Cuaca lembab, aku masih dengan sticker yang tidak berpenghujung, dalam kepala memikirkan menu untuk malam nanti sedangkan baru sahaja selesai berlengas dengan dapur menu mi sup daging asal boleh saja. Mija, adik kepada tuan asben hendak datang singgah sebelum dia balik ke Unisel. Okey, marilah.
"Mija baru nak ajak akak pergi, jomlah kak" jawabnya sebaik mendengar aku mengajak. Kita pergi dengan kereta Mija. Fuh! sudah lama benar tidak ke pasar malam, entah bila kali terakhir aku pun tidak ingat. Kita pergi dengan Arrizqi sekali, hanya dia seorang sahaja yang sudi jadi assistant. Sambil berjalan, mengelak lopak, berlaga bahu sambil memerhati sekitaran dan berfikir apa yang hendak dibeli.
Pasar Malam depan sekolah rendah ni, kebanyakan menunya sama sahaja dengan deretan gerai pada hari biasa, cumanya ada sekali barang basah, pakaian dan barang keperluan dalam rumah lain dijual dengan harga marhaen. Itu sahaja.
![]() |
| Bila hari Ahad, semua jadi pemalas. Jadi kita go thru makan terus. Tiada pinggan kotor hari ni, muahaha~ |
Mija dengan Char Kuey Tiaw Kerang, Popia Goreng dan Kaya Ball. Aku? Kebab Roti Pita, Ayam Gunting, Murtabak Daging dan Chicken Wings. Cukup alhamdulillah. Bila makan berteman, menu biasa pun jadi luar biasa sedapnya. Makan sehingga Maghrib berkumandang. Mija balik ke Unisel setelah bersolat Maghrib, thank you Mija bawa pergi pasar malam. Sejak tuan asben di Melaka, memang belum pernah lagi jejak Pasar Malam, kemalasan aku untuk keluar pada hari minggu automatik meningkat 200%.
![]() |
| Mija. |
![]() |
| Happy tidak terkata kekdahnya. |
![]() |
| Singgah kedai Acheh jap, beli roti ini. Bakar sekejap dalam air-fryer makan dengan telur separuh masak. |
![]() |
| Penunggu. Mocha vs Vico. |
Sepatutnya tuan asben balik minggu ini, namun ALLAH swt gantikan adiknya untuk temankan aku. Thank you so much, alhamdulillah. Jom sambung layan podcast, hari ni podcast Kita-kita Aje by Pak Nil.
Doa untuk Palestin
اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ
Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.
JUST BE HAPPY & THE REASON WILL COME ALONG.





18 comments:
siap bakar dulu dalam AF roti nya...ku makan gitu je, sebab selalu jadi penyelamat dekat pejabat roti tu
geram jer tgk mocha dan vico tuuuu
macam-macam ada ...meriah kalau prg pasar malam
Meriah menu pasar malam...
Dah lamaaa sangat saya tak ke pasar malam di Malaysia . Pengalaman trakhir saya kesana, pas masih kuliah di Penang. Dan tak terlupakan 😅. Sebabnya teman kuliah saya, orang Kedah, ajak main ke pasar malam. Di sana ada wahana permainan juga. Jadi mainlah kami, semacam viking vessel , yg berayun2 itu, tahu kan? 😁.
Kami naik itu, Krn berpikir viking vessel nih hanya berayun2 macam biasa yg ada di themepark besar. Kecil je ukurannya.
Ternyataaaa, kalo viking vessel yg biasa, hanya berayun 180 derajat. Kapal yg kecil di pasar malam ini, berputar 360 derajat, means, ada moment kepala kita akan di bawah 🤣🤣🤣🤣🤣. Dan saat kepala di bawah, itu vessel berhenti pula beberapa detik 😅.
Ya Allah, saya dan teman saya, dah menjerit2 di dalam, nak menangis si teman 😂😂😂.
Selesai berputar, memang teman saya langsung muntah 😅😅. Pengalaman tak terlupakan sampai skr 😂
Pasar Malam ni bahaya, rasa nak beli semua. Meriah memang seronok pergi.
Linda: kita suka rasa garing-garing sikit. roti ke croissant ke mesti AF dulu sekejap.
Mama Zharfan: minta digomol, bila nak gomol dowang lari jauh. dowang tak manja.
kakMieja: dari rumah dah tetapkan nak makan apa. tapi tu la, bila da sampai jadi diluar ketetapan jadinya.
Sueann: sangat-sangat, kena pula kita jarang pergi. mmg cuci mata.
Fanny: Aduhaiii, sorry Fanny kak ketawa besar membaca dan membayangkan situasi. Tapi pasar yg begitu kak panggil FunFair, kak gayat Fanny, memang tunggu kat bawah je la.
kakMulan: sediakan wang perbelanjaannya saja. ada juga gerai tak guna cashless.
saya kalau gi pasar malam pun slalu cari ayam gunting. tpi harganya sekarang mmng dah mahal kan. kat pasar tmpt saya ni rm9 paling murah..
alhamdulillah, ada adik ipar yg happy go lucky ajak jalan2 gi pasar, hikss
Macam best je roti tu bakar dalam AF....ada plak kopi kan...
Penampakan popia sira. Sedap tu.
Mazni: di tempat kak RM10, dedulu RM7. dah RM10 nak cash je pula, taknak qr. alhamdulillah, dia geng dgn semua anak-anak sedara dia. sebab sama besar ja.
kakSA: uiii, acaner kak tau ni? ihiks... dgn telur separuh masak. alhamdulillah gandingan padu.
Bola Katok: sira ke ea? sebab ia just letak je sambal atas popia tu, tak sira pun.
Post a Comment