Friday, 3 October 2025

Sebelum 10pagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi hening, selepas hantar Auni ke sekolah, aku akan bergegas housecore dan kemas dapur serta prepare untuk menu hari. Buat secawan kopi atau matcha layan blogwalk sekejap sambil isi planner, sambung quilling sambil dengar podcast.

Akhir-akhir ini aku ketagih layan podcast YouCast yang di hostkan oleh Yousaf, otak kosong terasa terisi, apatah lagi mendengar kupasan ulasan daripada mereka yang bijak pandai dengan kejayaan dalam bidang masing-masing. Tabik banyak kali betapa petahnya mereka berhujah. Terima kasih kepada host yang menjemput para tetamunya bukan kaleng-kaleng. 

Bercerita tentang Al Quran, tentang teknologi, tentang kehidupan, tentang Sains dan biologi sehingga akhirnya aku sedar dan buka mata semuanya bermula dari nikmat ALLAH SWT kepada hambanya dan alam semesta. Nikmat apa lagi yang harus kita dustakan? 

Aku just speechless bila bercerita tentang Al Quran, topik yang menjadikan aku rasa rindu sangat untuk kembali semula tadabbur 114 surah dengan lebih mendalam. ALLAH SWT sangat dekat. Tidak tunggu lama langkah pertama, aku beli buku lagi. Semoga istiqomah Syasya. Aku sudah tidak tahu hendak cerita apa, sambung layan podcast lagi, hari ni sembang manusia sebelum Nabi Adam, Rahsia DNA Manusia, buat aku terkesima. Boleh go thru ye gais~

Luqmanul Hakim Sembang Manusia Sebelum Adam, Rahsia DNA Manusia - EP: 120

Buku baru untuk tadabbur balik semula.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

1 comment:

adnil linda said...

layan podcast memang best...semoga sama2 kita istiqamah