Semua okey ke tu? rindu ke? ahahaha~
Jadi, cuti Deepavali ni kita hanya memerap di rumah sahaja. Tuan asben sudah pulang ke Melaka semula dan berkerja. Tambahan, si Adli boleh pula tidak sihat dek cuaca yang tidak menentu, maka kita guling-guling dan feel the Deepavali vibes.
Habis 2 hari tuan asben berkursus, dia bawa pulang goodies bag berisi, tadaaa~
![]() |
Abaikan background, ahahaa~ |
SD Guthrie kan, minyak pun Alif la. Serai dan kerepek ubi yang sekelip mata je hilang dari pandangan, ihiks~ me love it, makan sambil layan drama.
Sehari sebelum Hari Deepavali, sedang aku layan sticker dan drama aunty depan rumah datang memberi seplastik besar jajan untuk daktiga dan angpao Deepavali. Sejak aku di sini, setiap kali Deepavali, memang tanpa gagal mereka memberi. Waktu baru pindah dahulu, daktiga gemar betul menegur dorang satu keluarga setiap kali mereka keluar masuk apabila bermain di ruang depan rumah.
Rumah kita pagar bertemu pagar, setiap pagi jika keluar bersama aku juga akan tumpangkan Watie, anak perempuan aunty ke tempat menunggu bas. Terkadang, balik ambil Adli-Arrizqi pun Watie akan tumpang kita balik ke rumah. Orang memberi, kita terima dengan lapang hati. Aku berbual seketika dengan aunty, bertanya itu ini. Dia pulang dengan hati gembira, aku masuk rumah dengan hati yang ria. Thank you aunty and family.
![]() |
Tahun ni nilai angpao lebih dari tahun sebelumnya. |
![]() |
Favourite homemade by aunty. |
Banyakkan? aku peluk balang marukku tu sambil nonton Man to Man~ Kdrama, eh macam salah tema ja. Setengah balang aku seorang. Mereka akan beri seguni besar jajan begini.
Aku beli benda random lagi, ahahaha~ Syasya jangan dibiarkan keseorangan tanpa aktiviti, dia memang akan ada penyakit tiba-tiba terbeli. Saja try test beli tikar untuk perangkap pasir kucing kononnya. Aku dah letih nak menyapu setiap kali bersihkan pasir kucing sekitar besen, lawa weih! Buka sahaja plastik aku hampar tengah ruang tamu, tidak lah besar sangat pun tapi bolehlaaa~ hrmmm cepat je pelanggan datang cop tempat.
![]() |
Latte. Mocha. Tommy. |
![]() |
Yang menggembirakan hatiku, 1- Jualan Rahmah baru ada di pasaraya kegemaran aku. 2- 1st time jumpa roti Uji Matcha, ayuh kita uji rasa. SedaaapNYAH! |
Baiklah sekian sahaja cerita random buat ado-ado. Bila jarang sangat hendak beraktiviti, ihiks~ Semoga semuanya sihat selalu dan bercuti dengan gembira. See ya!
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
Doa untuk Palestin
اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ
Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.
LOVE: Comfort like sunshine after rain.
1 comment:
Jiran memberi kita merasa kan..best la dapat minyak masak tu...
Post a Comment