Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku ni, kejap jadi breastfeeding tegar, kejap jadi pemalas. Aku nak buat pengakuan ni, hehehe. Memang aku breastfeeding, tapiii dek kerana mindset aku telah dijangkiti satu virus jahat, makanya aku beri Aie susu formula bila dia di rumah pengasuh.
Ye, aku tak ada stok susu dengan alasan peti ais aku hanya satu pintu dimana freezernya terdapat segala macam lauk basah seperti ikan, udang dan ayam. Akibat mindset pendek berfikir, dan selalu stress dengan puting breast kembali luka mengakibatkan Aie diberi formula. Kesian-kesian.
Meh sini aku share, memang sayu hati owh tengok muka Aie minum formula, apatah lagi aku sendiri yang bagi. Aku rasa macam zalim betul, susu badan ada tapi mengada nak bagi susu formula. Sebab tu, aku soh je abi yang bagi. Aku tak nak. Aku rela sua breast pada Aie.
Kesan daripada fully breastfeed selama sebulan, menjadikan Aie kuat ngempeng, nak tidur mesti dengan breast. Dia selesa bila aku peluk. Sebab itula, aku still bagi Aie susu badan pada waktu malam dengan bantuan susu formula bila di pengasuh.
Corong Medela.
Dan ceritanya bermula apabila semalam hari pertama berkerja, segala macam peralatan untuk pam susu aku bawa akan tetapi benda paling terpenting sekali aku tak bawa. Sengal-sengal ubi, bila tiba di surau nak pam susu. Adoiii. Breast dah hampir-hampir je nak bengkak makanya dengan kemahiran berfikir sepantas kilat aku memerlukan teknik MARMET.
Di surau bukan ada PC nak Google teknik marmet. Makanya, dengan daya ingatan aku kembali kepada kelas anternatal di PPUM. Betapa, pentingnya teknik marmet jika dalam kegawatan macam aku ni. Mengutuk diri semasa proses marmet adalah dilarang, nanti stress susu pun jadi sikit. Makanya, marmet dengan senyum-senyum je la. Hahaaa.
Alhamdulillah, kali pertama buat agak sakit sikit. Rasanya kalau hari-hari buat best sebab hasilnya memang sangat memuaskan. Disamping dapat menyingkatkan masa memerah menggunakan pam, tak sampai setengah jam aku dah dapat 120ml. Lebih daripada cukup untuk sekali penyusuan Aie. Syukur kaw-kaw.
Terima kasih kerana masih berkhidmat.
Dan pada hari ini, aku bawa pam mini Pureen. Pam yang bunyinya bising akan tetapi hasil kerjanya memuaskan. Tidak perlu bawa banyak part dan tidak berat berbanding dengan pam elektrik Medela yang walaupun ringan, aku risau tertinggal lagi part penting macam semalam. Kikiii. Pengajaran.
Rasa tak sabar pula nak pergi mengepam. Hahaaa.
Semalam balik kerja aku lagi mengangkut budak berdua tu balik, Oni serasi dengan suasana di rumah pengasuh sampai tak mahu balik. Aie pun, hantar tidur. Ambil balik pun tidur juga. Sampai rumah dua-dua pakat dera mak dia, buat perangai.
Sudahnya aku makan malam pukul 11pm, itu pun abi dah balik. Jaga dorang pula. Tunggang terbalik aku handle sesorang, masak memang takla. Tak sempat dek Aie, rindu benar ngan aku. Macam bertahun-tahun tak dapat pelukan mak dia. Budak 2 bulan, apa yang dia tahu kan?
Hari ni, aku kerah abi hantar anak sama-sama. Buat sama-sama, jaga pun kenala sama-samakan? aku ni dah la tulang je. Cemburu aku tengok, orang depan, orang sebelah, orang tingkat atas rumah aku hantar anak sama-sama bila anak masuk dua. Maklumla, kitorang mengandung sama-sama dan saling bertegur saper. Heheee.
Pesanan penaja: Terima kasih breastfeeding, aku slim dengan pantas 47kg.
I get my weight back.
Jangan cepat mengalah macam aku ye, aku pun nak struggle breastfeeding semula ni. InsyaALLAH. Nak tahu teknik marmet, google je ;)