Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersama-sama tempuhi segala, walau jalanan masih jauh, hanya kau dan aku yang tahu. Cemburu, serius aku sangat cemburu melihat orang meng'post' gambar pergi bercuti di dinding FB. Iri hati, aku sungguh iri hati bilamana seisi keluarga pergi makan angin, bergembira membawa anak-anak berlari di padang.
Aku? di rumah aja, aktiviti tergendala. Surat permohonan ditundakan ke hari yang entah bila. Bila hati tidak ikhlas, buat kerja pun semuanya tidak menjadi. Hati yang sedih semakin menjadi sakit. Semua benda yang di rumah ni hendak merajuk. Hendak tunjuk rosak. Sudah terasa di sabotaj.
Mujur, ada penawar lara. Sedih kejap aja. Apabila penyeri rumah ini sudah mula berduet, hati pun sudah tidak sedih lagi. Penawar mujarab. Masing-masing sudah cekap dengan skill tersendiri. Kakak Auni dengan keletah dan mulut bisingnya, Adli dengan gaya menonggeng dan mengesotnya. Haru. Sorang berlari, sorang mengejar daripada belakang.
Hahahahaaa, kakak Auni suka sangat lari bawah meja "sini adik, sini. cepat adik, cepat" tanpa pelat. Adli yang tengah asyik mula angkat badan. Angkat kepala, ketawa besar siap dengan suara. Apa tunggu lagi, lekas sahaja pergi ke arah kakak Auni yang menunggu di hujung sana.
Riuh rumah. Masing-masing beradu suara. Aku hanya di dapur, berulit dengan puri macam biasa :). Sesekali terdengar kakak Auni mengajar adik. Sesekali terdengar kakak Auni menyanyi. Sesekali terdengar kakak Auni mengaji Alif Ba Ta. OMG Auniii, you are superkakak.
Adli jarang menangis atau merengek. Walaupun hendak susu, dia hanya buat isyarat hisap jari sahaja. Melainkan, kena luku dengan kakak Auni yang selalu hilang sabar. Kalau emak tak masuk campur, memang bergegarlah pangsapuri tu.
Superkakak Auni.
Superdemok, Adli.
Penghibuar hati emak.
Sekarang ni, bila aku hendak semua orang tidur. Aku boleh main ugut-ugut. Hahaaa. "kalau Auni tidak tidur, umi bawa adik sahajalah". Adli dah memanglah sah-sah tidur mengikut jadualnya. Ubat nak tidur, biar rumah gelap. "Hantu suka gelap, so kalau Auni takut kenalah tidur" wakakaka, emak pun dah terpengaruh sebab malas nak layan.
Nota hijau: Bila nak pergi bookfair ni. Haih!