu Pelita dari A.P.i, Noh dan Lan didendangkan, secara autonya aku suka lagu tersebut. Hahaaa. Best wok, best. Terkejut aku dengan gimik yang dorang buat. Betul-betul rasa kat medan perang. Meremang segala romaku.

Untuk penyanyi baru Adira, yes kamu memang cantik. Penampilan yang sangat sweet. Lagu Ku ada Kamu, aku tuju khas buat kawan-kawan bloggerku. Heheee. Aku pernah pasang senikata lagu ini di sidebar 'lirik laguku'.

Apapun, persembahan otai-otai tetap memikat hati memukau kalbu, betul tak? lagi-lagi bila Nash dan Fransisca Peter tarik suara. Pergh, calang-calang tak boleh ooo. Dato' Siti, aku rasa macam kembali ke zaman dia juara dulu. Meletop. Masih boleh menari dan menyanyi banyak lagu.

Nak ulas banyak-banyak aku tak pandai, jadiii aku selaku peminat lagu Drama King, yezzaaa korang memang best ah. Baju group Meet Uncle Hussain cantik. Macam nak menari ballroom. Camtu gak Black, tapiii suaramu macam kureng je Black? hahaaa. Ampun-ampun.

Aku rasa tu je kot, aku memang tak reti reviewla. Semua yang aku bebelkan hanya berpandukan kegemaran aku sendiri. Hehehe.

~)@ Rupanya, aku peminat lagu Indie. Hahahaaa. Baru aku tau.

Friday, 7 January 2011

Didi sudah pergi.

Salam semua, wah sudah Jumaatkan? seminggu dalam tahun baru dah berlalu.

Taip-taip-taip, backspace-backspace-backspace. Lost. Wah! mengapa jadi begini?

Semalam aku balik, acikDidi dah siap kemas barang-barang. Cadar dan sampul bantal dah bercuci. Bilik sudah pun kosong.

Dia mahu meninggalkan rumah abangnya ini, ceh! rumah pinjam je pun. Pulang ke pangkuan keluarga di Langat. Sekejap je 3 bulan berlalu. Lepas ni aku dah tak sibuk masak banyak-banyak. Masak untuk mrABi pun boleh skip-skip.

Lepas dia bersalam dengan aku semalam, rasa pula sunyinya. Tidak ada lagi kawan untuk menonton drama melayu, tidak ada lagi teman untuk bersembang, tiada lagi orang yang kerap memanggil OniBam.

Walaupun kesemua life nya hanya dihabiskan dengan laptop di dalam bilik, sekurang-kurangnya aku terasa rumah itu berorang. Apa dikenang padi seberang, cewah.

"Terima kasih sebab bagi Didi tumpang, kunci rumah Didi pegang dulu sebab nanti nak ambil motor" katanya sebelum keluar pintu. Aku menghantar ke pintu aja.

"Sama-sama, akak minta maaf atas salah silap, masak tak sedap ke, ter'emo' tak pasal-pasal ke" dia senyum aja.

"takpe, kirim salam Wandi nanti" dia pun berlalu. cikoni pun meraung. Sebab nak ikut. Ces!

Dan kehidupan aku sudah pun kembali normal. Macam besar sangat je kan perubahannya? Hahaha, yang penting boleh la aku berjimba-jimba dalam rumah sendiri. Huyeee.

Terima kasih juga kepada Didi yang membantu dikala aku butuh pertolongan, walaupun kecil impaknya sungguh besar. Jasamu dikenang.

~)@ Kehidupan perlu diteruskan walau apa pun rintangannya. Ketiadaan Didi menjadikan aku lebih menghargai orang yang berada di sekeliling aku. Macamla tak jumpa lagi bila balik Langat nanti kan? hahaaa.

Wednesday, 5 January 2011

Habis surprise awal.

Salam semua, habis sudah sesi Hijacantik Giveaway.

Keputusan adalah muktamad. Cenderahatinya pun sudah tamat.

Kepada pemenang anda hanya ada dua hari sahaja untuk menghantar detail kepada nsahida@gmail.com, jika tidak ada hal lain akan berlaku. Hahaaa.

[Keputusan penuh ada di sini]

Sebenarnya, pemenang sudah pun tahu dia akan menang, kerana aku sudah menghantar ucapan TAHNiAH awal-awal. Cumanya cenderahati yang aku akan bagi randomly.

