Selesai menghantar tuan asben di pintu pagar, kita buat senaman ringan dan bersiap. Kemas rumah sambil buat breakfast, panaskan rendang dan baki lodeh semalam dalam air fryer, dasar pemalas. Unfreeze sosej kekonon hendak buat roti sosej namun yang terbayang dalam kepala, entry Bask Bear Coffee kak Ezna. Lepas makan, on Netflix dan mengadap bakul baju kering untuk lipat baju. Buka movie Swapped eee comelnyaaa.
Habis movie, habis lipat baju, siap shoping di shopee. Okey, semalam sudah masak maka hari ini kita FoodPanda, FoodPanda vs ShopeeFood, leceh ShopeeFood kena pay by shopeepay, malas ke sana ke sini di online makanya guna FoodPanda saja. Ambil order Arrizqi, ambil order Adli, order Auni main agak saja. And pay online macam biasa. Waiting Bask Bear Coffee sambil baca blog dan update planner. Eh banyak hari tidak menulis di planner, kena recall.
Sudah sejam berlalu, FoodPanda sampai. Arrizqi yang ambil dengan rasa tidak sabarnya. Gigih buka, eh? mengapa hanya ada air sahaja? semua betul namun mana makanannya? argh~ satu kelemahan FoodPanda ni, once rider dah hantar terus dorang tutup chat with rider, geram je rasa. Kitanya sudahlah lapar, rasa hendak menggigit orang pun ada. Bayar banyak-banyak dapat air sahaja? jinjjjjaaaa? cheongmal??? hendak dan tidak kita bersiap juga, start kereta serbu Bask Bear Coffee di Bandar Baru Sg. Buloh.
Perjalanan dipermudahkan, dengan ditemankan Arrizqi bawa sekali paper bag isi air tadi, sebab sudah payment penuh sayang jika tidak dituntut. Lengang sahaja kedai BBC tu, kebetulan ada seorang staff keluar haaa teruslah tanya. Kita suakan hp dengan list order. Eh dia minta resit pula, udah tiada resitnya lagu mana hendak tunjuk. Nampak satu lagi paperbag atas kaunter,
"yang ni kot?" kita baca senarai pada resit dilekat pada beg atas kaunter. Menu weols.
"tadi saya nampak rider bawa dua beg" katanya.
"lepas tu hendak claim macam mana ni?" kita saja tanya, kita dah pastikan beg atas kaunter tu memang kita punya.
"nombor order ni sama umie" kata Arrizqi, menilik resit beg atas kaunter dengan beg yang dia pegang.
"betulla ni, order weols." Arrizqi sudah bersedia mengangkat beg.
"betul akak punya? ambillah." gitu ja?
"ha a, betul. Sorry ea~" kita dan Arrizqi berlalu pergi.
"ahaaa takpe" fuh, hendak claim barang sendiri pun shaking, entah apa si Syasya ni. So far alhamdulillah dapat pun cuma tak pasal-pasal kena drive pergi kedai, cistat betul. Terus balik rumah tanpa memberitahu tuan asben, ahaks~ maunya kena bebel? huh.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

24 comments:
Ohhh teringin sebab tengok entry akak ya....hash brown and egg tu sedap. Akak suka....
Pernah cuba Bask Bear... kalau tak silap dia bernaung dengan company sama dengan Tealive
Selamat menjamu selera
Laaa sesia jela order line akhirnya kena pick up sendiri pulak. Kena complaint kot dalam apps panda tu. Rider tak check dulu sebelum hantar. Apo la. Nasib dia dapat cust Syasya penyabar. Kalau cust lain tu siap kena maki 😅
so far saya baru sekali jer try mkn/beli baskbear ni (kat KLCC)..ok jugak foodnya, standard fast food laaa
sandwich bask bear ni bukan kategori murah. so yeahh, terpaksalah gigih jugak ambil kat kedai. nak mintak refund, kitonya pulak memang nak makan kan
Kedai baru eh ?
Sudahnya kena ke kedai sendiri walaupun online order.. Hurmm.. Nasib baik boleh ambil yang tertinggal tu. Kalau tak naya jugaa.
kak ezna: approved mmg sedap. cuma americano kureng sikit.
uncle gedek: really??? ptt tealive sininmcm da takde sandwich2 tu. xtau la outlet lain.
warisan petani: syukran wak, utk wak juga ye.
cie: nak maki tapi kena sabar, saja mengundang rating sikit.
mama zharfan: betulla tu, syesyekali boleh.
mazni: full marks for ur understanding. ayat last tu mmg kene.
faa: boleh dikatakan baru jugala. baru ada di bdr baru tu. jika tidak, mmg kutuntut sampai dapat. kitanya lapaar.
Santai2 buat kerja rumah..tahniah rajin kemas rumah..ada oder best ja makan ni kan..
Alahai kena ke kedai jugak kisahnya. Cha memang super sabar orangnya. Hugs.
aiiiih macam mana alur checking mereka yaaa... dah pesan online, kita juga yg ambil ke toko nya... tapi belakangan ini saya pun ada masalah dengan pengantaran, tp online shop biasa, bukan makanan.... pesan barang 4, yg dikirim 1... nasib baik saya video unboxing.. tp lama sangat proses.. kesal memang.. ini kalau sampai esok tak ada dikirim, memang lah saya kasih bintang 1
etuza: dah letih, order je la kononnya. eh, kena keluar juga.
kak mulan: ihiks~ semoga terus ditingkatkan kesabaranku hendaknya. mujur tahu kedudukan kedai tu.
fanny: iya, i bagi satu bintang juga. mungkin masa rider ambil pesanan tu, staff kedai tak tgk, so rider ambil satu beg ja, sedangkan ada dua beg. geram.
Aduhai Ch@, tajuk 'menggigit' tu memang betul-betul menggambarkan perasaan tengah lapar tapi makanan tak sampai eh! Haha. Nasib baik cawangan BBC Bandar Baru Sg Buloh tu dekat dan lengang, senang sikit nak claim. Alhamdulillah rezeki tak salah alamat, approve eh hash brown + egg tu? Nanti boleh la repeat lagi, tapi kali ni pick up sendiri terus je la Ch@, Rider penat tu...confirm x check betul- betul kan?
udah kalau gitu kekdah nya.. baik la order pick up.. hahhaa.. sabar je lah
kakak SA: kononnya mmg tak rajin nak drive keluar, namun memikirkan harganya dan perut pun lapar makanya kena claim jugalaaa. itula, mujur sedap sesuai ekpektasi.
linda: kaaaan~ saja jaaa buat kita busy.
Post a Comment