Kita keluar rumah abah atau tokki sebelum Zohor, ghisau hendak balik lambat-lambat, jalan akan sesak. Mungkin pengguna tegar jalan raya masih lagi belum memulakan perjalanan, menjadikan aku rasa jalan lengang kali ini.
Aku perasan, tuan asben bawa kereta kejap laju, kejap perlahan. Dalam hati aku, dia ni mengantuk ni. Hendak aku menawar diri memandu memang tidaklah, aku pemalas. Tugas harianku sebagai pemandu mini bas sekolah sungguh capek.
Tuan asben berhenti di stesen minyak, IC aku ke, IC dia? IC dialah sudah tentunya, muahahaaa~
"macey suami" dalam hatiku sahaja. Elok dia keluar untuk isi tangki minyak.
"bawaklah, ngantuk" katanya.
Aih, aku sudahlah sedang melayan perut, asyik sangat makan macam-macam pada dua hari yang lepas. Aku beralih kedudukan ke tempat pemandu juga tanpa keluar melalui pintu kereta.
"umie tahu jalan ke?" tanya Arrizqi melihat aku sedang memmuatkan diri di ruang perantaraan kiri ke kanan. Yang aku risaukan bukan jalan, aku sudah pun buka Google Map. Tapiii...
"hendak membuang ke tak ea? sakit perut ni?" sambil menyoroti bangunan kedai Mesra yang ada logo tandas ditepi dindingnya.
"pergilah membuang dulu" kata Arrizqi.
"rasa hendak membuang tu kejap ada, kejap tak ada masalahnya" jawab aku dan tuan asben pun selesai mengisi minyak.
Dia duduk di tempat penumpang dan kita pun terus sahaja memandu pulang. Aku tidak sempat menjeling tempat duduk belakang melihat daktiga tidur ke tidak, laju sahaja memandu sambil berdoa agar perut tidak meragam. Owh senang je rupanya, lepas ni bolehlah aku balik Langat sendirian, hahaa~ Lalu tiga tol. Biasanya balik ada yang escort, ikut kereta depan namun kali ini memang sendiri yang drive dan tuan asben ambil masa untuk tidur. Dia perlu memandu lagi balik Melaka pula sebaik sampai di rumah nanti. Begitulah, rutin bila kau sudah setuju untuk long distance relationship masuk tahun kedua.
Jalan raya lengang, kita sempat memberi laluan kepada delegasi ASEAN yang lalu, wiii~ rasa megah kejap, selepas tu kita pecut balik sebab perut sudah mulakan isyarat. Letak sahaja kereta, aku terus berlarian menuju tandas rumah, hahaaa~ daktiga punggah semua barang, tuan asben bersiap untuk balik Melaka. Sekian satu siang yang huru-hara. See ya.
![]() |
| Kumanahaaaannnnnkan~~~ lalalalalaaa.... |
Pertama kali pertama kena cerita dalam blog, hehe~, bagi orang lain mungkin sudah biasa memandu sendiri ke mana-mana, namun bukan aku. Bila berjalan di KL, aku lebih suka naik pengangkutan awam banding memandu sendiri.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
Doa untuk Palestin
اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ
Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.
THERE'S A 1ST TIME FOR EVERYTHING

No comments:
Post a Comment