Sudah bungkus.

Friday, 29 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood geram. German kalah EURO 2012 di tangan Itali. Waaaarrghhh! stress macam aku pula yang menyepak bola. Hahaha. Wei, aku memang hangin tengok penjaga gol German, si Gianluigi Buffon macam tergamam berhadapan dengan Mario Balotelli. Haih! Dua-dua gol pula tu, eeeeeeeee... frust makcik. 

Heh, ye aku memang target nak layan German vs Italy, tapi biasalah kalau sudah sesi tidurkan Adli my hero tu, akan terbabit untuk hanyut sekali gus. Tengok-tengok dan nak habis separuh masa pertama, buat susu Adli layan dia bercakap then pelan-pelan cabut lari pergi alih siaran tv pasal Auni tidur tidak off tv lebih dahulu.

Sudah 2-0. Sedang enak aku layan bola, Auni pula bangun minta kartun. Mak aiii dak ni, dia boleh bangun lak. Frust German masih kosong, aku bangun masuk bilik tinggalkan Auni dengan kartun. Rupa-rupanya, German dapat  satu gol. Kira oklah 2-1 takdelah jauh ketinggalan sangat. Boleh cuba lagi.

 Jasamu sangat aku kenang. Jumpa lagi nanti.

 Oh, aku memang tidak mahu menjualkannya sebab beli atas titik peluh sendiri. SAYANG!!!

Sudah lama terbiar dalam beg cooler atas almari, memang rasa hendak mengemas semula tapi tidak berkesempatan, akhirnya hujung minggu lepas sambil-sambil aku selongkar almari anak-anak mengasingkan baju elok dan tidak, boleh diguna pakai semula atau dijadikan kain buruk, aku kemaskan sekali gajet istimewa mahal ini.

Medela Swing, aku sudah bersihkan dan simpan sejak Adli 7 bulan lagi. Now, Adli 9 bulan means 2 bulan sudah fully fm dan solid-food. Akan digunapakai semula 2 tahun akan datang, hehehe. Ye ke? Tah.

Duduk dalam kotaknya semula, baju-baju Auni dan Adli yang sudah mengecil juga aku asingkan dan lipat cecantik. Harap-harap boleh turun kepada adik dorang pula nanti. Wiiii... Lambat lagi, kasi makcik pasang badan dulu.

Jasanya memang sangat banyak walaupun aku terpaksa memikul ke tempat kerja setiap hari. Aku suka, tapi apa hendak buat, ngam-ngam sehingga 7 bulan sahaja. Untuk rekod diri aku sendiri, aku sudah kira aku berjaya. Apatah lagi, sekarang ini aku buat makanan tambahan Adli dengan sendiri, malahan aku sudah memulakan langkah awal penggunaan Cloth-Diapers. 

Aku sudah hampir lengkap kepada misi dan target sendiri. Tinggal lagi, aku hendak menjadi suri rumah dan tinggal di rumah atas tanah. Itu sahaja impian yang berbaki. InsyaALLAH...

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur.  

Colourful.

Thursday, 28 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah sampai semalam, satu paper bag penuh dia saje. Buntang mata aku melihatkan captionnya SALE, beli 10pcs harga sekeping jatuh RM 15.  Aku memang berkehendakkan Cloth-Diapers [CD] brand QQ Baby yang warna plain sahaja kerana mostly yang sebelum-sebelum ni printed.


Orang mengantuk disorong kusyen pun boleh lelap. Apatah lagi bila kak Izan tanya harga CD-CD yang pernah aku beli. Dia membantu aku mencari harga runtuh CD, yang ekonomi untuk yang mementingkan RM-RM-RM macam aku. Pling FRUGALICOUS MALL tempatnya. Gila aku tengok harga CD yang tengah megasale sekarang. Pemiliknya punya blog juga, Lampin Kain Moden | Cloth Diaper | Murah Berkualiti. Yezza, makcik suka-makcik suka. Inilah urusniaga paling pantas aku buat. Hahahaaa.

Semalam juga aku cuba slow-talk dengan kak Ana [baby-sitter] untuk bekalkan anak-anak aku CD di rumahnya. Abi sudah dua kali hantar Auni berCD. Kak Ana tidak kisah, boleh aja. Dia cuma risau jika Auni dan Adli kencing tembus sebab dia sudah berpengalaman menguruskan baby berCD sebelum ini, asyik tembus sahaja.

Kesan daripada pemakaian yang betul, aku pun sudah buat ujikaji di rumah, koleksi pun sudah ada banyak makanya aku baru suaranya keinginan aku. Dia pun kagum sebab CD yang warna-warni, dan Auni juga Adli pakai tidak tembus kencing.

Aku memang gemarkan QQ Baby brand, berikutan anak-anak aku sudah besar dan bersaiz besar. Hiii, memang aku tidak ubah setting butangnya. Begitu keluar daripada plastik, begitu jugalah aku pakaikan dorang selepas pre-wash. Pre-wash pun dua kali je, sebab dah more exciting nak guna. Gelojoh.

Suka sangat pemandangan ini.

Tidak sempat snap wajah teruja Auni yang melihat CD warna-warni ini tersidai di ampai. Hew-hew-hew. I like. Terima kasih kawan-kawan blogger yang terus menyokong aku. Aku sudah letih asyik aku sahaja yang kena tukar plastik sampah berpampers yang bermacam aroma daripada beranak satu sehingga beranak dua. Jadi, jalan selamat tukar CD, bilas sesikit, tunggu CD banyak then campak dalam mesin. Inilah kelebihan CD yang ekonomi. Wiii...

Jom-jom-jom, kita beralih kepada CD. Terima kasih abi tolong bayor. Pasni tak yah beli Drypers dah. Hurey.

Nota hijau: Kalau aku buat entry tentang perkembangan aku memakai Premium Beautiful, ada orang hendak baca ke tidak ye. Sebab aku takut orang kata, mak budak ni suka interframe je. Tapi PB memang bagus dengan badan makcik ni.

Mood jiwa-jiwa gitu.

Wednesday, 27 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas Zohor, aku duduk merenung diri sendiri di hadapan cermin, siap didandan cantik oleh mak andam sempoi. Sempoi sangat, gila-gila sampai tidak dapat aku rasa rentak degup hati sendiri. Kali terakhir aku lihat wajahnya melalui tingkap pagi tadi. Baru sahaja sampai bersama pengapitnya seorang teman sekuliah aku jua.

Memang tidak pernah terpisah dua orang ni, haih. Aku wakilkan mama untuk menyerahkan sepasang baju melayu warna putih serta samping songket krim buatan Terengganu yang dibeli khas sempena majlis bersejarah ini. Gataran jantung semakin kencang. Telan liur. Terus berbalas message untuk mengetahui keadaannya, sehinggalah saat aku melangkah kaki keluar bilik.

