Thursday, 28 May 2026

Kita Menggigit Bask Bear Coffee.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Selesai menghantar tuan asben di pintu pagar, kita buat senaman ringan dan bersiap. Kemas rumah sambil buat breakfast, panaskan rendang dan baki lodeh semalam dalam air fryer, dasar pemalas. Unfreeze sosej kekonon hendak buat roti sosej namun yang terbayang dalam kepala, entry Bask Bear Coffee kak Ezna. Lepas makan, on Netflix dan mengadap bakul baju kering untuk lipat baju. Buka movie Swapped eee comelnyaaa.

Habis movie, habis lipat baju, siap shoping di shopee. Okey, semalam sudah masak maka hari ini kita FoodPanda, FoodPanda vs ShopeeFood, leceh ShopeeFood kena pay by shopeepay, malas ke sana ke sini di online makanya guna FoodPanda saja. Ambil order Arrizqi, ambil order Adli, order Auni main agak saja. And pay online macam biasa. Waiting Bask Bear Coffee sambil baca blog dan update planner. Eh banyak hari tidak menulis di planner, kena recall. 

Sudah sejam berlalu, FoodPanda sampai. Arrizqi yang ambil dengan rasa tidak sabarnya. Gigih buka, eh? mengapa hanya ada air sahaja? semua betul namun mana makanannya? argh~ satu kelemahan FoodPanda ni, once rider dah hantar terus dorang tutup chat with rider, geram je rasa. Kitanya sudahlah lapar, rasa hendak menggigit orang pun ada. Bayar banyak-banyak dapat air sahaja? jinjjjjaaaa? cheongmal??? hendak dan tidak kita bersiap juga, start kereta serbu Bask Bear Coffee di Bandar Baru Sg. Buloh.

Perjalanan dipermudahkan, dengan ditemankan Arrizqi bawa sekali paper bag isi air tadi, sebab sudah payment penuh sayang jika tidak dituntut. Lengang sahaja kedai BBC tu, kebetulan ada seorang staff keluar haaa teruslah tanya. Kita suakan hp dengan list order. Eh dia minta resit pula, udah tiada resitnya lagu mana hendak tunjuk. Nampak satu lagi paperbag atas kaunter, 
"yang ni kot?" kita baca senarai pada resit dilekat pada beg atas kaunter. Menu weols.
"tadi saya nampak rider bawa dua beg" katanya. 
"lepas tu hendak claim macam mana ni?" kita saja tanya, kita dah pastikan beg atas kaunter tu memang kita punya.
"nombor order ni sama umie" kata Arrizqi, menilik resit beg atas kaunter dengan beg yang dia pegang.
"betulla ni, order weols." Arrizqi sudah bersedia mengangkat beg.
"betul akak punya? ambillah." gitu ja?
"ha a, betul. Sorry ea~" kita dan Arrizqi berlalu pergi.
"ahaaa takpe" fuh, hendak claim barang sendiri pun shaking, entah apa si Syasya ni. So far alhamdulillah dapat pun cuma tak pasal-pasal kena drive pergi kedai, cistat betul. Terus balik rumah tanpa memberitahu tuan asben, ahaks~ maunya kena bebel? huh.

hash brown+ egg: americano (me)
cheezy tuna + egg: fizz lemonade (adli)
cheezy crispy chicken katsu: fizz lemonade (arrizqi)
cheezy crispy chicken katsu: cafe latte (auni)
paper bag dengan cawan boleh masuk junk jounal, tisu dan pembalut straw boleh lekat dalam planner (ini tujuan sebenarnya) 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

1 comment:

Ezna Khalili said...

Ohhh teringin sebab tengok entry akak ya....hash brown and egg tu sedap. Akak suka....