Thursday, 30 August 2012

Mana gambar raya makcik, Pah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa... dah ala-ala macam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee gamaknya. Mana butang baju melayu abang, Pah! kehkehkeh - camtu ke dialognya? 

Wei, tak perasan aku esok 31hb Ogos. Aduyaiii, saraf-saraf otak semakin tidak berhubung mujur dengar radio Pagi Di Era tadi, pasal pengalaman perbarisan 31hb Ogos. Aku pernah je terlibat, masa sekolah menengah dulu, bawa bunga manggar. Glamour makcik dengan baju batik asrama.

Bila dah kerja, kompeni hantar berbaris, berjalan tengah Putrajaya tu  berkilometer jauhnya bersama pakaian sponsor. Masih ada lagi baju berlambang MIMOS dan satu badan sponsor kecuali yang dalam-dalam. Kepanasan berbaris di padang jarak padang terkukur tu hanya tuhan yang tahu. Kenangan.

Jadi, malam tadi berangan nak upload gambar raya, ke ada yang dah tengok? gila privacykan? tak privacy pun, cuma gambar tu dalam memory card kamera. Yang biasa aku upload gambar dalam android ja. Tu yang lambat tu. Lagipun, gambar tak berapa nak comeyla. Macam mana pun akan ku upload juga. Aku ingat nak print-out semua gambar raya mengikut tahun.

Tahun pertama-berdua saja dengan abi, tahun kedua-sudah ada Auni, tahun ketiga-masih ada Auni, tahun keempat-sudah ada Adli, tahun kelima-bakal ada baby. Wah-wah-wah... panjang berderet gambar raya makcik nanti [berangan lagi].

Makanya tiada gambar raya lagi hari ini tapi aku gantikan dengan hadiah raya sebelum bercuti tempoh hari. Daripada mamaMikhail dan kakJue ibu Farisyah. Aku percaya, ramai yang dah kenal mereka berdua ni. Teman baik alamaya atau blogger yang paling setia dengan bloghijau. Mahu review jugakah? tak payahla kan... sebab kami membuyong sama-sama. Hahaha! akula yang tiba-tiba menyelah tu.

Ibu buyong, mama buyong dan umi buyong. Dua orang tu masuk anak kedua, sorang menanti baby boy, sorang menanti baby girl, semoga mereka berdua dan kalian semua diberikan kemudahan untuk menjalani ibadah harian. Aminnn.

Keduanya pangkat kakak kepada aku. Ahahaha... kakJue, kita mahu bangat berjumpa denganmu. 

Daripada kakEida atau mamaMikhail atau mamaBuyong.
3 pasang t-shirt dan satu baju melayu untuk Adli. Tabung untuk Auni, selimut untuk babyRizqi dan kerongsang serta keychain untuk emak dorang. 
[Ko kak, selagi kotak tak penuh, selagi tu la tak pergi mengepos ye. Hahaaa...Terima kasih]


Salah satu fm ini daripada kakJue atau ibuFarisyah atau ibuBuyong. Hahahaaa.
Suka sangat, semua aku hantar kampung sebab mama selalu rindu cucu. Terima kasih.

Nota hijau: Semoga rezeki kalian melimpah ruah untuk hari-hari yang mendatang, insyaALLAH. Terima kasih juga untuk komen entry semalam, sampai hendak menangis aku membacanya, korang memang supporter terbaik. One day kita gathering ramai-ramai ye.

Wednesday, 29 August 2012

Sudah tiba masanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk opis dengan debaran yang memuncak. Lagi-lagi bila bersaing dengan Mazerah, hati, jantung bergetar hebat macam hendak hadir temuduga kali yang pertama. Tabahla jiwa, tenanglah hati semoga ada tuah solat Subuh tadi diberikan kemudahan untuk menjalani ibadah sepanjang hari ini.

Aku menaip entry ini dengan senyuman yang tidak putus, baru keluar daripada bilik menyuarat berjumpa dengan bos dan menyerahkan surat perletakkan jawatan. Alhamdulillah, perbincangan yang tidakla sehangat mana, apa yang penting objektifnya tercapai.