Minta maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan. Dah pagi tadi aku tersedar, aku sudah silap percaturan.

Walau macam mana pun, kali pertama aku anjurkan, simple dan senang pula tu, sempoi-sempoi ajala. Aku minta maaf di atas kekurangan diri aku di sepanjang perjalanan HCGA ini. Menjadi pengajaran buat aku.

Semoga kita semua kekal bersahabat.

Tuesday, 4 January 2011

Ini kerja Oni la umiii.

Yuhuuu. Salam semua.

Satu hari, umi abi bawak Oni pergi beli barang dapur. Macam biasala Oni buat projek sendiri. Abi belikan Oni smarties malangnya Oni jatuh gedebuk pegang smarties tu, habis terus kosong sebotol smarties.

Oni nak kutip semula tapiii abi babab. Kotor. Umi dah hilang, dia tak sampai hati nak tengok drama masa tu. Mujur ada lagi sebotol smarties, tapiii umi abi tak bagi buka. Takut Oni jatuh lagi.

Hari tu pak su datang bawak handphone tuk Oni, hahaaa. Oni dapat Sony Ericsson pak su bagi. Oni suka sangat.

Tapiii tak sampai dua hari handphone tu habis diratah teruk oleh empunya badan. Pergh! umi abi pun tak reti nak ratah handphone sampai patah riuk camni.

Pak su bawak Oni pergi kena bali smarties lagi. Hihiii. Oni sukaaa.


Ada macam gambar dalam IC tak? hahaaa. Oniii pempuanla, bukan lelaki =)

Umi tengah busy siapkan giveaway dia, banyaknyaaa hadiah umi beli. Sampai 15, Oni lak yang rasa sayang nak bagi kat semua orang. Hihiii.

Sekiannn: Oni :p

Monday, 3 January 2011

Totiii tito toto toti.

Salam satu Malaysia, wiii salam tahun baru. Orang entry pertama hari pertama, aku? ahhh aku kesuntukan waktu deh.

Semalam 2hb Jan genap anak dara ku 18bulan, huaaa siapa ada anak lelaki yang lasak? so serupa itu la ya.

Dah pandai pakai kasut sendiri, dah boleh faham apa orang cakap dan terpenting ialah sangat emosional. Hahaaa nyampah.

Tak caya? Bukti.

Wajah lepas kena marah, akibat tak reti duduk diam. Hahaaa maintain comel ok. Tukang marah pun tak sampai hati nak marah lebih-lebih.

Ohoiii sopan sungguh kamu cikOni, jangan buat kat rumah mertua ye. Sebenarnya dia nak berdiri atas kerusi yang sedia tinggi tu. Buat kecut perut aku je.

'Oni nak makan sup, sup ayam, sup sayur'. Di pujuk dengan buku. Diam sekejap je sebelum dia berusaha nak berdiri juga atas kerusi tersebut.

Justify FullmrABi nak cepuk jauh. Aku yang kat sebelah dia nak cepuk tak sampai hati. Muka suci je bila hajat berdiri atas kerusi termakbul. Nak suruh dia duduk diam kena umpan dengan buku. Tak sempat aku nak snap gambar. Ngeri sebab dia lebih tinggi dari aku masa berdiri.

Perkataan yang aku belajar dari bahasa dia semalam, seperti tajuk di atas. Makna? ohhh hanya cikOni yang memahami. Bila aku balas balik (dia ingat aku tak reti, uhuh!) dalam nada sama, dia berdekah-dekah gelakkan aku.

Pandai membodek, bila celik mata nak susu, aku buat2 malas nak pergi. Nanti dapat kiss free dari dia, ahaha. Kalau minta, dia sangat kedekut. Melainkan mrABi yang minta, senang-senang je dapat. Aku jeles.

Dia dah cekap berlari, memanjat dan membuat aktiviti-aktiviti ekstreme. Lelebih lagi 4 geraham dia dah tumbuh makanya makanan pun harus ekstreme. Suka la tu kan?

Apapun, aku sangat seronok bila tengok dia cergas hari-hari walaupun aku bertukar jadi hulk. Adeiii.

~)@ Indahnya kehidupan bila kita tahu menilainya.