Friday, 10 January 2025

Bersiap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku dan Arrizqi berdiri berhadapan kabinet pakaian, dia baru lepas mandi.
"Ersyad, hari Sabtu nanti mahu pakai baju melayu mana satu?" sambil aku menyelak-nyelak pakaian yang bergantungan.
"ungu lah umie, ada tak?" dia ikut menjengah sama.
"alaaa, saya baru pakai baju ungu. Ni ada ungu, baju abang baju Ersyad dah tak muat."
"cikgu kata pakai warna terang-terang, ni?" dia tunjuk baju warna teal, hijau agak kebiruan.
"gelap juga tu, ungu pun gelap, hijau ni lah! baju abang juga pakai ni lah, saya pakai batik hijau."
"okey, samping? dia menjengah deretan samping bahagian atas kabinet. Tu ada banyak warna. Hitam silver umie." aku turunkan semua samping, dia padankan dengan baju. Dan sambung,
"alaaa licin." dia cerewet sama macam aku, tidak pakai jika tidak selesa.
"pakai kuninglah, nampak kontra, saya pakai shawl warna sama." aku keluarkan semua baju dan padankan dengan baju batik aku sekali letak atas tempat penggosok.
"bolehla, sama dengan umie." Arrizqi menghilang. Aku membelek lagi pakaian kami yang akan dipakai Sabtu nanti, Majlis Anugerah untuk tahun enam. Nanti sahajalah aku gosok.

Rehat malam sambil menonton drama kepala otak aku sudah berfikiran ke hari esok, emak-emak sangat! Apa yang aku akan pakai esok pagi, baju warna apa, tema apa, tudungnya apa walaupun aku hanyalah seorang surirumah sepenuh masa, muahahaa. Kisah aku!!! 

Jika rajin, aku akan tanya daktiga pilih satu warna, aku akan pakai ikut warna pilihan mereka ikut hari. Kadang aku google, pakai mengikut hari yang pakar psikologi telah tentukan. Kadang aku buat gila, setiap hari aku pakai warna hijau. Aku sejenis manusia yang bersiap biarpun hanya duduk di rumah. Bagi aku jika tidak pakai, bila lagi? sehinggakan mereka kerap berteka teki dengan kerjaya aku- cikgulah, keranilah, paling tidak masuk akal mereka fikir aku dak universiti, apo?

Banyak-banyak terma pakaian, aku lebih selesa dengan baju kurung, senang melangkah dan selesa. Baru-baru ini, teman baik aku menyatakan dia suka jika aku mengenakan skirt, blouse atau kemeja menjadikan aku let's shopping skirt, ihiks! 

Mix and match.

Pakai dress ni, disaspek berumur 25tahun, haih!

Boleh jadi skirt.

Vegitarian

Cubaan ber t-shirt.

Aura dan warna mengikut hari.

I love gweeen!

Jadi, apakah anda seorang bersiap juga? eh aku di rumah pun pakai lipstick lagi-lagi bila tuan asben kata dia coming home tu kan, aaaaaaahahahahahaa! 
If my outfit looks good I candeal with ANYTHING.

4 comments:

Suria Amanda said...

Macam Kak SA suka Hitam, most of my outfit warna hitam, less putih dan less hijau,biru banyak...orang yang suka warna hijau ni jiwanya lembut kan..

Ezna Khalili said...

Dania pernah pakai tudung, blouse dan seluar warna hijau. Dah kena sakat dengan kawan....nak proses fotosintesis ke?. Sejak daripada itu, takde dah 1 set hijau. Sabar je lah....

ch@ said...

hitam pun suka juga, 2nd warna. lembut ke? saya lasak kak.

ch@ said...

hahahahaa, ialah tengokla dia ambil bidang apa. nnt dia hilang dlm alam semulajadi. kita suka hijau drpd kecik.