Aduhai, tabahlah hati, sabarlah jiwa. Dalam pada mengira detik waktu, dalam pada mengawal gerak langkah kaki dengan kasut tinggi seinci, dengan sut kebaya di sewa mama, dalam pada melemparkan lambaian bak ratu cantik, aku paksa bibir untuk senyum. Apatah lagi saat melihat muka mama tergamam berdepan dengan aku yang sudah agak tinggi daripadanya. Mulala hendak berdrama air mata pula. Adeilah-adeila.

Aku menaiki kereta dipandu adik ke masjid yang terletak di antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan tempat aku mendapat pendidikan dahulu. Terkenang lagi. Take a deep breath. Long deep breath. And push out slowly. Sebak.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar kereta, daripada jauh kulihat dia segak berbaju melayu putih. Siap dengan samping dan songkoknya. Kacak. Peluh mula hendak keluar apabila kaki melangkah masuk ke dalam masjid. Pendingin udara dalam masjid ini bagaikan berhenti berfungsi. Apabila urusan selesai, aku diminta untuk duduk berdekatan sedikit dengan pengantin lelaki. Eheks, ku jeling sekeliling.

Hendak menangis melihatkan along dan bonda QWP ada di antara mereka-mereka yang mengiringi aku ke masjid ini tadi. Oh my! She and he is my bestfren forever, best sista and brother ever. Tidak lama kemudian, datang pula murid-murid sekolah agama yang hendak bersolat. Oh… hari ini hari Jumaat. Dengan dikelilingi dan disaksi mereka semua majlis akad nikah antara aku dan dia berlangsung.

Alhamdulillah dengan dua kali lafaz aku sah menjadi isteri Norerwandi bin Sumardi. Hendak menangis atau hendak ketawa? Terpaksa aku simpulkan senyuman kelegaan, dan simpan semuanya dalam hati. Argh! Saat bersalaman dengan mama, papa, abah [mertua] dan ummi [mertua] air mata jatuh jua. Aku gagal mengempang air mata. Mujur diingatkan ada alat solek yang tebal setengah inci ni, semuanya kalis air. Hehehe, terasa macam buruk benar bila menangis di dalam masjid besar ini akhirnya pulang ke rumah dengan gelaran baru.

Debaran sedikit lega apabila akad nikah tersebut berlangsung dengan suasana aman. Berlangsung dengan damainya. Malam itu, mama buat kejutan. Dalam perancangan, malam itu merupakan majlis khatam alQuran, tapi tidak ada. Aku dirai dalam majlis berinai dengan penuh meriah. Syukur Alhamdulillah. 

_
Kalaula muka aku cenggini hari-hari, mau nipis kulit muka. Hahaaa. Hilang semua lopak jerawat.

Nota hijau: Aku seram sebenarnya nak taip entry fasal jodoh-jodoh ni, karang ada orang tembak tidak tahu apa sebabnya. Hrmmm... aku cerita berdasarkan pengalaman aku sahaja. 

Status: Ulangtahun Perkahwinan ke-4, terima kasih abi atas segala-galanya. Dikurniakan sepasang cahaya mata, aku cuba menjadi isteri untukmu dan emak terbaik untuk anak-anakmu, insyaALLAH. Lelebih lagi mengurangi tabiat suka merungut aku ni, huhuuuu.

Bisnes woman, kalah abi.

Tuesday, 26 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... besar sudah anak dara aku seorang ini, tidak lama lagi sampailah hari istimewanya yang ke-tiga. Istimewanya Auni, dia merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Semalam, sibuk bercerita fasal Adli yang sudah pandai mengurat. Let's kita tengok apa kakak Auni buat pula.

Aku sangat bersyukur ada adik yang ikut sama, dapat mengawal anak-anak aku yang tidaklah terlalu nakal tetapi sangatlah lincahnya di meja makan. Habis segala sudu garfu terbang ke bawah. Lumrahlah kan, malu memang sudah menipis.

Dalam pada Adli busy dengan sudu, garfu dan awek. Auni sibuk dengan Ipad. Abi hadiahkan Auni Ipad. Ipad betul-betul ye, bukan yang mainan tu, secara autonya yang Ipad untuk belajar warna pink RM30 jatuh pada Adli. Secara autonya lagi, minah ni berkepit dengan Ipad kesayangannya ke mana sahaja. Sanggup dia pikul beg Princes pemberian paksu itu dengan sendiri. Aku hendak tolong pun dia tidak sudi untuk menerima.

 Auni Ipad: Busy-busy-busy.

 Let's puzzle time, sangat cekap.

Abi banyak install kan game yang menjana mindanya sahaja. Game kesukaannya, Angry Bird, berjenis-jenis Puzzle, dan colouring. Ada lagi, aku belum tengoknya sebab Auni sungguh kedekut. Tidur pun dengan Ipad, memang tak boleh nak kata apa dah.

Balik-balik rumah kak Ana, sudah tanya Ipadnya. Mujur abi beritau dia pinjam Ipad Auni. Apalagi, mak dia punya tipon la jadi mangsa. Sebenarnya, mengelakkan Auni bermain dengan tipon akulah penyebab abi hadiahkan Ipad kepada Auni. Rasanya, abi beli second hand sahaja. But, it's so nice. Nampak baru.

Paksu pun cemburu Auni dapat Ipad. Hahaaa. Sabar je la. 

Aku sungguh kagum tengok jari-jari dia main game dalam Ipad tu. Selain daripada comel, dia tahu butang mana yang harus di tekan. 
"Macam mana nak off Ipad Auni ni?" aku tanya. Memang aku tidak pandai guna Ipad.
"meh Auni buat" then dia cari button off pada Ipad. 
"sini umi, sini off" katanya sambil tekan that button. Oh My Kid!!! 

Hari pertama dapat Ipad, baru bangun tidur. Rambut tuuu... Haih!

Nota hijau: Dulu, aku duduk rumah mewarna buku je. Paling-paling conteng dinding dengan colour magic belajar ABC. Umur 5 tahun aku sudah pandai membaca. Mukadam sudah habis bila umur 6 tahun. Aiiii, aku salah didik anak ke ni? Makkk tolong.

Gift daripada Cik Mot dan Yana.

Monday, 25 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama aku terima gift daripada Cik Mot atau kak Izan ni. Tapi, bila Auni sudah dapat, tidak tahu mana disoroknya. Akhirnya, aku jumpa dia dalam sofa yang telah berlubang di koyaknya. Lubang tu di bawah kusyen. Memang aku tidak dapat jumpa jikalau Auni sendiri yang berkubang dalam nya.