Terima kasih kepada tuan asben yang telah memberikan pelepasan untuk aku mendapatkan title surirumah sepenuh masa. Setelah aku bergelumang dengan bermacam jenis kerja, sepanjang 6 hingga 7 tahun aku melalui fasa seorang makan gaji, daripada berbayaran rendah sehinggalah mencapai apa yang aku target.

Daripada tiada meja sendiri, berpeluh turun naik tangga kenderaan awam sehinggalah aku mempunyai meja sendiri dan memandu kereta. Daripada aku bujang sehinggalah beranak dua dan bakal tiga - insyaALLAH. Akhirnya keputusan senekad ini aku ambil.

Bak kata kakNad-mamaZN kena fikir habis-habis. Ye, aku sudah lama terfikir untuk menjadi surirumah, cumanya hati tidak sekuat seperti hari ini. Hadirnya baby Rizqi buat aku buka mata untuk memikirkan keluarga. Hadirnya abang Adli membuat aku hendak menjadi peneman anak-anak di rumah, terasa masa begitu singkat bila hanya dapat tatap dan bermain dengannya pada waktu malam sebelum datangnya waktu tidur. Hadirnya kakak Auni membuat hidup berumah tangga dan berkeluarga adalah satu kehidupan yang lengkap.

Sudah tiba masanya aku menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Cuma aku amat berharap, agar kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling aku masih sudi untuk berkawan dan menghantar khabar kepada daku di sini. Acceh! Setiap pertemuan pasti ada perpisahan cumanya jangan takut untuk jalinkan persahabatan pasti ada ganjarannya. Sekiannn.

 Time ni Adli belum keluar, pipi pun kembang semacam.

Nota hijau: Bersiap siaga untuk ke medan akan datang :) Boleh atau tidak, kita redah je. Hahaaa... Terima kasih pnIzma, saya mengikut jejak langkah anda lagi. Kata sifukan...

Tuesday, 28 August 2012

Lawatan Anternatal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Fuuuhhhh... aaachooommm... jap ek, bersihkan rumah hijau ni kejap. Banyak sungguh habuk, sawang tak ada. Ekekeke, akibat banyak sangat rumah yang hendak dikemas. Kesian rumah hijau ni terbengkalai tanpa cerita dan berita.

Mari kita buat checklist nak mulakan dengan cerita apa dulu, wah bajet macam blogger hebat je. Orang tertunggu-tunggu cerita ya. Jadi, mari mulakan dengan lawatan anternatal empunya bloghijau yang pertama sebab raya kan sebulan, banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum dapat dijengah.

Alhamdulillah, baby Rizqi sangat berkembang dengan baik, sudah pun masuk minggu ke-29 sewaktu lawatan anternatal pada hari ini. Macam biasa, abi hantar dan tinggal aku di Klinik Ibu Mengandung [KIM], PPUM. Semuanya bagaikan berulang semula, imunisasi Adli pun masih lagi berbaki. Tidak mengapa, kehadiran baby Rizqi tetap aku nanti sebagai mana Adli dan Auni dengan penuh teruja.

Pemeriksaan  rutin, aku sudah bawa urine daripada rumah, tak perlu leceh-leceh hendak beratur dan basah-basah di bilik air dengan kawan-kawan lain yang sama berlaga perut. Tekanan darah juga normal. Cuma, berat aku agak di luar jangkaan, 49.2kg. Hahaaa, puas aku besarkan biji mata. Ye, memang itulah, berat di mana, Auni sudah pun dilahirkan dan berat Adli sewaktu 35 minggu. Apakah maknanya? maknanya berat aku bakal bertambah lagi dan lagi dan lagi.

Lain-lain, diminta minum air gula dan mengambil sampel darah. Ya, macam biasa sahaja berjalan dengan baik. Tidak banyak yang dibualkan sewaktu bertemu dengan doktor, mendengarkan cerita lucu disebalik kehadiran baby Rizqi tambahan pula sejarah melahirkan Adli yang tidak mempunyai sebarang masalah, lawatan anternatal menjadi semakin pendek.

Lawatan seterusnya pada 18hb September nanti. Sekali lagi perlu membuat ultrasound. Alhamdulillah, dapat tarikh yang sama. 

Tapak kaki babyRizqi. I'm a boy.

