Sepertinya sudah lama benar memerap di rumah sahaja. Bila tanya daktiga, nak makan apa?
"saya makan je" Arrizqi
"entah, apa-apa je la" Adli
"ikut umielah" Auni.
Apabila jawapan mereka tidak membantu langsung. Let's go, cari mamak. Aku mahu makan tosei, hehee~
Bersiap sampai hujan pun turun, lekas. Mujur tempat yang dituju tidaklah jauh, hanya 10minit dari rumah. Jalan raya pun lengang sahaja dek sekolah masih lagi bercuti. Aku letak kereta betul-betul dihadapan kedai, kita berjalan dengan tenang sahaja masuk kedai meskipun hujan renyai. Sejuks.
![]() |
Tetap dengan nasi dan ayam masak karinya. Air tu, hrmmm~ air lain tak sedap katanya. |
![]() |
Mi goreng, pun air tu jugak cuma ais. Jenuh menunggu dia makan dok main puzzle asingkan sayur. |
![]() |
Roti kosong, dia minta Naan, tapi tak ada. Air sama dengan Arrizqi. |
![]() |
Mine; share makan dengan Adli. Feeling betul makan tosei ni. Lebar dengan sedikit garing. Kuah dal tu, si Arrizqi pass isi ayam dalamnya. Aku suka makan isi ayam. |
Selesai bersantapan, perut kenyang. Kita menuju NT Shop mencari kudapan. Entahlah, aku pun tidak tahu apa yang hendak dibeli. Namun, satu plastik juga barangnya bila hendak balik. Adeih!
Okey tu je la kisah semalam, dapat hirup angin luar sekejap.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
No comments:
Post a Comment