Memang kena tukar sofa baru la gamaknya.



Fridge Magnet daripada Cameron Highlands. Menang cabutan bertuah setengah hari. Ekspress betul kak Izan buat cabutan. Hehehe. 2nd gift, katanya dia tengah mood baik. Macam ni, aku berharap hari-hari kak Izan berada di dalam mood baik. Tehehehe. Dia berbesar hati memberi aku insert bamboo yang memang menjadi anganan aku hendak beli sekiranya insert CD Auni dan Adli sudah tidak elok.

Terima kasih kak Izan kerana memberi aku peluang untuk mencuba rasa memilikinya sebelum memborong di kedai-kedai terpilih. Kehkehkeh.


Cik Mot, punya anak tiga. Tidak pernah lagi kita bersua, but aku simpulkan dia adalah seorang yang mempunyai perangai gila-gila. Sempoi, dan dia suka berterus terang pada apa sahaja, aku beranggap bahawa jika dia bertemu dengan Eima dan juga aku nescaya, tiada peluang untuk keadaan menjadi sunyi sepi. Dan, bila berborak sudah pasti akan asyik hendak ketawa sahaja.

Korang, jom kita jumpa. Next... Ini hadiah hari lahir yang tidak aku jangka. Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punyai anak satu, Amir. 

Pengomen bloghijau paling setia. Best sangat ke bloghijau ni Yana? Hihiiii... Sepasang brooch bersama kotaknya yang sangat cantik. Aku sangat suka kad buatan tangannya. Mesti Yana bersungguh-sungguh untuk menggembirakan hati penerimanya.

Ye, kita sangat suka Yana. Terima kasih. 

A pair of Green Brooch. I like.


Masya, gabungan nama suami dan dirinya. See her blog, nice rite? Punya senyuman cukup lebar. Pandai posing, posing macam anak dara. Merujuk gambar dalam blognya. Hihiii. Blog dia ringkas dan cute.

Puri bergelumang penat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berterima kasih kepada adik aku, sebab dia datang semalam. Hiii, dapat juga aku meluangkan masa berlibur bersama anak-anak. Jika dengan abi, dia hanya teman pergi beli barang dapur sahaja. Sebab, hari minggunya dia lebih senang berdating dengan tilam dan bantal.

Tak apa, adik aku sudah pun bekerja di Klang, makanya bolehlah dia membawa kami berjalan-jalan jika abi sibuk. Tehehehe, silap-silap ikut kepala gegila emak anak-anak ni, memang boleh terus balik Johor ;)

Tempat yang aku suka pergi, The Mines. Cari makan di Chicken Rice Shop, aku suka kerabu mangga dan taufunya. Mabeles. Sementara menanti hidangan, mulut Adli sudah pun bercicip-cicip hendak makan sama. Dia memang tidak boleh bau makanan. Pantang sungguh.

Aku sudah panaskan purinya di rumah tadi, memang siap bawa bekal. Air masak dan susu. Aku juga yang pikul semua-semua tu. Adoiyaiii. Tapi, semuanya berbaloi apabila, Adli makan dengan cemerlangnya. Yumy-yummy.

Come baby come on.

Balik daripada bershopping barang dapur, sesi membuat stok macam biasa. Huaaaarrrgghhh! Struggle. Kali ini, memang aku tekad. Lenyek je semua kerana Adli suka hendak mengaplikasikan giginya secara cemerlang.



Menu untuk minggu ini, puri brokoli bersama nugget ikan [goreng dengan minyak yang sedikit] + bubur nasi dan puri jagung manis [dalam tin cap ayam brand]+epal. 

*brokoli, jagung manis dan epal, aku kukus terlebih dahulu supaya sesi melenyek menjadi mudah.
*nugget ikan tu, aku kisar kering sebab aku sudah letih dan mengantuk.

Sesi aku di dapur, sempat aku cuci Cloth Diapers, suasana yang tadinya riuh bertukar sunyi. Rupa-rupanya, mereka semua bagaikan kena tembak telah mengambil port masing-masing. Hrmmmm, emak juga yang tidak punya masa untuk melelapkan mata. Sabar je la.

Cintaku. Jiwaku. Hatiku. Banyaknya sayang dalam hati melihat suasana ini.

Nota hijau: Waktu jenjalan semalam aku memakai PB sepanjang hari. Terasa diri aku cantik sesangat. Hahahaa, perasan dengan penuh perasaan. Sila muntah. Pertama kali Auni dan Adli berCD sewaktu keluar berjalan-jalan. Wiii. Oh, Tutti-Frutti tu memang sedapkan? Adli pun suka.

Adli.

Friday, 22 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dia sudah mula buat pangai kakak dia. Berjaga hingga lewat malam, apatah lagi kakak Auni asyik ajak main gelak-gelak sahaja. Haish! ini budak.


"Adli bosan ni umi, bosan tahu. Apa Adli hendak buat ni. Semua orang dera Adli"

Pandai sebut mak dan mama. Macam Auni juga lambat hendak sebut umi dengan jelas. Tapi bila dah pandai sebut, bikin emak kelam kabut aja untuk penuhi keinginan dia. Pening-pening.

Bila aku tengok bebetul gambar di atas tu, aku kira ruas tangan Adli. Muahahaaa. Dah macam ruas tebu pun ada. Udahlah berbaju hijau. 


Sudahnya dia kacau atok. Aku sangat suka Adli panjat belakang aku, rasa macam ada orang urut je, sebab dia tough. Adli ni ramah menegur orang, tapi bila orang agah dia balik semula dia tunduk sambil sesengih. Pemalu juga. Hahahaaa.

Cengeng sikit, bila sudah penat berdiri, dia tidak pandai untuk duduk sendiri. Tu yang tau-tau je bila tengok dia sudah terlentang. Kesian-kesian. Duduk sendiri pun tidak kukuh, kata mama montot dia belum pipih. Belum rata. 

Merangkak, kekadang je sebab dia lebih suka jadi singa laut, mendada kemain lajunya. Cemerlang kalau main kejar-kejar dengan kakak Auni. 

Selalu jadi mangsa bila kakak Auni geram. Hehehe, takpe Adli jangan risau. Kakak buat Adli, umi buat kakak Auni pula. Hahaaa. Tapi, biasalah kalau namanya adik beradik, gaduh kejap aja pastu main balik semula.