1st time pakai tudung canni, hahaaa. Nampak tak comel dan gemok. 
babyRizqi 29w with umi = 49.2kg.

Nota hijau: Jenuh menyusun agenda untuk dibereskan. kakNad, mamaZN need your support to becoming fully housewife. 

Friday, 17 August 2012

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


 Buat semua pembaca hijaucantik dan orencantik. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya :D

Thursday, 16 August 2012

Kad Raya tahun ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali terima kasih yang sudi mengingati. Sangat menghargainya.

Daripada kekDa atau pnStoberi. Macam lari tema je ni kekDa. Tak ada buah stoberi. Hihiii. Digantikan pula dengan keychain daripada Terengganu. Suka sangat. 

Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punya dua orang hero yang disayanginya. Disertakan sekali duit raya untuk Auni dan Adli. Tahun hadapan, panjang umur kena tiga sampul la ya ;)


Daripada Mazerah Mohd atau Maz atau kawan opis aku, teman yang sporting dan sempoi. Juga anak didik quilling art aku. Hasilnya, dia boleh buat kad raya lebih cantik, lebih kretif daripada tok gurunya sendiri. Tahniah kawan. Berseri meja aku.

Nota hijau: Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi supporter terbaik bloghijau. Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi pembaca setia bloghijau ini. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih serta terimalah.

Istimewa kepada yang membaca entry ini :) 

Wednesday, 15 August 2012

Rezeki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kadang-kadang hidup kita ni, kita tak terjangka langsung apa yang akan jadi. Kadang-kadang, impian kita tak seiring dengan apa yang kita lalui, kadang-kadang kita dah atur jadual sebaik yang mungkin tetapi ada sahaja yang menghalang dan kadang-kadang kita tidak bergitu berharap tetapi boleh pula ia terjadi. Hrmmm ini bukan keluhan, ini adalah satu cerita yang sangat membuatkan aku teruja, gelihati dan sampai hari ni aku tidak mempercayainya.

Yes, selepas pertemuan geng PERKEP, barulah kisah aku hamil menggemparkan laman FB, ucapan dan rasa tidak percaya memenuhi ruang dinding FB yang tidak berapa nak aktif sangat tu. Ikutkan hati memang hendak sahaja aku nantikan sehingga baby keluar, bila aku fikirkan semula rasa kasihan pula dia tidak diinterframe. Kehkehkeh.

Usahla sibuk sangat hendak kurus bila perut buncit, apa yang penting check dulu ada isi orang atau tidak, jika tidak mahu menjadi seperti aku. Gara-gara, PB gara-gara Medela Swing, semuanya terbongkar. Hahaaa.

Rupa-rupanya dalam pada aku sibuk hendak kurus, dalam pada aku merancang kehamilan secara semulajadi sebagaimana rancangnya untuk menjarakkan Auni dan Adli, dalam pada aku sibuk sangat hendak mengatur kitaran waktu haid, dalam pada aku berkira-kira untuk menjadi surirumah dan dalam pada tertanya-tanya bila hendak masuk rumah baru, ALLAH turunkan rezeki yang tidak aku jangka dengan sepantas ini.

Selama aku ber'PB' dia sudah ada dalam rahim, selama aku mengadu mual, perut meletup-letup, rasa hendak muntah kepada mamaMikhail dan bonda QWP, dia memang sudah ada dalam rahim emak dia. Aku masih menafikan dengan menyatakan itu adalah kesan memakai PB sehingga aku dipaksa bonda QWP untuk buat test.

Tiga minggu lalu, mengadu kepada abi kitaran haid yang tidak juga datang-datang, dia juga menyarankan buat test. 

 Ajar suami anda untuk tengok keputusan alat ujian kehamilan.

Hasilnya, dua kali aku test sebab tidak percaya dengan apa yang dilihat. Masih lagi tertanya-tanya dia sudah berapa minggu. Orang pertama nampak aku membawa perut ialah kakAna. Pantas sahaja dia membuat telahan aku mengandung 4 bulan. Aku pun, mungkin jugala...sehingga scan kali pertama ini dijalankan pada 4hb Ogos lepas.

 Ini ukuran kepala baby rizqi.

