Friday, 3 October 2025

Sebelum 10pagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi hening, selepas hantar Auni ke sekolah, aku akan bergegas housecore dan kemas dapur serta prepare untuk menu hari. Buat secawan kopi atau matcha layan blogwalk sekejap sambil isi planner, sambung quilling sambil dengar podcast.

Akhir-akhir ini aku ketagih layan podcast YouCast yang di hostkan oleh Yousaf, otak kosong terasa terisi, apatah lagi mendengar kupasan ulasan daripada mereka yang bijak pandai dengan kejayaan dalam bidang masing-masing. Tabik banyak kali betapa petahnya mereka berhujah. Terima kasih kepada host yang menjemput para tetamunya bukan kaleng-kaleng. 

Bercerita tentang Al Quran, tentang teknologi, tentang kehidupan, tentang Sains dan biologi sehingga akhirnya aku sedar dan buka mata semuanya bermula dari nikmat ALLAH SWT kepada hambanya dan alam semesta. Nikmat apa lagi yang harus kita dustakan? 

Aku just speechless bila bercerita tentang Al Quran, topik yang menjadikan aku rasa rindu sangat untuk kembali semula tadabbur 114 surah dengan lebih mendalam. ALLAH SWT sangat dekat. Tidak tunggu lama langkah pertama, aku beli buku lagi. Semoga istiqomah Syasya. Aku sudah tidak tahu hendak cerita apa, sambung layan podcast lagi, hari ni sembang manusia sebelum Nabi Adam, Rahsia DNA Manusia, buat aku terkesima. Boleh go thru ye gais~

Luqmanul Hakim Sembang Manusia Sebelum Adam, Rahsia DNA Manusia - EP: 120

Buku baru untuk tadabbur balik semula.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

20 comments:

adnil linda said...

layan podcast memang best...semoga sama2 kita istiqamah

Ammi said...

Ammi tak pernah layan full podcast selalu tengok versi pendek2 yang ada dalam TT je

Mznimnwr said...

dulu saya selalu gak buat kerja sambil layan podcast. tpi podcast kewangan n Keluar Sekejap by KJ tu jelah. mcm menarik gak dengar podcast pasal agama ni

Bola Katok said...

Tahniah Top Commentator bulan September 2025! 👏

Roziah @ Cie said...

Tak pernah dengar podcast full episod. Bagus jugak dengar podcust yang ilmiah. Terisi juga minda dengan ilmu bermanfaat.

uncle gedek said...

Terima kasih kenalkan uncle dengan YouCast

ch@ said...

Linda: banyak-banyak Podcast, yg ni paling dekat dgn jiwa.

ch@ said...

Ammi: syasya sejenis tak puas tgk podcast pendek2, apatah lagi tT tu mmg khas tuk shopping ja. tT is memeningkan.

ch@ said...

Mazni: menarik sangat, somepartkan kita berasakan kita jauh sangat dgn Pencipta. KJ tu tgk juga, tgk topiknya.

ch@ said...

Bola Katok: waaah~! terima kasih admin Bola Katok. terharunya, kita komen bukan sebab nak top komen tau.

ch@ said...

Cie: menuntut ilmu ni ada banyak caranya, utk Cie mesti lain caranya. utk kita, ini caranya layan podcast, boleh cuba jika berkelapangan.

ch@ said...

uncle gedek: alhamdulillah, semoga dapat manfaatnya uncle.

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, barakallah fiik

Kakmim said...

semoga istiqamah... layan podcast mmg melekakan... boleh x jadi semua kerja... hehehe

Suria Amanda said...

Suami Kak SA suka layan PodCast..boleh leka..kadang dengar dia gelak sorang2...buku tu menarik la....

ch@ said...

Mama Zharfan: Alhamdulillah, semoga sampai manfaatnya.

KakMim: Terima kasih atas sokongan Puan. Saya dengar sambil menggulung quilling.

kakSA: ihiiiks~ beli kakSA, best sangat baca, boleh feeling ALLAH swt dekat dgn kita.

Mulan said...

Thanks kongsi podcast ni. Boleh dengar podcast baru sambil buat kerja rumah.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

terkadang kita memang perlu baca atau mendengarkan podcast religi seperti ini.... penting untuk membuat hati tetap dekat dengan allah

ch@ said...

kakMulan: sama-sama, semoga bermanfaat.

ch@ said...

Fanny: betul Fanny, rahsia di sebalik kejayaan orang-orang alim, nampak biasa namun sejarahnya luarbiasa.