Haaa... Adli ni suka cari bantal bila hendak tidur. Dia tidak kisah bantal apapun, janji dapat tumpang sedikit. Lepas tu dia akan lupa dengan bantal tu dan tidur satu ekar setengah. Sama macam kakak Auni, bila pakai Cloth-Diapers [CD] tidak mahu pakai seluar. Hahaaa. Budak ni boleh tahan lasak juga.

Nota hijau: Sebenarnya aku tak ada cerita ni. Semalam, aku pakai bengkung PB ni butang paling luar, hari ni tukar butang tengah. Wiii... Suka sangat.

Pentingnya berasa sihat.

Thursday, 21 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Today, aku datang opis dengan keyakinan yang nyata walaupun, masuk tidur jam 12.30pagi. Walaupun Auni tidur jam 3.30pagi mendera emak bangun mencuci yak pada CD. Petang semalam balik kerja awal kerana ada sesuatu yang membuat aku teruja akan sampai malam nanti [malam tadi].

Lemah betul bila ada orang pindah masuk pangsapuri ni, sah-sah ambil satu lift untuk keluar masuk barang yang bukannya sedikit. Terus je decided ambil anak-anak dahulu tetapi dalam kepala membayangkan biskut Auni yang bertaburan atas tilam, segala makcik mainan bersepah daripada bilik ke ruang tamu.

Struggle ni struggle mengemas dengan anak-anak kejap lagi. Balik semula ke blok rumah sendiri, wahaaaaa macam hendak menangis menanti lift yang betul-betul hanya tinggal satu. Sebab satu lagi rosak. Bongok betul maintenance ni, bayar mahal. Ye aku menyumpah. Mujurlah aku dengan anak-anak, walaupun ruang yang sedikit, tuan-tuan dan puan-puan dalam lift tetap memberi ruang kepada kami bertiga.

Auni? itu jangan di kata, pot-pet-pot-pet buat aku rasa sedikit segan. Bila lift terbuka, aku gegas je heret dia selit-selit. Sebab lift tu hala turun. Tahu pula dia lift tu hendak turun, aku pula kena marah dengan Auni sebab naik lift turun.
"bawahla umi, penuh umi, penuh. hrmmm tak muat" 
"kecilkan sikit badan Auni" semua orang senyum tengok dia membongkokkan badan konon-konon kecilla tu. Dia mengelak beg orang pun ye juga. Lawak dak ni. Bila sebahagian dah turun, dia bergayut pula pada palang besi di dinding lift. Alahai Auni. Adli yang berdukung gasak mengetuk dinding lift membuatkan aku tidak sabar hendak sampai ke rumah. Anak-anak aku ni, haih! bikin malu omak je.

Hampir je habis aku menyapu pintu rumah di ketuk. Ye, cik Zila dan puan Nas sudah sampai. Trainer aku. Alhamdulillah, aku sayang kawan-kawan aku yang sangat memahami situasi. Aku masih lagi berbaju kerja, mulut masih bising membebel dengan Auni ditambah suara serak basah Adli yang mengamuk tidak sudah.

Mereka datang membawa rezeki, pandai pula mencari air, cawan, pinggan mangkuk di dapur. Membantu meladeni Adli sementara aku habiskan kerja rumah. Hihiiiii... Selesai bercerita, makan, ketawa, berkongsi masalah. Sesi yang dinanti tiba.

Badan aku diukur. Atas bawah. Baru cik Zila tahu akan ketebalan spare-tyre makcik ni. Hihiii. Memanglah nampak kurus, pakai baju sedikit besar nampak normal. Akan tetapi kegusaran hati empunya diri yang tidak biasa dengan spare-tyre itu boleh merudumkan emosi.

Yeay, buat pertama kalinya aku memakai PB pada hari ini. Premium Beautiful. Aku tidaklah hendak cantik sangat, memang aku terima badan aku seadanya, tapi mengenangkan hanya perut ja yang kedepan sedangkan yang lain-lain sama macam ranting, rasa tidak seimbang pula. 

This pics. again [after Auni birth]. Need to wear this baju kurung moden again. Huuuu...

Lagipun, aku terbayangkan kebaya nyonya, kebaya moden, kebarung, baju kurung moden dalam almari tu, sayangnyaaaa tidak dipakai sedangkan baru pakai sekali dua. Dapat sedikit shape tidak seperti orang mengandung lagi jadilah.

Sebelum aku terjebak, aku kaji semuanya terlebih dahulu. Keberkesanannya memang terasa apabila aku baru memakai sepanjang 4jam malam tadi. Hahahaaa, pagi ini perut aku tidaklah terkedepan sangat. Dan, aku sangat suka memakainya kerana aku rasa ada sokongan untuk organ-organ dalaman yang telah mengembang setelah beranak dua. Badan terasa sungguh ringan dan segar terasa hendak berlari 100meter sahaja.

Lagipun, apa salahnya membantu sahabat baik sendiri meluaskan empayar perniagaannya, aku memanglah tidak berkemampuan sangat, apa yang aku beli dan buat untuk diri aku sendiri adalah hasil daripada titik peluh sendiri, aku jarang meminta pada abi untuk membeli barang sendiri. Ini salah satu tanda aku menghargai diri aku sendiri.

Sekali lagi aku hendak tegaskan, aku bukanlah hendak cantik seperti anak dara dulu [eh? dulu cantik sangat ke? hahaaa] aku hanya berkehendakkan badan yang sihat dan tough untuk mengurusi diri sendiri, rumah tangga dan kerjaya. Hot ke tak hot aku ni, kena tanya abi la kan... ngehehehe.

Nota hijau: Perghargaan untuk diri sendiri. Badan sihat, hati pun gembira, jiwa tiada berduka, cinta dan sayang tumbuh melata. Jadi, hargailah semua disekeliling kita ;) Peace.

Perangai.

Wednesday, 20 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lupa pula snap gambar duriannya. Budak susah tidur.

Balik kampung minggu lepas dengan paksu. Budak ni memang langsung tidak reti duduk diam. Semua orang lelah melayan kerenah dia seorang. Hendak tidur meniarap satu seat belakang dengan dia seorang sahaja. Mana bolehnya kalau aku dengan tokmama dia ada di belakang sama.

Tengok kakak menginja di belakang, Adli yang bersama tokpapa di samping paksu yang memandu pun ikut teruja sama. Penuh. Fullseat bahagian belakang Passo paksu tu.

Mujurlah aku tidak lagi balik ke Felda Bukit Easter. Jenuh hendak menyampaikan rumah felda tu, perjalanannya boleh menduga iman dan kesabaran dengan keadaan dalam kereta yang sempit. 

