Rahsia buku lama 1.

Friday, 3 December 2010

Salam satu Malaysia... kenapa tiada entry semalam? kesihatanku tidak mengizinkan.

cikOni dah cecah 1 tahun 5 bulan semalam, aku kena ingat sebab next month kena bawa pergi injek 18bulan, betul tak ibu2 semua?

Malam tadi aku masuk bilik komik mrABi, menyelongkar barang-barang lama. Barang-barang menggamit kenangan gittu. Maka terjumpala buku-buku yang ku kira sangat meninggalkan kesan mendalam pada zaman tersebut.

Sekitar 1996, ingat tak kepada kad-kad nama yang fancy, jika tak silap 12 keping RM3.00, betulkan kalau salah ye. Aku betul dah lupa. Aku ada juga buat satu, kenangan. Bagi pada kawan-kawan. Nak memilih kad tersebut sangatla jenuhnya sebab terlalu banyak pilihan.

Aku grab buku address ni, harganya? serius memang aku tak ingat. Aku bawa ke sekolah menengah, minta kawan-kawan asrama penuhkan butiran di dalamnya. Nama, alamat, tarikh lahir dan nombor telefon.

Tahun pertama menyambut hari lahir 1997 bersama dengan kawan-kawan asrama. Freshie, banyak gila dapat present daripada kawan-kawan dan senior lelaki. Hahaha... senior pempuan gasak dok nak jadi kakak angkat. Sampai aku pun pening nak jadi adik angkat siapa. Sehingga sekarang aku dan kakak angkat aku tu masih berhubung, dia seorang guru.

So buku ni, dari seorang kawan bernama Aznah Sahran, baru sahaja berumah tangga. Sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 13 tahun. Sangat obes eh? obses dengan David Beckham. Player no.7 Manchester United dan kumpulan Westlife. Love dengan Shane time tu.

Isi buku ini, sama juga alamat kawan-kawan terutama kawan berlainan sekolah. Sebab banyak benar kena ikuti kem motivasi la, masuk teater la. Sayangnya, time minta tu memangla ingat orangnya, bila balik langsung tak terbayang pun. Zaman tu mana ada handphone berkamera.

1999, cerita kelakar disebaliknya. Alkisah tahun akhir, ceh konon! tahun PMR, jadi buat satu majlis makan-makan dan bertukar-tukar hadiah. Lucunya, aku dengan Nurul Ain Ahmad Nazri, si pemberi, outing mencari hadiah bersama.

Makanya... dah takde rahsia la kan? sebab dia beli hadiah depan mata aku. Tangan aku mencabut undi, dan namanya naik. Gelak tak ingat masa tu sebab, memang kitorang je yang tau kisah disebaliknya.

Oleh kerana buku alamat dah ada, buku ni aku jadikan motivasi. Aku potong dan tampal artikel-artikel yang boleh memberi motivasi sahaja. Alaaa... kata-kata hikmah la. Aku tulis segala kata dan ayat yang best dan memberi makna dari novel-novel atau naskhah yang tidak boleh digunting.

Buku-buku ni memang sentiasa aku bawa setiap kali aku berhijrah. Disebabkan isi kandungannya bermakna, secara tidak langsung aku menjaganya dengan teliti. Nampak macam barukan?

~)@ Tajuk tu ada part kan? makanya akan ada lagi rahsia buku lama selepas ini =) terkenang zaman sekolah lagi. Haishhh!


11 pasang kaki:

Whitey Mommy said...

cha... teringat2... tapi buku2 outogrph kita tu semua kat kampung... huhuhuh... memang suka bebenor la suh kawan2 buat benda alah ni... hehehehe...

Diyana Zulkifli said...

hahahaha...comel2.cha simpan lg ke mende2 alah neh?hehe.akak nye tktau hilang mn ntah.

mekchu said...

nostalgia sungguh.. elok je tersimpan smpai skang.. jgn hilangkan tau.. nnti bleh tunjuk ngan oni.. hehe

Cik Jue said...

bagus cha rajin simpan bende macam gini...cik jue pun sama masih bagus dalam simpanan ade kat umah mak tak angkut bawak kat putrajaya...

mamalieyna said...

1999 pmr ke cha?...oooh jauh benar usiamu dgn usia ku...mmg wajar pggl kak eina ni..hehe..1999 akak dah 2nd year matrikulasi!

bestnyer masih tersimpan rapi dh kemas, akak ada gak mende2 cenggitu, tp mana ntah ilangnye..huhu..tak simpan pun, rugi2x..

mzhany said...

cha, ahahha igt igt akan name card tuh, hany siap jd dealer lg, pastuh dpt free 1set ahahaha.....

alexa yussida said...

nostalgic tu...best kan kak kenangan zmn skola2...macam2 buku otograf,motibasi..hehe..kalah artis kan kak...

psst,pandai akak jaga barang..cantek je lagi buku2 tu..saya punyer tataw la elok ag tak,sume sumbat lam rak buku..ade certain2 mama dah kemas n buang kut asenye..huuu

honeyvsbee said...

adeh ader lagi benda alah tu..bee pun ader buat tp entah kemana lah....haha mungkin hanyut dalam banjir...

ch@ said...

sha:
kat kampung? sayangnyaaa... kita mmg hangkut ke mana sahaja kalau kita berpindah. hehe. sayang.

kakDonut:
simpan... terasa juga nak bakar aja, tapiii banyak autograph admirer, huaahaha.

mekchu:
hahaha buku masa mrABi & umi dia bercinta pun ada lagi. nak tayang kat anak cucu ;)

cikJue:
kita sayang menda2 mcm ni, kat kampung pun ada lagi, sekolah rendah punya. haha.

kakEina:
haaa kita tau kita kena panggil akak kakIna sebab, beza umur anje ngn kita setahun je, [-suziey-] panggil anje, takde kakak, tapiii dgn kakIena dia panggil kakak. eh? apa kaitan eh? hahahha...

ha'a kita sayang nak buang.

hany:
bestnya jadi dealer, syokkan? rasa macam org dah kerja korporat aje. haha...

alexa:
sayang la dear, semuanya kenangan. bila tengok balik semula, major kawan2 dlm tu smua dah berumah bertangga.

bee:
banjir? itu tak boleh nak kata la kan? kejadian alam.

EiJa ZaQuaN said...

eija pun simpan sume kenangan lama ni..mmg dulu2 terkenal ngan name card ni..n eija dulu pun suka simpan kata2 hikmat yg dlm paper utusan tu..n suka gunting lirik2 lagu n ade buku lagu..hahahaa..kad2 raya masa zaman sekolah dulu pun dijdkan simpanan.

ch@ said...

eija:
haaa kita pun ambil kata2 dari paper utusan Malaysia tu. but, mostly ambil bait2 dari novel la. romantik.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in