Tuesday, 21 October 2025

Memberi. Menikmati. Membeli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua okey ke tu? rindu ke? ahahaha~

Jadi, cuti Deepavali ni kita hanya memerap di rumah sahaja. Tuan asben sudah pulang ke Melaka semula dan berkerja. Tambahan, si Adli boleh pula tidak sihat dek cuaca yang tidak menentu, maka kita guling-guling dan feel the Deepavali vibes.

Habis 2 hari tuan asben berkursus, dia bawa pulang goodies bag berisi, tadaaa~

Abaikan background, ahahaa~
SD Guthrie kan, minyak pun Alif la. Serai dan kerepek ubi yang sekelip mata je hilang dari pandangan, ihiks~ me love it, makan sambil layan drama. 

Sehari sebelum Hari Deepavali, sedang aku layan sticker dan drama aunty depan rumah datang memberi seplastik besar jajan untuk daktiga dan angpao Deepavali. Sejak aku di sini, setiap kali Deepavali, memang tanpa gagal mereka memberi. Waktu baru pindah dahulu, daktiga gemar betul menegur dorang satu keluarga setiap kali mereka keluar masuk apabila bermain di ruang depan rumah. 

Rumah kita pagar bertemu pagar, setiap pagi jika keluar bersama aku juga akan tumpangkan Watie, anak perempuan aunty ke tempat menunggu bas. Terkadang, balik ambil Adli-Arrizqi pun Watie akan tumpang kita balik ke rumah. Orang memberi, kita terima dengan lapang hati. Aku berbual seketika dengan aunty, bertanya itu ini. Dia pulang dengan hati gembira, aku masuk rumah dengan hati yang ria. Thank you aunty and family.

Tahun ni nilai angpao lebih dari tahun sebelumnya.
Favourite homemade by aunty.
Banyakkan? aku peluk balang marukku tu sambil nonton Man to Man~ Kdrama, eh macam salah tema ja. Setengah balang aku seorang. Mereka akan beri seguni besar jajan begini.

Aku beli benda random lagi, ahahaha~ Syasya jangan dibiarkan keseorangan tanpa aktiviti, dia memang akan ada penyakit tiba-tiba terbeli. Saja try test beli tikar untuk perangkap pasir kucing kononnya. Aku dah letih nak menyapu setiap kali bersihkan pasir kucing sekitar besen, lawa weih! Buka sahaja plastik aku hampar tengah ruang tamu, tidak lah besar sangat pun tapi bolehlaaa~ hrmmm cepat je pelanggan datang cop tempat.

Latte. Mocha. Tommy.

Yang menggembirakan hatiku, 1- Jualan Rahmah baru ada di pasaraya kegemaran aku. 2- 1st time jumpa roti Uji Matcha, ayuh kita uji rasa. SedaaapNYAH!
Baiklah sekian sahaja cerita random buat ado-ado. Bila jarang sangat hendak beraktiviti, ihiks~ Semoga semuanya sihat selalu dan bercuti dengan gembira. See ya!

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

Doa untuk Palestin

اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ

Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.


LOVE: Comfort like sunshine after rain.

23 comments:

Suria Amanda said...

Jiran memberi kita merasa kan..best la dapat minyak masak tu...

adnil linda said...

Alhamdulillah...rezeki dapat goodies yang best2..
kita plak minyak masak jenama kuali, United Plantation punya...kikiki

mama tisya said...

syok tu goodies huband bw blk dr kursus dpt minyak

Roziah @ Cie said...

Mereput juga di rumah cuti Deepavali takde ke mana.

Mulan said...

Alhamdulillah rezeki. Roti Ujie Matcha tu, nak kena cari ni.

ch@ said...

kakSuria Amanda: tepat sekali. betul, da tapayah nak beli minyak masak lagi. sebenarnya kita pun beli minyak masak brand sama awal bulan hari tu.

ch@ said...

Linda: 1st time dengar brand tu, marhaen juga ke harganya? kita selalu beli paket ja. ahahaa~ masak pun tak rajin.

ch@ said...

mama tisya: alhamdulillah. ingatkan apa dlm beg sandang dia, punyala berat.

ch@ said...

Cie: hrmmm~ begitulah, tapi Cie kita mmg lebih suka di rumah sebenarnya.

ch@ said...

kakMulan: Alhamdulillah, suka sgt rasanya.

Eyma Balkish said...

Samalah..duduk di rumah sahaja semasa Hari Deepavali.. hujan pula :)

Bola Katok said...

Roti tu ... best nya boleh beli. Sini sampai sudah tak jumpa.

ch@ said...

Eyma Balkish: itulah tu, betul-betul diberinya rehat di rumah.

ch@ said...

Bola Katok: ada tu, brand ni di 7E pun ada, cuma perisa uji matcha ni jarang nampak, tapi tak mustahil akan ada.

adnil linda said...

kita dapat free je, kakak dapat pahala, sebab ditolak dari gaji dia..

Warisan Petani said...

Alhamdulillah dapat jiran yang baik

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, rezeki

ch@ said...

Warisan Petani: Alhamdulillah wak.

ch@ said...

Mama Zharfan: Rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari, gitulaaah pepatahnya. Alhamdulillah~

Ezna Khalili said...

Dulu pernah guna minyak Alif tu. SD Guthrie....SD tu Sime Darby.

Mznimnwr said...

alhamdulillah, rezeki dapat jiran yg baik. bestla daktiga dapat duit raya deepavali hehehe

ch@ said...

kakEzna: Kita sejenis bedal je la janji ada minyak masak, hahaa~
SD Guthrie tu tempat kerja asben kita.

ch@ said...

Mazni: Alhamdulillah. Every year dapat. Nak bagi anak-anak aunty tu, anak-anaknya pun semua dah sebaya dgn kak. Dia tinggal dgn anaknya dua orang. Seorang dah kawen.