Cinta. Hati. Jiwa macam biasa :)

Adli, berhenti di RnR untuk makan. Dudukkan dia dalam seat baby. Habis semua orang yang lalu-lalu sebelahnya dia tegur. Siap angkat tangan ala-ala say hai. Muka dah la sweet-sweet. Bila orang agah, dia tunduk hendak sorokkan muka bawah kerusi. Aku jadi gelihati. 

Bila sampai rumah tok, huaaaa dihidangkan dengan durian. Oh my! i like durian so much. Memang memulun aku makan. Pertama kali Auni makan durian, hahahaaa... beria-ia dia ajak tokpapa dia join sama.

"jomla tok, ada kawan. Tuuu kawan-kawan" katanya sambil tunjuk aku, mama dengan adik yang sedang mengadap durian di meja makan. Terburai ketawa. Anak bini tokpapa jadi kawan pula. Auni-Auni. Minah ni, kalau buat perangai memang aku malas hendak melayan. Bak kata paksu, manja terlebih.

Beli mainan dua, satu adik satu kakak, semua dia kaut. Kepala adik tu dicepuk-cepuknya. Kalau aku layan lagila dia mengada, masa ni memang aku bawa lari Adli sahajalah.

Adli kuat makan. Hahaha, bangun pagi duduk sarapan sama-sama. Apa ada atas meja semua masuk mulut dia. Habis sekeping roti. Dia minta mandi dan tidur. Belum lagi biskut, kek semua dia bedal. Macam manala tidak tough. Ngeee...

Nota hijau: Alhamdulillah semuanya sudah beransur sihat. Adli semakin melasak dan pun sama, manja. Haish! kali pertama balik Johor tanpa abi. Muahahahaaa... payah nak shopping banker tak ada.

Lupa atau tidak ingat.

Tuesday, 19 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun sudah betul-betul awal, tapi masih lagi ada benda yang terlupa. Punyala dengan seribu daya aku mengangkut beg baju anak-anak, dukung Adli dan beg bekal. Penuh tangan sebab malas hendak bawa stroller.

Dengan konfiden dan bajet comel dengan tudung bawal tona ungu, aku jalan menuju lift. Jumpa pula dengan jiran yang memang biasa bertegur siapa. Badan tidak boleh hendak pusing sangat disebabkan membawa beban di tangan kanan, kiri juga belakang.

Ting, lift tiba di destinasi. Adli bergayut menjatuhkan kepala di bahu aku sambil menikmati panorama lot parking tingkat tiga sebelum aku memanjat anak tangga yang berkeadaan gelap, ok kelenguhan kurang si situ.  

Sampai di rumah kak Ana, bibik menyambut di hadapan pintu. Selesai sesi transit itu budak aku angkat semula segala mak nenek benda untuk bawa ke opis. Aku kembali turun tangga yang sama sambil meraba-raba kocek handbag untuk mencari kunci kereta.

Aik??? Errrrr..... aku patah balik semula rumah kak Ana. Tapi...??? Aku serahkan beg baju dengan Adli je tadi. Ermmm...

Handbag aku berisi dengan semua benda penting ada di rumah aku sendiri. Bengong. Memang menyumpah diri sendiri. Berkali-kali aku istighfar. Guane la aku boleh tertinggal handbag. Mahu dan tidak, aku naik semulala ke rumah sendiri.

Bila sudah turun semula ke kereta, rupanya masih ada lagi barang yang aku ketinggalan. Sudahlah, lenguh kaki nak turun naik-turun naik. Terus sahajalah aku masuk opis.

Nota hijau: Ni la, bila dah lama sangat tidak bawa beg tangan dan perasan bajet comel. Kekekeke... minggu ini Adli makan ayam dengan sawi dan aku cuba beri timun bersama ikan bilis. Lantak, kombinasi haru-biru akibat bukan aku yang pergi bershopping barang dapur. Hihiii.

Bila emak stres.

Friday, 15 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila aku stres, benda yang aku akan buat selain tidur ialah, belajar membuat kad hasil tangan sendiri. Bila sudah siap dan jadi, aku akan senyum sampai telinga dan tidak stres lagi. 

Kadang-kadang, idea asal tu lain. Bila tengah jalan, jadi lain. Sebab tu aku namakan handmade art aku ialah, ch@limitedart, adalah kerana setiap satunya adalah berbeza.

Salah satu kad yang aku buat masa stres untuk seorang kawan sekerja yang berusaha memenuhi permintaan aku. Aku suruh dia buat penanda buku sebanyak 10 keping. Wahahaha. Kejam.


Aku lebih suka guna mengukit, mencoret, melukis menggunaan Pilot 0.5 warna hitam. Ini bukan print ye. Hiii.


Dahan bunga yang buat hati aku puas, walaupaun aku tidak gemarkan bunga. Terhasil apabila aku belajar daripada tutorial di blog kegemaran aku. 



Namanya ialah Malaysian Flower. Ini version aku, kalau tengok version kak Lin, lagi kagum. Seninya sangat halus dan, macam seperti mesin sahaja.

Daripada kertas yang di shredder. Pinjam shredder di opis. Kemas sikitkan?


Again, aku suka mengukir dengan Pilot 0.5. Dengan bantual circle template. Mula tu hendak buat bentuk love, tapi jadi bulat pula.


Used Pilot 0.5 again. Quote tu daripada google, tapi maknanya sungguh sampai dalam hati. Kata yang membakat semangat untuk mencapai yang terbaik. Hiii.

Ok dah habis. Agak-agak kalau aku buka untuk tempahan, ada tidak orang hendak orderkan? Aku pernah tanya kak @Eda, dia kata dia lebih suka buatan tangan. Apatah lagi daripada kawan baik sendiri. Hrmmm, aku pun suka buatan tangan walaupun orang yang memberi tu kata font dia buruk gila. Aku tidak kisah. It's our friendship memories rite?

Nota hijau: Tiba-tiba ada art kat sini kan? sebab aku takde idea sudah. Hahaaa, kalau mahu lebih lagi, bolehla ke My Art di http://orencantik.blogspot.com tapi itu untuk semua kawan-kawan aku sahaja. Eh! pomote pula. Sedang berusaha untuk buat kad raya hasil tangan sendiri. Hihiii. Jimat.

Cinta. Hati. Jiwa. Serupa tapi tak sama.

Wednesday, 13 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.






 




Hari ni, emak demam. Jadi, umi decided dengan abi hantar kamu berdua ke rumah mama. Kami dah kehabisan cuti untuk bergilir-gilir menjaga kamu berdua. Lagipun, blok kita tiada bekalan elektrik hari ni, nanti kepanasan.

Mama pun ok je hendak tengok-tengokkan kamu berdua. Kakak Auni jangan nakal-nakal. Adik jangan manja-manja sangat. Mama suka je hendak jaga.