Lebih kurang 27w and due on 3 November tahun ini juga. Muahahahahaaa... Eh, naper makcik gelak ni. Gila tak gelak, orang detact pregnant seawal 2, 3 bulan. Ini dah nak masuk 7 bulan kot, baru tau pregnant. Tidak ke sengal namanya.

Tangan, kaki, jantung, kepala, tulang belakang semuanya sudah nampak. Memang aku dah rasa dia main bola dalam perut tetapi masih juga yakin tidak hamil. Alhamdulillah dia kuat, dia tidak apa-apa, moga-moga baby rizqi sihat macam kakak Auni dan abang Adli.

But, aku lebih kepada teruja. Dalam pada aku berkira-kira hendak buat keputusan, peta minda yang bercelaru dalam kepala Allah bagi rezeki ini kepada aku. Jalan terang sudah nampak. Hew-hew-hew.

Bila aku pergi daftar di PPUM, tergelak-gelak kakak jururawat tu dengar cerita aku. Itu pun dah puas aku kena gelak dengan abi. Dengan bondaQWP, dengan mamaMikhail. Hahahaaa. Akhirnya, PB digantung perkhidmatan dan perut pun mula kelihatan maju ke depan. Yes, i'm 3rd preggy mummy.

Teladannya? rancanglah kehamilan, aturla keluarga dengan sebaik mungkin, buatlah tindakan yang cepat dan berkesan dan fikirkanlah akan kesan dan risiko sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

Gambar kecik je, taken on 14.08.2012
Baby rizqi mungkin dah masuk bulan ke tujuhnya.

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Nota hijau: Baby rizqi sekadar gelaran. Baby rizqi belum bernama lagi ;) Buka semula kotak Medela Swing, korek semula baju-baju Adli yang masih baru. Alhamdulillah syukur.

Tuesday, 14 August 2012

Bukan lagi rahsia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beria-ia, geng PERKEP berbalas message, macam biasa aku selamba je selagi abi tidak mempelawa. Dalam tidak pelawa tu, baju aku dan anak-anak sudah siap aku gosok, cuma tidak menaruh harapan tinggi sangat. Berbuka puasa di Hotel Midah bersama pasukan tempat kerja abi.

Menjadi rutin setiap tahun, aku la menjadi reporter aka photographer tidak diiktiraf. Tahun ini naik taraf sikit dengan Canon dslr hadiah ulangtahun perkahwinan daripada abi. Sayang pula tidak diguna pakai. Pulun je, bubuh je. Janji bergambar.

Beria-ia abi balik awal ambil Auni dan Adli, sudahnya tunggu emak juga balik siapkan seorang demi seorang. Maklumlah emak ni pakar sikit part milih baju yang hendak dipakai. Mujur abi sporting hendak sedondon dengan emak ni.

Jalan sesak itu biasalah, terfikir juga aku sempat ke mereka ni berbuka puasa kalau kesesakkannya macam tiada penghujung. Auni pun berkata "kereta panjang sangat". Nampak pula teksi "kereta bomba umi". Oh, si penghibur duka umi, bila masa kereta sewa warna merah ni bertukar jadi kereta bomba. Bukan kereta panjangla, kereta banyak. Auni-Auni, terima kasih sebab dikala sesak macam ni, ada sahaja yang gelihati.

Mujurlah suasananya agak tenang, aman dan ada juga ruang untuk anak-anak berlari. Masing-masing sudah berkaki, masing-masing hendak bawa diri. Termasuk Auni dan Adli. Memang terserlah habis sifat ke'kakak'kan Auni, tatkala dia mengajak kawan-kawan satu batchnya bermain. Jenuh abi membetulkan rambut mahal dia. Adli diam sahaja, makan-makan-makan.


See? tiada satu pun yang elok bila Auni bergambar. She is funny rite? Aktif, peramah, suka berkawan, suka menyanyi, then she like posing. Anak-anak aku ni memang suka buat memek muka, macam-macam pun ada. Tahun depan Adli akan join sama-insyaALLAH.


