Thursday, 16 October 2025

Tragedi Oktober: Steamboat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari kedua tuan asben di rumah, kepala ni pun tetiba je la nak migrain. Let's send the wA and see the reply.
"kata nak makan kat diluar, nak makan di mana?" wiii, mari kita menggigih. Adli mahu steamboat, Arrizqi dan Auni ikut sahaja. Usha punya usha, bertanya di sana dan juga di sini, bila spesis kamu hanya dunia dalam lingkungan terdekat sahaja. 
"cepat siap, lepas Maghrib kita keluar, cepat-cepat" tuan asben memeriahkan suasana apabila melihat Adli dan Arrizqi hendak landing di sofa sebaik aku ambil di sekolah. Kita bersiap bersama-sama, bertelingkah memilih warna baju, hendak sedondon atau pun tidak, at the end tuan asben pun ikut biru juga, ehehe~

Aaaarrrr... terujanya dapat keluar malam, kita terus ke Kafe D'Manggis untuk memenuhi permintaan Adli sempena ulangtahun kelahirannya bulan lepas, delay celebration meraikan sekali ulangtahun kelahiran Arrizqi semalam turut tumpang sekaki ulangtahun Auni pada bulan Julai lepas. Alhamdulillah.

Masuk sahaja restoran, ayuh kita. Kali pertama masuk restoran steamboat begini. Pilihan bahan-bahan secara buffet, lima kepala ulangalik dari meja makan dengan meja lauk pauk sampai penuh meja.
"umie meja ni melekit la" adu Arrizqi, aaa sudah. Katanya dorang baru syelek meja makan tersebut, jadi kita berpindah meja sebelahnya. Meja kedua, kepala gas ada masalah pula. Maka, kita berpindah lagi sekali. Okeh dah la ni, jap lagi pindah lagi kita balik je la. Jadi, kita duduk makan habiskan semua yang di ambil tadi. Satu kepala RM38, makanlah korang. 

Yang terpaling sibuk sekali tuan asben, ahahaaa~ bila masing-masing sudah bersandar kekenyangan tuan asben bersuara.
"eh mana boleh berhenti, kena makan lagi" kitorang semua jenis kantong perut kecil, lekas sahaja kenyangnya. Daktiga sibuk membuat desert, ABC dan aiskrim. Selain, sayuran, sos, mi, seafood, daging, ayam, adik beradik bebola, ada juga menu bergoreng, nasi goreng, mi goreng, aneka biskut dan juga buah-buahan. Lengkap sekeliling dengan makanan, korang ambil je la buat macam kat rumah cuma kena masak sendiri, pinggan tinggalkan je atas meja. Bila lagi?

Semua anak bapa, hahaa~ satu pattern.
Kepenuhan meja. Ini sudah pusingan ketiga.
Tinggal tuan asben je yang rajin, ahahaha~ Arrizqi sedang restkan perut.
Tinggal kitorang je, malam hari biasa tidak seramai malam hujung minggu.
My icecream from my husband. Love you ~
Di sini tau, boleh je Google. tikTok dan instaGram pun ada. 
Iklan tepi jalan.
Muka selebar alam, ahahahaaa~
Meraikan daktiga: Auni, July 2nd. Adli, Sept. 27th. Arrizqi Oct. 15

Usai menyusun pinggan dan mangkuk luarbiasa banyaknya, kita pun pulang ke rumah dengan perut berlagu riang. Alhamdulillah, terima kasih tuan asben. Di rumah aku bertanya pada Arrizqi yang sedang membelek tT.
"steam apa?" aku.
"rebus" konpiden dia menjawab.
"rebus boiled" aku
"betul jugak ea?" Arrizqi.
"kukus, boat?" aku
"bot, botkukus" memasing tergelak membahak.
"ooowh, patutlah ada bot dalam kedai tu tadi, hrmmm~ berkaitan-berkaitan" aku teringat susunan aneka sayuran dan salad yg diletak dalam piring dalam sebuah bot besar. Sambil membetulkan kedudukan, tuan asben menoleh.
"apa?" tanyanya, aku dengan Arrizqi hanya gelak dengan soaljawab spontan sebelum dia pergi mandi.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


“Life is very interesting…in the end, some of your greatest pains become your greatest strengths.” —Drew Barrymore

4 comments:

adnil linda said...

Sedapnya makan steambot...tapi, tula perut Linda pun sejenis tak boleh isi banyak²

Suria Amanda said...

Cha nak tanya Cafe D'Manggis ni kat Kuang ke?rasa macam pernah pi kat sini...ke lain?hahaha..apapun tersandar kekenyangan dak tiga tu ha...happy belated birthday semuanya..bagus didikan ni sebab sabar menanti celebrate sekali semua..jimat..

ch@ said...

Linda: iya benar sekali, even berlapar sepanjang siang pun, tetap makannya cukup2 ja.

ch@ said...

kakSuria Amanda: betul kak, Kuang Sg. Buloh. Kita pun 1st time ni. ihiiiks~ hahaaa. Boleh je nak pergi sendiri2 cuma tak spark family tak cukup, mestilah nak ada semua ahli kan? jadiii kena bersabar.