Jangan kamu sebar virus batuk di rumah mama pula ye. 

Kamus hijau: Emak [kak Ana/ pengasuh Auni & Adli], Mama [kak Ti/ pengasuh Auni dahulu].

Nota hijau: Kata wordless kan. Tengok gambar sahajalah. Missed them so much.

Perubahan.

Tuesday, 12 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, cerita tentang kelisa abi jadi mini. Hari ni, kisah puri Adli pula. Sudah bertukar daripada halus kepada sedikit kasar. Aku perhatikan dia makan biskut cheese tu sampai berkeping-keping, makanya boleh la aku decide memberi puri yang lenyek ataupun blend kasar.

Pertama, aku melenyek salmon kukus. Bau salmon kukus buatan aku ni memang menggoda aroma hidung sungguh, siaplah masuk sesudu dua sambil melenyek tu. Melenyek dengan Auni, aduhaiii. Lebih banyak air liur yang masuk dalam salmon rasanya. Bergasak pot-pet-pot-pet tanya itu dan ini.

Tidak mengapalah Adli semoga bijak macam kakak juga. Tidaklah asyik merengek aja walaupun dan mengesot daripada bilik sehingga ke dapur. 

Menu kedua kacang peas+kentang+labu, di kukus. Kacang peas buang kulitnya dahulu. Habis menu dah, pening kepala aku hendak menyusun menu. Selepas ini, bolehla pusing balik menu yang mula-mula buat puri halus dahulu. Kali ini membuatnya secara lenyek pula.

Serius, antara lenyek dan kisar halus, aku lebih suka kisar halus kerana lebih cepat dan lebih mudah. Sebaik sahaja vegi di atas siap dikukus, aku pun dengan selamba kodok masuk dalam pengisar, langsung kisar halus. Muahahahaaa. Kan... Itu tanda aku sudah malas.


Tidak mengapalah Adli, kan sudah ada gigi, mesti boleh mengunyah dengan jayanya. Kakak Auni dulu pun siap makan keropok ikan lagi, kakak Auni tidak pun di ajar dengan puri kisar halus dan sebagainya ini, dia hanya makan nestum dan biskut. Semuanya keras.

Alhamdulillah, kakak Auni membesar dengan terbaik. Cuba tanya dia 12 warna dalam kotak warna, Auni mampu sebut semuanya dengan cemerlang. Cuba tanya butang-butang nombor yang ada pada dinding lift, dia mampu menyebut 2 atau 3 nombor. Cuba suruh dia lukis gambar bentuk bulat, segitiga dan segiempat, walaupun tidaklah secantik mana tetapi bentuknya menjadi. Cuba tanya dia, intisari kartun di Disney Juniour Channel nescaya dia boleh menjawabnya walaupun kedengaran pelat.

Adli tidak boleh manja-manja sangat. Kakak Auni pun pernah sebaya dengan Adli, kakak Auni sangat berdikari. Memanjat almari tv dan bernyanyi, memanjat meja makan dan menari. Kakak Auni sangat extreme. Adli boleh.


Semoga kamu semua membesar dengan sihat dan gembira. Umi bangga menjadi emak kepada Auni dan Adli. Walaupun umi ni malas, umi akan cuba buat perubahan untuk menjadi rajin kepada ahli keluarga umi. Umi cuba. Apsal skema lak ni. Hahahaaa.

Kesimpulannya menu Adli untuk minggu ini, salmon kukus, ayam rebus, kacang peas+labu+kentang dan buah naga bersama nestum :)

Nota hijau: Aku dah gila cloth-diapers. Arghhhh! bila hendak gaji ni.

Kesayangan si dia.

Monday, 11 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye mentangla sudah menjadi hak milik kekal, sendiri punya. Tidak sampai 5 tahun ianya bertukar rupa lagi. Agak terkejut juga aku melihatkan gambarnya. Belum lagi tengok dengan mata sendiri. Masih belum berada di parking rumah.

Kali ni, pertukaran yang memang cuak untuk aku mencuba pandu, hahaaa. Tapi ianya sangat cantik, menarik, comel dan yang bersesuaian dengannya. Hrmmm, macam hendak masuk muzium pun ada juga ni, sayang hendak di tayang di jalan raya.

Memang geleng kepala makcik melihatnya, patutlah berat sangat hati tu hendak pergi bercuti, hendak balik kampung, hendak ke mana-mana. Rupanya ada hikayat seribu satu perihal tentang kelisa yang tidak ku ketahui. Pasrah.

Kelisa hakmilik kekal abi.

Daripada silver original, bertukar biru sporty bertukar lagi jadi mini cenggini. Huhuuu. Janji, bila aku hendak apa-apa dia mesti sediakan untuk aku. Kejam? mana ada kejam. Fair la kan. Aku biar sahaja, sebab kelisa ini memang kesayangan dia, hadiah daripada arwah emaknya untuk dia.

Mungkin ini cara dia menghargainya. Bertukar lagila geran nampaknya. Ngeeee... Memang takut aku hendak memandunya lepas ini. Isk-isk-isk. Boleh minta cloth-diapers untuk koleksi nampaknya :)

Nota hijau: Usah ditanya kosnya berapa, aku tidak tahu. Usah ditanya, gajinya berapa, juga aku tidak pernah tanya :) setia aku bersama Waja sahajalah.

Puri untuk Adli.

Friday, 8 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat, penghujung cuti sekolah juga sudah sampai untuk hujung minggu. Hujung minggu untuk sesi membuat puri :) apabila di amuk rindu dendam dengan kampung halaman ataupun rindu untuk mengukur pusat membeli belah.

Mengeluh? itulah pengorbanan atas nama sebuah perkahwinan. Itulah perubahan paling ketara apabila bergelar seorang emak kepada dua cinta hati dan juga isteri kepada seorang yang bergelar menjaga amanah negara. Tawa dalam tangisan. Shoot the story, tidak mahu emo awal-awal pagi begini. Euro 2012 bakal berlangsung. Hurey, go German go.

 

Merujuk kepada persoalan di atas, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman, bagaimana menguruskan frozen puri yang sentiasa menyerikan suasana peti sejukbeku aku setiap hujung minggu. Alhamdulillah, sudah 8 bulan Adli makan masakan emaknya sendiri. Hujung minggu aku akan menyediakan pelbagai jenis menu untuk disejukbeku. Semuanya aku sudah masukkan dalam mangkuk, tupperware, dulang ais yang kesemuanya bertutup mengikut bilangan hari.

