Acik terharu dek, terima kasih Bola Katok telah "Wall of Fame" kan bloghijau yang kejap ada~kejap tiada ni. Kitanya bukan blogger tegar, hanya mencatat pahit manis kenangan sebagai menghargai kehidupan.
Aku suka membaca, apa juga bahan serius dan tidak serius, membaca buku fizikal paling aku gemar sekali, cuma bila semakin menua membaca bahan berilmiah lekas sangat mengantuknya berbanding membaca komik. Mengapa ye? Terkadang, aku membaca berulangkali untuk faham satu-satu term yang di tertera.
Membaca blog ke blog aku ambil masa sedikit, aku membaca menggunakan paparan skrin komputer, kadang jadi kembang semua tulisan, kadang membaca sambil membayangkan aku berada dalam situasi, kadang aku membaca dua kali sebelum tinggalkan komen, kadang aku baca je bukan tidak rajin hendak menaip komen, tetapi aku membaca sambil menggulung quilling, hahaa~
Aku tidak gemar membaca thru handphone, rasa hendak muntah. Membaca wA pun terkadang aku skip melainkan info sekolah. Bila di rumah, handphone aku paling sukar dijejak bila hilang, kerana sentiasa silent dan warnanya sama dengan handphone Adli.
Sejak rabun jauh ni, aku memilih tiket paling depan dengan skrin televisyen untuk gigih membaca sarikata, hrmmm...~ terkadang tewas juga terpaksa pakai cermin mata apabila melihat tulisan sudah bersambung semuanya. Adeih! Kitanya nonton drama yang perlukan sarikata, drama Korea, drama China ataupun drama Jepun.
Jadi, marilah kita membaca blog ke blog. Terima kasih juga sudi singgah baca bloghijau. Tataa~
![]() |
| Ramai yang tanya, aku baca ke semua ni? Iya, aku baca. Ada yang ulang dua tiga kali baca. |
![]() |
| Sini pun sama, semua aku baca Alhamdulillah. |



16 comments:
Samalah kita cha... saya pun suka baca blog guna pc... laptop nehi, henpon kekadang je... sbb tu kalau di rumah mmg jarang sanagat nak BW
byk betul ur collection tu! impressive!
tudiahh bersusun komik! macam kedai buku dah ni kak cha :D
saya kadang2 rasa serbasalah dah lama tak baca buku. asyik baca skrin je. sakit mata, rabun pun naik
Kak SA pun sama suka membaca..cumanya novel kat rumah tu yang abru2 dah cecah 100 lebih buku dah...x baca lagi...niat nak ada rak buku pun terpaksa kuburkan dulu...buku2 setia dalam kotak...hahahaha...nak kena beli rak buku yang ada cermin jugak...
kalo baca blog mmg thru laptop lg best compare thru hp..byk koleksi buku dkt rak tu utk bacaan cha
KakMim: Skrin komputer besar dan puas.
MamaZharfan: Kumpul daripada zaman belajar lagi, sebab tu kita alergi sikit dgn perkataan pindah rumah.
Mazni: Kak suka bau buku, betul baca buku fizikal tu boleh menyegarkan mata rasanya.
KakSA: Cucun atas rak kak, mesti tersusun indah dan rasa hendak ulangbaca.
MamaTisya: Setuju. Simpan koleksi tu daripada zaman balajar. Bila kerja pegang duit sendiri, lagiii meriah shopping buku.
Hhmm sejak dua menjak ni mood membaca ke laut dalam sungguh. Tapi buku, novel, majalah masih tersusun rapi, jangan sesiapa alih2. Beberapa tahun ni aktif semula berblog, sbb guna tablet. Nak angkut laptop tak larat sbb berat jugak, lagipun laptop lama hubby dah 8 tahun atau lebih kot. Bateri dah kong, kena sentiasa sambung pada plug. Nak guna hp, halus sangat lah membaca.
Tahniah....
Seronok bila ada ruang untuk sudut letak buku tu...mungkin boleh buat dekat bilik kak M..lepak² atas sambil santai² baca buku..wahhh...
Eh ,melalut pula..kikiki .
Kita pula suka BW pakai telefon..sebab skrin komputer dekat pejabat je, kalau BW time pejabat, tak jadi kerja kat pejabat nanti.. 😂😂
samaaaa kak.. saya kurang suka baca via phone... sesekali oke, tapi tak sering.... tetap lebih suka baca lewat buku.. apalagi aroma kertas itu wangiiii sangat buat saya... apalagi kalau buku baru :D
saya rutin beli buku tiap bulan... novel malaysia dan indonesia... ini salah satu tujuan saya nak ke KL dan Ipoh november esok, sebab nak ambil buku yg saya pesan dari blogger nadia dan uncle gedhek :D.. novel malaysia... saya memang suka baca, sebab zaman kuliah di penang, rajib beli novel sana supaya saya paham istilah2 yg sering dipakai orang lokal.. setelah paham, jadi addict pula beli novelnya :D
kakMulan: teringin sangat nak tablet, tapi hasratku blm diperkenankan lagi, jadi kita guna apa adanya saja. byk sgt gajet kat rumah, rasa bahang betul (ada kena mengena ke ea?).
Linda: eh setuju tu, bila bw di opis mmg layan. dah pernah dulu, dedulu mmg aktif nau berblogging kan. now, kena seimbangkan.
Fanny: sep sikiiit. kak pernah beli satu novel indonesia, maigosh rasa mcm kena study lebih sikit part bahasa ni. tapi kak suka tgk drama thru telegram subtitle indonesia. tak paham kita google translate.
Tahniahnyer
Jarang saya baca blog guna phone. Kalau baca pun, bila keluar rumah.
Warisan Petani: terima kasih wak!
Bola Katok: Keluar rumah, mari kita nikmati setiap kejadian alam sekeliling. Kadang, tak ingat phone pun.
Post a Comment