Thursday, 30 October 2025

Sarapan dengan Mazlina.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 
Pagi ini, hantar Auni dengan Watie. Aku tidak berapa hendak fokus dek cerita Watie, sama je habis-habis dengarkan curhat dia berpatah arang dengan kawan seopisnya, politik opis, cerita bas lambat, MRT lambat, van on demand buat hal. Just same sampai aku sudah hafal dan habis ayat untuk respon. Dalam perjalanan balik kepala menerawang lagi, siapa hendak ku ajak bersarapan ni. Aku boring betul.

Mazlina membalas wA yang aku hantar awal pagi tadi, mengajak bersarapan agak jauh dari rumah. Let's go. Sementara menunggu Mazlina datang, aku membalas selfie tuan asben, minta kebenaran hendak keluar rumah pagi ini, aku hantar sekali rutin daktiga bermula hari ini sehingga minggu hadapan, ada yang sudah bercuti, ada yang masih sekolah dan ada juga yang masih bergelumang dengan kertas peperiksaan. Goodluck kiddos, me going to jimba first, muahahaaa~ Oh ya, punya panjang aku menaip, tuan asben hanya reply "wokey" adoiii. Itu je? ITU JE??? 

Masuk sahaja kereta Mazlina dengan penuh semangat aku nyanyikan lagu Happy Birthday untuknya dan menegur anaknya, Hana yang ikut sekali. Hana sebaya Arrizqi cuma berlainan kelas. Tingkatan satu sudah pun mula bercuti pada hari ini. Tergelak mereka berdua dengan kerandoman aku. 
"aku hendak bawa kau breakfast jauh sikit, boleh ke?" walhal kita dah selamat meninggalkan pondok pengawal taman.
"boleh ja" pastu dengarlah Mazlina cerita tempat yang dia hendak bawa aku pergi sarapan ni. Dalam kepala aku, macam mana aku hendak prepare gift minah ni kejap lagi. Entah apa yang diborakkan, alih-alih sampai di MASZFUAD CLASSIC CAFE, mentanglah nama Mazlina, kedai makan pun hendak seakan-akan. 

Macam biasa, aku bukan sejenis food hunting jadi aku cari menu biasa je, ambil gambar kedai pun tidak sebab segan, jadi memang sekadar dipinggiran je la, makan dan menyampuk bila di tanya. Selebihnya ketawa dek cerita Mazlina dengan Mun. Dorang kawan, suka bisnes. At the end, Mazlina ajak balik. Aku memang tidak tengok handphone langsung. Mazlina tanya hendak ke mana lagi, I just say nak balik, hendak tandas rumah. Mazlina dan Hana gelak. Perut aku rasa tidak selesa dek sambal tumis udang terlalu pedas untuk seorang yang tidak makan pedas, rasa bibir pun jadi kebas. Sebelum turun keretanya aku nyanyikan lagi sekali lagu Happy Birthday. 

Selepas ambil Auni dari sekolah, kita pergi Tealive untuk belanja Mazlina. Dapat juga bagi coffee dan beberapa paket kudap-kudapan. Aku hantar terus ke rumahnya, dia di anjung rumah aku nyanyi lagi sekali lagu Happy Birthday sampai dia jerit "woiii sudah-sudahlah tu, hahahaaa~ janji lepas hajat hendak belanja dia coffee, wiii~

Break the routine today, aku bukan penjawat awam. Ok bye!
Mun: Telur separuh masak + Roti Banjir + Kopi
Mazlina: Spegeti Goreng + Bubur Nasi + Limau Ais
Hana: Roti Kosong + Sik Impit, Rendang Ayam + Teh o Ais
Aku send on 5am in early~early morning.
Mujur ada pen Erdina Auni, udah pen pun warna ungu.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

THEY MAY FORGET WHAT YOU SAID, BUT THEY WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL. 

14 comments:

Roziah @ Cie said...

Best jugak outing dengan kawan2. Lepak2 bersarapan sama2 sambil sesi curhat.

Bola Katok said...

Jangan dia trauma pulak dengar lagi birthday lepas ni. 😂

ch@ said...

Cie: terasa segar sikit pemandangan luar daripada kebiasaan.

ch@ said...

Bola Katok: eee, taaak baaaaaik~ hahaa, dia pun buat benda yg sama sebelum ni, siap guruh berdentum lagi.

Mznimnwr said...

pedas sangat ke sambal udangnya sampai nak ke toilet kak cha? hehe
bestnya lepak ngan kawan bila anak2 gi sekolah!

Time Traveller said...

Hurmmm dah masuk 40 dgn anak2 yg masih kecil saya terpaksa lupakan outing sebegini.. tunggu semua anak2 dah besar masuk asrama bru blh nak call kwn2 semula huhuu... Seronok bila jumpa lepak2 kawan2..

ch@ said...

Mazni: kak tak makan pedas, so for me mmg pedas.
rasanya org lain okey je kot. kak suka sambal tumis udang.

ch@ said...

Time Traveller: betul awak, kita ni pun 40 siri sejak daktiga dah SMK, maka dapatlah free time pepagi, pepetang. Dedulu, memang tidak ke mana pun. Jika baca dari awal blog ni, syasya is huruhara.

Mama Zharfan said...

aisehhh saya rasa mcm dh lama plak saya tak outing dgn kawan2 niiiii

Mulan said...

Memang seronok kan outing dengan kawan2 apalagi celebrate birthday nya.

ch@ said...

Mama Zharfan: MZ, family 1st. Okey juga tu.
Nanti ada rezeki, fren dtg ajak lepak.

Suria Amanda said...

Bestnya sesekali aouting breakfast dengan kawan- kawan ni..kenapa Cha duk jauh nau dari Kak SA..kalau x boleh ajak dating breakfast macam ni...

ch@ said...

kakMulan: Dia yg meraikan kita kak. Member ni wish birthday kita sampai 3 kali tahun ni, pening~ Birthday dia kita raikan setiap tahun, dengan izin-NYA.

ch@ said...

kakSA: Kita hari-hari lepas hantar Auni, sambil drive sambil fikir siapa yg hendak ku ajak sarapan ni, ihiks~ all my fren always busy.