Bagaimana menguruskan susu perah, begitu jugalah menguruskan puri sejuk beku. Pada malam hari aku akan turunkan ke bahagian sejuk biasa. Keesokkan pagi sebelum aku mandi, aku akan panaskan puri bubur nasi sahaja ke dalam warmer. Dan puri lain aku akan asingkan mengikut menu yang aku suka.


Menu minggu ini ialah, puri ayam rebus+puri bubur nasi, puri sup sayur+puri bubur nasi dan puri buah naga+puri bubur nasi. Sebaik aku bersiap, aku campurkan puri bubur nasi dalam warmer tadi ke lauk pauk yang berasingan, gaulkan. Warmer kecil je. Jadi, tidak muat untuk sumbat semuanya. Bila kesemua sudah siap sedia, masukkan dalam beg, bekalan untuk Adli.

Di rumah pengasuh, Adli makan tiga kali. Pagi, tengah hari dan petang. Kak Ana akan panaskan bersama nasi dalam periuk nasi elektriknya. Belah malam, emak pemalas ni akan berikan Adli makan biskut Milna atau nestum bersama susu sahaja. Hahaaa. Macam tu la setiap hari sehingga bertemu hujung minggu semula.

Sesungguhnya aku sangat bertuah mempunyai pengasuh bernama kak Ana ini, dibantu dengan seorang bibik beliau amat menyokong penuh dengan penyusuan susu ibu, dan juga memberi solid-food buatan emak masing-masing. Kadang-kadang bila aku sudah kebuntuan menu, dengan selamba kodoknya aku bertanya padanya. Dia akan kongsi apa-apa menu yang emak anak lain buat untuk anaknya.

Nestum dan biskut juga ada aku bekalkan untuknya, cuma jadi perhiasan sahajalah. Kadang-kadang diberinya juga. Mengambil pendapat Eima, aku mengajar Adli makan solid-food proses, cumanya tidak selalu. Aku hendak mengajar dia pelbagai jenis rasa makanan. Pentingnya, solid-food pertama haruslah buatan emak. Aku dah rasa bagaimana Auni susah benar untuk makan nasi apabila solid-food pertamanya ialah nestum. InsyaALLAH, mereka akan biasa nanti, kita berikan yang terbaik.


Merujuk kepada persoalan di atas ini, buat masa sekarang Adli makan apa sahaja yang emaknya bekalkan. Pernah juga dia tidak makan, makan tetapi tidak habis kerana dia demam dan tekaknya sakit. Setiap hari kak Ana akan melaporkan aktiviti Adli, dia makan, dia melompat, dia asyik membuang, dia mengamuk, dia pandai akan sesuatu. Aku sentiasa senang hati dengan penjagaan dan laporan-laporan kak Ana. I'm proud of Adli.

Sekali lagi aku sangat bersyukur, kerana Adli tidak cerewet soal makan. Mungkin dia sudah biasa dengan rasa susu emak yang mempunyai pelbagai perisa makanan. Dia sudahpun makan biskut cheese sebagaimana kakak Auni, makan roti, makan kuih yang bertekstur lembut, biskut tiger, biskut jejari. Dia sudah boleh mengunyah dengan cemerlang. 

Yang penting ialah, emak atau ayah mesti pantau dan alert setiap kali dia mengambil biskut-biskut tersebut. Maklumlah, keyakinan belum menebal sangat. Tercekik karang. Dan bila aku perkenalkan satu-satu menu baru, aku akan tanya dengan kak Ana, popoo nya ok atau pun tidak. Hiii.

Ini Norerfan Adli bin Norerwandi.

Nota hijau: Aku ni emak yang tidak berapa hendak rajin sangat, jadi semua benda pun aku buat tidak mahu susahkan diri sendiri. Kekeke. Entah bila hendak rajin pun, sendiri tidak sedar-sedar. Bangun Syasya bangun!

Puri demam.

Wednesday, 6 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hahaaa, malas nak fikir tajuk. 

Entry ni sekali dengan esok punya, esok yang tiada di opis. Hahaaa, syurga. 

Aku tak pasti adakah Adli demam disebabkan oleh puri buah naga ini atau sebab hendak tumbuh gigi lagi atau beralih bulan atau rindukan abi.

Mula-mula aku lenyek sahaja buah naga ni, then rasa macam tak puas hati je, aku kisar je terus setelah buang kulitnya. Hiii. Tidak berapa manis sangat dan mengandungi banyak air. Kisar tanpa tambah air, berjalan dengan lancar sekali.

Kata eija, macam jelly :p

Menawan sungguh warnanya, bila aku instagram ada seorang kaka kata buah ni sejuk. Hrmmm, alamak banyak pula aku dah kisar, jadi aku campur dengan puri bubur nasi. Muahahaaa. 

Aku ada google juga, tapi ada seorang emak tu dia campur dengan oats, menarik jugakan? Ok, masuk menu minggu depan, harus cari oats ataupun nestum untuk dipelbagaikan. Mak Adli ni, tak reti sangat nak berpasta-pasta. Takpe, kita harus mencuba ;)

Menu minggu ini kira serasi dengan Adli, sebab dia tidak kerap membuang sebagaimana menu puri ikan minggu lepas. Tapi popoo dia warna ungula, mengikut warna buah naga. Hehe. Pisang pun aku belum cuba lagi, boleh ke di frozen ek? coz pisangkan lenyek je, campurkan dengan oats menarik jugakan? aku lak rasa terliur-liur. Hiii.

Lekas baik mok, lepas ni harus makin aktifkan? huaaarrghhh!!!

Okla, budak demok tu merenget je daripada tadi, tidak selesa mungkin. Daaa... menu minggu ini: puri ayam, puri sup sayur [lobak+kobis+so hoon+fo chu kering] dan puri buah naga. Slurrrrpppp.

Nota hijau: Legaaa, abi dah balik setelah lima hari berpergian. Tawa dalam tangisan aku, bila perginya tanpa khabar. Sabar ye hati, tabah ye jiwa. 

Projek dah mula.

Tuesday, 5 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baik korang cakap korang rindukan aku. Hahaaa. Kejam betul. Baru sehari takde entry dah rasa macam orang glamour sesangat ek. Aku macam blur-blur lagi ni, hahaaa. Almaklumlah kena handle rumah sendirian.

Masuk hari ke-tiga, Auni dah mula tanya abi, ni yang masalah problem. Macam biasa aku hantar dan ambil dorang, lepas je aku parking kereta bila balik kerja, aku akan solat Asar, kemas rumah, cuci baju, masak nasi terlebih dahulu. Bila dorang sudah balik, memang berguling dengan dorang sahajalah.