She like friends, same as her mummy. Semua ikut dia walaupun sebelum tiba di destinasi dia mogok, menangis gara-gara sedang asyik menyanyi tiba-tiba terhantuk pintu kereta dikala abi membelok tajam. Hendak ditolong, aku duduk disebelah pemandu, kereta mini abi memang sempit tidak seperti Waja yang boleh memuatkan aku dan Auni.

Pipi kembang semacam. Same like before. Haish!

PERKEP team, kurang lengkap berikutan ada yang masih dalam pantang, ada yang keadaan tidak mengizinkan, insyaALLAH nanti kita berjumpa lagi. Yang pasti, anak-anak semakin bertambah. Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga. Hahahaaa.

Hanya kerana Medela Swing, segala-galanya terbongkar cerita. Itu cerita lain kalilah. Paling tidak pun tunggu sahaja bo'boy' atau ge'girl' yang tidak lama sahaja lagi akan keluar-insyaALLAH. Kakak Auni dan abang Adli pun bagaikan sudah tidak sabar-sabar hendak lihat baby. Alhamdulillah.

Nota hijau: Tahun hadapan, tidak pasti boleh pegang anak-anak macam gambar bawah sekali itu atau tidak. Hahaaa. That's why PB digantung perkhidmatannya. Will update after 1st scan baby later. Daaa.

Monday, 13 August 2012

Still the same.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku tetap macam ni juga cumanya, agak sibuk sedikit menyiapkan lagi 350 ekor rama-rama untuk Mazerah. Tidak apalah, buat secara perlahan-lahan selagi ada masa. Nampaknya, tahun ini aku dapat berpuasa penuh lagi berikutan hormon yang masih tidak berapa stabil.

Tidak lama je lagi menjelangnya hari raya, sendiri tidak tahu mahu beraya di mana. Rasa hendak duduk rumah sahaja goyang kaki dan berehat ataupun tidur sepanjang hari tanpa ke mana-mana. Kasihan pula dengan Auni dan Adli yang beraya berdua untuk tahun pertama. Lagipun, sudah berpasang baju mereka aku sediakan khas untuk hari raya.

Masih tiada lagi tanda-tanda membolehkan hati dan kaki ini merasa rumah baru. Sabarlah, semoga ada rezeki yang membolehkan urusan dipercepatkan. Kadang-kadang rezeki ALLAH ini, kita tidak boleh jangka. 

Perkembangan Premium Beautiful, aku sudah berhenti memakainya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada ketika ini, memang ianya bagus untuk kesihatan tapi kesihatan yang satu ini tidak mengizinkan untuk aku memakainya. Mengundang kemudaratan.

InsyaALLAH satu hari nanti, aku akan kembali memakainya secara kompetitif untuk hasil yang boleh memuaskan hati sendiri. Hihiii. Sabar ye.

Potty-training Auni, misi gagal. Payah juga bila sudah pandai bercakap ni, puas aku bertanya setiap setengah jam. Masuk tengah hari dia sendiri mula cari cloth-diapers. Adeh, payah bila dengar dia menjawab "Auni taknak kencing dalam bilik air" huhuuu, air mata aku rasa hendak gugur ibarat macam kartun animasi. Banjir.

Cuci dah pandai, buka baju seluar pun dah pandai, malangnya tidak mahu pula di ajak ke tandas. Mungkin, aku akan psiko dia lagi cuti akan datang. Puas juga bercakap dengan dia, cara mengangguk memang faham habis. Lagi-lagi bila nampak aku capai tuala hendak masuk bila air.

"umi nak kencing?" tanyanya selamba. Agaknya dia menunggu pesanan aku yang kebiasaannya suruh menjaga Adli.
"ha'a, nak masuk bilik air kejap. Auni tengok adik. Jangan bagi adik nangis" 
"ooo...ok, baiklah" itu memang stail dia menjawab. Macam orang dewasa sikit. Heheee.

Berganding bahu.

Air dicincang tidakkan putus.

Sekarang ni, agak mudah untuk aku extra-feeling dalam bilik air. Auni boleh diharap part menjaga Adli tapi kena pastikan mood dia ok. Kalau dia tengah hangin, hanya suara-suara jeritan je la yang dengar memarahi adik. Walhal adik tu diam je, terkebil-kebil memandang apa yang dia pegang. Silap hari bulan memang terlentang sidemok tu kena tolak.

