Monday, 27 October 2025

Memecut dan Memerut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita keluar rumah abah atau tokki sebelum Zohor, ghisau hendak balik lambat-lambat, jalan akan sesak. Mungkin pengguna tegar jalan raya masih lagi belum memulakan perjalanan, menjadikan aku rasa jalan lengang kali ini.

Aku perasan, tuan asben bawa kereta kejap laju, kejap perlahan. Dalam hati aku, dia ni mengantuk ni. Hendak aku menawar diri memandu memang tidaklah, aku pemalas. Tugas harianku sebagai pemandu mini bas sekolah sungguh capek.

Tuan asben berhenti di stesen minyak, IC aku ke, IC dia? IC dialah sudah tentunya, muahahaaa~ 
"macey suami" dalam hatiku sahaja. Elok dia keluar untuk isi tangki minyak.
"bawaklah, ngantuk" katanya.
Aih, aku sudahlah sedang melayan perut, asyik sangat makan macam-macam pada dua hari yang lepas. Aku beralih kedudukan ke tempat pemandu juga tanpa keluar melalui pintu kereta.
"umie tahu jalan ke?" tanya Arrizqi melihat aku sedang memmuatkan diri di ruang perantaraan kiri ke kanan. Yang aku risaukan bukan jalan, aku sudah pun buka Google Map. Tapiii...
"hendak membuang ke tak ea? sakit perut ni?" sambil menyoroti bangunan kedai Mesra yang ada logo tandas ditepi dindingnya.
"pergilah membuang dulu" kata Arrizqi. 
"rasa hendak membuang tu kejap ada, kejap tak ada masalahnya" jawab aku dan tuan asben pun selesai mengisi minyak.

Dia duduk di tempat penumpang dan kita pun terus sahaja memandu pulang. Aku tidak sempat menjeling tempat duduk belakang melihat daktiga tidur ke tidak, laju sahaja memandu sambil berdoa agar perut tidak meragam. Owh senang je rupanya, lepas ni bolehlah aku balik Langat sendirian, hahaa~ Lalu tiga tol. Biasanya balik ada yang escort, ikut kereta depan namun kali ini memang sendiri yang drive dan tuan asben ambil masa untuk tidur. Dia perlu memandu lagi balik Melaka pula sebaik sampai di rumah nanti. Begitulah, rutin bila kau sudah setuju untuk long distance relationship masuk tahun kedua.

Jalan raya lengang, kita sempat memberi laluan kepada delegasi ASEAN yang lalu, wiii~ rasa megah kejap, selepas tu kita pecut balik sebab perut sudah mulakan isyarat. Letak sahaja kereta, aku terus berlarian menuju tandas rumah, hahaaa~ daktiga punggah semua barang, tuan asben bersiap untuk balik Melaka. Sekian satu siang yang huru-hara. See ya. 

   Kumanahaaaannnnnkan~~~ lalalalalaaa....

Pertama kali pertama kena cerita dalam blog, hehe~, bagi orang lain mungkin sudah biasa memandu sendiri ke mana-mana, namun bukan aku. Bila berjalan di KL, aku lebih suka naik pengangkutan awam banding memandu sendiri.


 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Doa untuk Palestin
 اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ 
Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.


THERE'S A 1ST TIME FOR EVERYTHING

14 comments:

adnil linda said...

1st time memandu sendiri atas hgway 2015, bila dapat transfer ke Melaka..incikSuami 1 kereta, kita bawa 1 kereta,nie follow je montot kete incikSuami..lepas tu, kita bawa kereta sekitar Melaka je, sebab kalau balik kampung memang dengan incikSuami..1st time bawa kereta sorang2 raya 2019, sebab incikSuami masih operasi di Sabah, dan kita takde sesiapa di Melaka...nekad nak balik kampung juga dengan anak 4,(yang sulung 7 tahun, yang bongsu 1 tahun).. asyik lah telefon incikSuami sebab takot salah masuk simpang.. hahaha. dari Melaka balik Perak.

waaa, panjang nya cerita.
dan masa 2021 pindah Selayang, memang kita je lah yang balik Melaka..bila ada kereta, kita bawa kereta jelah.. masa takde kete, naik KTM je...masuk KL hari ahad, asyik lah lalu waze bawa jalan merata.. hahaha

Roziah @ Cie said...

Zaman bujang dulu merata la dari Selatan ke Utara, bukit Genting tu pun ku daki sebab kerja di sana. Sejak dah bernikah memang drive pergi kerja balik kerja jela.

Bola Katok said...

Nasib baik jalan tak jem. 🤭

Mulan said...

Lepas ni boleh drive pergi lagi jauh ni Ch@. Alhamdulillah smooth perjalanan nya.

Mama Zharfan said...

saya dulu2 selalu jer drive masuk KL tu tp lately memang prefer naik grab ajer (faktor usia!) mls nak stress2 jem etc

ch@ said...

Linda: pengalaman pertama tu mendebarkan. actually, okey ja. selalu je pun balik Johor and the kids, but this time 1st time back from Langat. saja buat kenangan.

ch@ said...

Cie: kitanya manja kaliii~ ahaks.

ch@ said...

Bola Katok: Itula, Roti Boy pun sudah tak mampu menahan diri utk segera memecut pulang.

ch@ said...

kakMulan: ahahahaaa~ paling jauh ballik Johor la kak. pakej singgah Melaka. kekeee~

ch@ said...

Mama Zharfan: Jalan KL tu, sangatlah serabutnya. Seminggu je, dah bertukar pemandangan.

Mznimnwr said...

saya pulak, ada lesen kereta tapi tak berani nak drive. yihhh!

Time Traveller said...

Saya dpt lesen umur 19.. lepas tu bawa kereta 7 tahun sbb belajar.. lepas kawen bru nak drive semula.. wife la banyak tunjuk ajar... 😅

ch@ said...

Mazni: ahahaaa~ satu hari nantikan, ada semacam perasaan "mahu" bawa kereta. mcm kak dulula, rasa taknak pun ambil lesen kereta, oneday tah mcm mana, ke boring sgt dok rumah, tiba2 cakap dgn papa nak buat lesen.

ch@ said...

Time Traveller: Ambil lesen lepas sekolah la kan? saya ambil lesen 2 kali. Kali kedua terus asben soh bawa kereta g kerja sebab tempat kerja weols seorang ke kanan, seorang ke kiri. Plus lagi dia selalu outstation.