Adli, sejak dah besar ada 6 gigi ni... manjanya kemain. Walaupun seronok bergelak ketawa dengan kakak, bila tidak nampak kelibat emak mulala dia menyanyi. Sampai naik pening aku hendak buat kerja. Memapah sudah keliling ruang tamu, bila part hendak duduk sendiri mulala failed. Gabra, masih gayat.

Memang macam ni la keadaannya.

Hujung minggu lepas, berjaya juga aku bebaskan bakul sampah dengan Drypers kotor. Hahaaa, fully CD dan berjaya, memang dua hari yang cukup struggle hendak kendalikan CD-CD kotor tu, apatah lagi Adli asyik membuang tidak sudah-sudah sehingga punggung naik melecet.

Menjadi masalah bila hendak mandikan sebab pedih sampai demam. Aku tidak tahu dia demam kerana melecet tu atau gigi tumbuh lagi. Apapun bila aku lapkan kering, pakaikan CD bila hari kedua semuanya sudah kering. Dia pun dah suka hendak mandi. Oh, lekas sembuh melecet dia.

Malam tadi, tertinggal aku seorang dalam bilik. Adli sudah pun join Auni di ruang tamu. Aku memang flet habis. Sedar-sedar, seorang main bedak, seorang lap tv. Adoiyaiii, jam menunjukkan 4pagi. Huaaaaa. 


Terus aku angkat Adli masuk bilik balik semula, paksa dia tidur. Eiiii dak ni, pantang nampak orang hendak main, dia pun cepat sahaja. Si Auni memang jangan katalah, waktu malam is waktu siang dia. Mulutnya macam murai, pot-pet-pot-pet. Kalau suruh mandi, memang macam dalam jakuzi di buatnya. Berenang dalam besen.

Sangat pandai menjawab dengan penuh sopan. 
Bila minta pertolongan, jawapan dia "ok, baiklah".
Bila dia malas, jawapan dia "ermmm, tak adalah umi. tak apalah".
Bila emak kata mengantuk, kata dia "ngantuk? tidurlah"
Bila beri biskut/ air, dia akan balas "terima kasih umi"
Bila aku lambat bangun buat susu, tindakan dia? "sayang umi, sayang adik" - kiss pipi Adli dan emak. Hiii.
Bila dia mengantuk, katanya "Aoni ngantuk, nak tidurlah"
Bila dia lapar, sambil pegang perut "Aoni lapar"
Bila sudah kenyang sambil baring peluk bantal "taknak lagi, dah kenyang"
Bila buat salah, memang dialah manusia paling jujur mengaku. Hahaaa. Sampai tidak jadi hendak marah.

Ohhh, my lovely daughter sudah besar. Sebaik sahaja aku sampai opis, aku suka kenangkan perangai dia yang sangat macam-macam. Hiii. 

Nota hijau: Cepatlah abi balik, tolong layan budak berdua ni. Aku ni ibarat, tidur tak lena mandi alakadar. Makan? memang kalau dah hanyut dengan Adli, aku lupa untuk makan. Hahaaa. Sebab tu kabinet dapur aku penuh dengan biskut, roti, bijirin tidak lupa megi. Peti mesti penuh dengan jus, buah, jem roti. Aku akan makan bila sempat sahaja ;)

Jangan ada bosan.

Friday, 1 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwie, happy Friday. Malas hendak memikirkan benda-benda emo berlaku malam tadi. Hahaaa. Memang ada halnya menyebabkan aku menangis dengan tidak fasal-fasal. Semoga Auni yang baru hendak membesar itu dapat pengajaran daripada kenakalannya sendiri.

Jangan ada bosan. Ye ke? seorang emak blogger macam aku ni apa je lah hendak diceritakan melainkan hal rumah dan tangga yang berlapis selain kisah keluh kesah surirumah tangga. Jadi, kisah ini ada kaitan dengan kegemaran emak juga. 

Luaran tidak cantik. Dalamannya sungguh cantik.

Apa ada dengan plastik sampah ini? Ye nampak macam plastik sampah, tapi bukan sebarang sampah. Ini sampah yang paling bagus untuk menyelamatkan alam sekitar selain ekonomi menggunakannya dalam kitaran hidup. Alah bisa tegal biasa. Ini plastik cantik sebenarnya akan tetapi untuk memuatkan isi dalamnya terpaksalah jadi sebegitu rupa.

Pelaburan selepas breastfeeding.

Inilah harta hasil perbincangan aku dengan abi. 7 keping lampin moden asalnya menjadi 10 keping apabila abi voluntier untuk menajanya. It's a cute rite. Aku suka sangat sampai rasa hendak menangis kerana terasa berbaloi bila orang tersayang menyokong usaha yang selama ini menjadi impian. Impian sudah menjadi kenyataan. Sobsss. 

Terima kasih kakLong Nuzula dan juga kak Rose, ibu Rafiq dan Aishah yang sangat menyokong dan tidak jemu memberi kata-kata perangsang untuk minda dan hati. Aku belikan sekali Auni Ipad untuk dia belajar. Harap dia suka. Aku belum beri pada dia lagi. Akan ku balut seperti hadiah untuk menggembirakan hatinya.

Ipad for Auni.

Bersedia untuk basuhan kali pertama. Penuh satu baldi.

Satu hal yang berlaku bila terlampau suka, aku terus masukkan pocket CD bersama insert dalam mesin basuh. Mesin sudah jalan baru teringat, sepatutnya pocket CD masuk dalam beg net, untuk mengelakkan getah yang ada padanya rosak. Argh! lupa-lupa-lupa. Sila jangan tiru ok. Aku tak ada beg net besar, aku guna beg beli yang biasanya kita beli beg tangankan ada beg kain dalam tu, so guna yang itu ajalah. Hahaaa.

Semua benda pun aku hendak recycle. Wakakaka.

Hrmmm. Umiii... mana satu Adli punya?

Yeah, ampai penuh. Suka sangat termasuk orang yang kat bawah tu. Hahaha. Aku punya sengal, aku pergi campur yang sudah dipakai dengan yang baru, pastu jenuh nak milih mana yang sudah biasa dipakai dengan yang baru untuk dipakaikan kepada Auni juga Adli. Bengong!

Rasanya, aku pre-wash dua kali je la. Tidak sabar sudah hendak pakaikan pada budak berdua ni. Kikiii. Kena cari storage box yang cecantik untuk CD-CD ini. Aku sudah ada 15 keping kesemuanya. Huwiiii

Nota hijau: Aku tidaklah serajin mana, cumanya bila sudah ada bila sudah bermula harus terus bersemangat dan buat sehingga jayanya. Jangan ada bosan. :) Marilah kawan-kawan, Adli dengan Auni sudah sudah mengurangkan penggunaan Drypers pada waktu malam ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in