Auni akan suka bila aku sama-sama masuk campur untuk bermain. Adli tidak payah sangat, cukup aku ada disebelah dia akan main-main-main bawa diri sendiri sampai haus. Auni dah besar, pandai bercakap pula tu makanya macam-macamla permintaannya yang kena tunaikan sebelum dia duduk diam main ipad.

Dahulu...Auni seorang mengumbah sofa.

Sekarang...Auni sudah ada Adli.

Kadang-kadang bila aku terlelap, dorang berdua buat projek sendiri-sendiri, paling tidak pun mengumbah rumah. Aku biarkan selagi tiada yang menangis. Kadang-kadang, dorang ikut sama-sama terlelap, bergelimpangan sana-sini. Inilah yang aku akan alami jika aku menjadi seorang suri-rumah satu hari nanti.

Nota hijau: Alhamdulillah kesemua cenderahati HC3rdGA sudah pun aku selesaikan sebelum raya. Hendak deco kad raya untuk blog pula. Ngehehehe.

Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan kali ini memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Tahun lepas, aku tidak pernah tertinggal untuk bersahur, membawa Adli yang baru masuk bulan ke tujuh. Bila sudah hari-hari bangun sahur, jika tertinggal untuk satu atau dua kali, padahnya membawa kepada melepek langsung tiada tenaga.

Sekurang-kurangnya jika bersahur, aku dapat cover tenaga sehingga tengah hari. Apatah lagi, Adli memang aktif tidak terkata pada masa itu. Ramadhan kali ini begitu juga, aku memerlukan tenaga hanya untuk meladeni hal kerenah anak-anak selain mengelolakan rumah, itu belum part pergi balik kerja lagi. Tenaga memang berganda-ganda.

Aku makan nasi harus dua pinggan, apatah lagi Auni selalu bangun untuk teman bersahur. Jadi, kena pulun apa sahaja yang ada di dapur.

Ramadhan kali ini, aku menerima berita-berita tentang kematian. Dua minggu lalu, dikhabarkan sepupu aku meninggal kerana kemalangan jalan raya, minggu lalu emak kepada kawan adik aku pergi kerana sakit, selepas itu berita kematian anak kepada jiran lama mama dan papa aku pula, pun kemalangan jalan raya. Paling terbaru, kawan sekolah aku sendiri. Walaupun berlainan kelas, tapi aku memang kenal rapat dengannya, meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Allahuakbar. Al-Fatihah, mereka pergi dalam bulan berkat. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Ramadhan kali ini, aku tidak bergalak sangat menyediakan persiapan untuk raya. Yang penting anak-anak, mereka berdua sahaja aku lebihkan. Abi pun tidak mengisahkan sangat untuk bershopping sakan raya macam tahun lepas.

Mungkin sebab anak sudah dua, hendak bersesak di shopping mall bukan kegemarannya. Aku pun tidak kisah janji, boleh sedondon di pagi raya itu sudah mencukupi untuk potret keluarga pada tahun ini. Beraya di mana pun aku tidak kisah. Ikutkan tahun ini giliran abi. Tunggu sahajalah.

Rumah? lagilah aku tidak hirau. Aduhaiii, sabar je la. Paling-paling, tukar langsir je rasanya. Itu pun kalau rajin datang, jika tidak guna sahajalah langsir yang ada, tidak larat hendak berkemas dengan budak berdua tu. Aku lebih rela duduk melayan anak sambil layan mata. Ngehehehe. Kuih raya? hahaaa. Lagila, ke laut dalam, beli je senang. Kat pasaraya pun banyak biskut yang sedap-sedap. 

Pokoknya, Ramadhan kali ini... adalah biasa-biasa sahaja. Iftar pun tiada, ada tapi... hrmmmm malas hendak ulas. Rasanya, Adli Auni sahajalah yang gembira menyambut Hari Raya tahun ini ;)

Tuesday, 7 August 2012

Syahdu betul ni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... hendak dipadankan, badan sendiri muka sendiri. Terima ajalah seadanya. Pagi-pagi hari sudah buat senyum aku lebar walaupun hati gundah gulana-mikir apapun aku tidak tahu sebab terlalu banyak.

