Acik terharu dek, terima kasih Bola Katok telah "Wall of Fame" kan bloghijau yang kejap ada~kejap tiada ni. Kitanya bukan blogger tegar, hanya mencatat pahit manis kenangan sebagai menghargai kehidupan.
Aku suka membaca, apa juga bahan serius dan tidak serius, membaca buku fizikal paling aku gemar sekali, cuma bila semakin menua membaca bahan berilmiah lekas sangat mengantuknya berbanding membaca komik. Mengapa ye? Terkadang, aku membaca berulangkali untuk faham satu-satu term yang di tertera.
Membaca blog ke blog aku ambil masa sedikit, aku membaca menggunakan paparan skrin komputer, kadang jadi kembang semua tulisan, kadang membaca sambil membayangkan aku berada dalam situasi, kadang aku membaca dua kali sebelum tinggalkan komen, kadang aku baca je bukan tidak rajin hendak menaip komen, tetapi aku membaca sambil menggulung quilling, hahaa~
Aku tidak gemar membaca thru handphone, rasa hendak muntah. Membaca wA pun terkadang aku skip melainkan info sekolah. Bila di rumah, handphone aku paling sukar dijejak bila hilang, kerana sentiasa silent dan warnanya sama dengan handphone Adli.
Sejak rabun jauh ni, aku memilih tiket paling depan dengan skrin televisyen untuk gigih membaca sarikata, hrmmm...~ terkadang tewas juga terpaksa pakai cermin mata apabila melihat tulisan sudah bersambung semuanya. Adeih! Kitanya nonton drama yang perlukan sarikata, drama Korea, drama China ataupun drama Jepun.
Jadi, marilah kita membaca blog ke blog. Terima kasih juga sudi singgah baca bloghijau. Tataa~
![]() |
Ramai yang tanya, aku baca ke semua ni? Iya, aku baca. Ada yang ulang dua tiga kali baca. |
![]() |
Sini pun sama, semua aku baca Alhamdulillah. |
4 comments:
Samalah kita cha... saya pun suka baca blog guna pc... laptop nehi, henpon kekadang je... sbb tu kalau di rumah mmg jarang sanagat nak BW
byk betul ur collection tu! impressive!
tudiahh bersusun komik! macam kedai buku dah ni kak cha :D
saya kadang2 rasa serbasalah dah lama tak baca buku. asyik baca skrin je. sakit mata, rabun pun naik
Kak SA pun sama suka membaca..cumanya novel kat rumah tu yang abru2 dah cecah 100 lebih buku dah...x baca lagi...niat nak ada rak buku pun terpaksa kuburkan dulu...buku2 setia dalam kotak...hahahaha...nak kena beli rak buku yang ada cermin jugak...
Post a Comment