Thursday, 6 September 2012

Mencuba dan berusaha.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak mudah rupanya. Semangat kena jitu, fizikal kena kuat, emosi kena kental. Mencuba tidak mengeluh dalam masa satu hari adalah satu perkara yang sukar apabila habit itu sudah sebati dalam diri-itu aku orang lain tidak tahu.

Balik kerja, singgah kedai apabila teringat Auni dan Adli sangat gemar memakan apa sahaja yang aku bawa pulang. Tabiat yang daripada papa turun ke aku, harus membawa walaupun sebiji gula-gula atau pun sebesar-besar permainan. Melihat senyuman lebar dorang sampai ke telinga adalah sesuatu ketenangan di luar batasan.

Tekak ni, teringin sangat mahu makan nasi panas dengan ikan goreng bersama kicap. Adeh, sedapnya apabila hanya menjamah nasi lemak sebelah pagi, siap ayam seketoi. Sekarang ni, aku hanya tolak stroller berisi dua budak itu. Keadaan tidak mengizinkan untuk mendukung Adli dan mengheret Auni turun naik tangga.

Adli yang sudah pandai duduk membuatkan kerja penghantaran dan pengambilan menjadi mudah. Sampai rumah, tunggang langgang dibuat dek Auni. Terlupa bahawa dia telah menyepah pagi tadi. Kemas rumah dan ternampak pula bakul baju kotor yang memang tahap aiskrim calong. Waaaaa... Auni dah membebel dia ketidakcukupan spender walaupun masih berpampers.

Layan Neelofa dulu, sebelum memunggah baju kotor dalam mesin dan masak nasi. Abi balik, fuh! lega... Siap masak, abi mandi dan makan dia bersiap hendak balik opis semula, walawei... makcik sorang kena berperang. Tolong-tolong-tolong. Katanya sekejap, tapi sekejapnya hampir ke angka 12malam. 

Rumah? sudah siap-siap dipunggah Auni dan Adli apabila aku siap menjemur baju. Masa yang ada pantas sahaja aku makan supaya si Arrizqi tidak bising, suap Auni, suap Adli. Tengah hendak lelap selepas Adam dan Hawa, Auni minta kek, minta epal, minta susu, minta air. Wah! dak ni. Pada masa yang sama Adli berak pula, hendak susu, hendak tidur. Wawawawawaaaa... 

Aku yang semakin penguin ini, tidak mampu hendak tunaikan semuanya apabila badan terasa sangat lesu. Terasa hendak menangis. Rumah yang tunggang langgang tidak lagi kupandang. Terus sahaja tukarkan baju Adli dan tidur. Ajak Auni? memang tak payahlah, dia pandai tidur sendiri. Bila aja tengah feeling-feeling dengan Adli, terdengar ada orang menggosok sesuatu yang keras.

Auni sedang menggosok dinding dengan plastik, tumpahkan air ikan puyu, habis baju, habis lantai. Basah. Aku hanya tukarkan baju dan pampers sahaja then sambung tidur. Tak kuasa hendak kerjakan. Mujur, abi balik tidak lama kemudian. Ambilla giliran seterusnya, tengokkan anak-anak. Emak sudah tidak larat.

Pagi, rumah masih macam malam tadi, air ikan puyu aja sudah kering. Abi balik, memang hanya takat tengokkan anak-anak. Ini yang namanya, tiga penyepah hanya seorang yang mengemas. Pasrah! Petang nanti baru betul-betul kemas. Tidak dapat ku bayang apabila sepenuhnya di rumah. Memang emak jadi hulk la jawabnya. 

 
 comot

 
 comel

 comot

 comel

Nota hijau: Saat ini, berharap cepatla Arrizqi keluar. Emak hendak jadi supersaiya mommy. Kekekeke. Aku kena menyesuaikan diri jugak.

Tuesday, 4 September 2012

Cinta hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang aku rasa setakat ini, bersyukur. Kehidupan, walaupun terasa sangat mencabar namun aku masih boleh gagah dan gigih menempuhinya. Apatah lagi sedang berbadan dua, yang sentiasa beremosi dan menghadap kerenah dua orang anak yang sangat diminta perhatian.

Penat, lebih kepada sangat penat sebenarnya, hendak menangis tapi siapa ja yang hendak pujuk, abi sendiri begitu sibuk mencari pendapatan untuk seisi rumah, membantu menengokkan, memandikan, mencuci berak anak-anak, mencuci baju, itu sudah cukup baik bagi aku. Sudah cukup ringan sedikit beban yang tergalas di bahu aku walaupun nampak sangat simple.

Ini waktu aku bekerja, jika sepenuhnya surirumah? ye, sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi berhadapan dengan 3 orang cahaya mata. Tangan sotong? tangan labah? itu sudah semestinya. Aku harus lebih kuat dan perlu meningkatkan kesabaran dan mengurangi sikap suka merungut. InsyaALLAH.

Bersyukurnya, Auni sudah pun petah bercakap walaupun agak pelat. Perlahan-lahan aku sentiasa perbetulkan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak betul. Perkembangannya sangat diluar jangkaan walaupun kegemarannya hanya menonton Disney Channel.

Sangat ringan tangan sampai melebih-lebih buat aku naik pening. Sudah tahu jika aku angkat baju daripada ampaian, baju tersebut perlu dilipat. Dia menawar diri walaupun lipatannya huru-hara. Aku pasrahkan aja, masuk almari nanti aku betulkanla semula. Biar dia seronok titik peluhnya dihargai. 

Sayangnya masih tidak mahu membuang dalam bilik air. Letih berpesan, masih lagi tiada hasil. Tahu-tahu seluar dipakai sudah lencun. Alahaiii Auni. Setiap setengah jam aku tanya. Jawapannya tak-tak-tak dan tak. Bila tak tanya, elok pula seluar dah basah. Ye, masih memerlukan training lagi.

Adli sudah pun melangkah setapak dua. Makin hari makin laju tingkahnya. Sangat peramah dan suka dengan kamera. Perkembangannya juga sangat cepat seperti Auni, sama-sama naik. Sekarang, sangat suka dengan kakak. Apa-apa harus hendak kakak, walaupun kakak tengah cuci berak.

Bersyukurnya, Adli suka makan. Sekarang ini, Adli makan apa sahaja. Melihat Adli makan, Auni akan turut sama hendak makan. Senang hati aku bila keduanya menunggu giliran hendak disuap secara bergilir. Mereka makan bila-bila sahaja, sebab emak dorang pun suka makan tidak ikut masa. Hihiii.

Baby rizqi, walaupun belum keluar sudah pun mencecah minggu-30nya, cukup membuatkan emak tidak lena tidur kerana kehebatan tendangannya. Sama macam Adli dahulu. Mujur ada Auni tukang layan emak yang tidak boleh tidur ini. Semoga terus kekal sihat sehingga mencecah usia sepatutnya untuk berjumpa kami semua. Amin.

 Pempuan ni suka buat lawak.

 Lelaki ini suka ketawa.
 
Aku sangat berharap agar kehidupan ini terus dipermudahkan. Diberikan aku kekuatan yang boleh mengawal seisi rumah-insyaALLAH.

Nota hijau: Entry touching, untuk menghargai betapa indahnya kehidupan. Syukur. 

Monday, 3 September 2012

Giliran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...