Malam tadi beria abi menyuruh aku mengejutnya untuk bangun sahur, lain yang dikejut lain pula yang bangun. Auni, bangun dengan terhuyung-hayang, tahu-tahu sahaja umi dah bangun untuk sedia hidangan sahur. Bangun cari ipad. Tidak lama kemudian, Adli pula terhuyung-hayang merangkak dengan mulut bising. Abi juga yang tidak bangun-bangun. 

Sama dengan gambar di FB. Nasiblah.
Rambut Auni tu... Haih!

Untuk memudahkan aku menguruskan kerja-kerja lain, nah... semangkuk biskut dengan susu masing-masing. Bersahurla kome berdua dengan tenang sambil layan kartun ye. Sama pula muncung masa aku ambil gambar ni. Haih. 

Aku tengah bergelumang dengan mak nenek report ni, pening sampai rasa nak tidur je. Hahaa, cuti belum apply, bos dah sampai Bangkok, acaner tu? Camno makcik nak raya ni. Bonus? memang takdelah nak merasanya. Mood raya entah ke mana.

Nota hijau: Mujurlah lagu Raya sudah kedengaran di corong radio. Walaupun syahdu tetap juga hendak gembira, 1st time beraya dengan Adli. InsyaALLAH esok aku postkan baki HC3rdGA. Masih belum sempat untuk berbuat demikian. Minta maaf.

Thursday, 2 August 2012

Stripwashing Cloth Diapers.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, hasil pelaburan sampai ke tangan. Penuh satu beg plastik Jusco dengan QQ Baby jenis Minky. Sudah, cukup-cukup sudah berhenti membeli dahulu sebab sudah pun ada 35 keping Cloth-Diapers untuk anak-anak aku tu. Janganla keluar corak yang menarik perhatian lagi, confirm akan TERRRbeli juga kang.

 So comel-comel.

Asyik hendak kena pre-wash je, basuh 3 kali sebaik sahaja dibeli sebelum digunapakai untuk meningkatkan kadar penyerapan yang lebih baik, bila pula hendak buat Stripwashing semua CD yang sedia ada tu kan? Insert pun dah hampir hendak keras kejung. Adoiii.

Yang pasti kena buat batch-by-batch. Tidaklah habis semua CD kena Stripwashing. Bagi pengguna tegar CD, mesti kena tahu apa tujuan Stripwashing ni dan bagaimana hendak membuatnya, ikutkan hati memang malas hendak aku kerjakan. Tapi, sayang pula sebab beli dengan wang bukan dengan daun. Jika asyik membeli je, tiada jugalah istilah berjimatkan? Maka stripwashing harus juga aku lakukan. Bukan susah sangat pun.

Stripwashing ialah proses cuci yang dilakukan 2 bulan sekali atau bergantung kepada penggunaan pengulangan CD. Biasalah, kalau tengok baju kita pakai pun asyik ulang-ulang pakai lama-lama jadi keras, lama-lama jadi berbulu then bermacam bendasing ada di baju tu, apatah lagi cuci dengan soflan dan sabun yang mahal-mahal.

Macam tu juga CD, bila asyik kena guna, insertnya jadi keras. Macam aku, memang aku cuci CD gunakan sedikit sabun. Jadi insert tu akan kena sisa-sisa sabun yang ada dalam mesin basuh. Makin kerap dipakai makin banyaklah mendapan-mendapan halus yang terperangkap dalam CD nan tersebut yang boleh menghalang penyerapan tatkala digunakan. 

Bila sudah tidak serap dengan baik, akan terjadilah ketembusan. Makanya, untuk mengembalikan seperti sedia asalnya, seperti bagaikan baru dibeli kenalah melakukan Stripwashing. Basuhan berkala je ni, tak perlu buat selalu. Kena usahakan.

Di sini aku sharekan link cara-cara untuk Stripwashing Cloth Diapers, jom kita baca sama-sama supaya langkah kita untuk berjimat nampak hasilnya.

Kredit untuk One Stop Nur Iman Enterprise : http://iluvsuperstore.com/page.html?id=42

Nota hijau: Semangat, datanglah kuseru auramu. Huhuuu.