Thursday, 23 October 2025

Keluar Sekejap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepertinya sudah lama benar memerap di rumah sahaja. Bila tanya daktiga, nak makan apa? 
"saya makan je" Arrizqi
"entah, apa-apa je la" Adli
"ikut umielah" Auni. 

Apabila jawapan mereka tidak membantu langsung. Let's go, cari mamak. Aku mahu makan tosei, hehee~

Bersiap sampai hujan pun turun, lekas. Mujur tempat yang dituju tidaklah jauh, hanya 10minit dari rumah. Jalan raya pun lengang sahaja dek sekolah masih lagi bercuti. Aku letak kereta betul-betul dihadapan kedai, kita berjalan dengan tenang sahaja masuk kedai meskipun hujan renyai. Sejuks.

Tetap dengan nasi dan ayam masak karinya. Air tu, hrmmm~ air lain tak sedap katanya.

Mi goreng, pun air tu jugak cuma ais. Jenuh menunggu dia makan dok main puzzle asingkan sayur.

Roti kosong, dia minta Naan, tapi tak ada. Air sama dengan Arrizqi.

Mine; share makan dengan Adli. Feeling betul makan tosei ni. Lebar dengan sedikit garing. Kuah dal tu, si Arrizqi pass isi ayam dalamnya. Aku suka makan isi ayam.

Selesai bersantapan, perut kenyang. Kita menuju NT Shop mencari kudapan. Entahlah, aku pun tidak tahu apa yang hendak dibeli. Namun, satu plastik juga barangnya bila hendak balik. Adeih!

Okey tu je la kisah semalam, dapat hirup angin luar sekejap.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

18 comments:

Suria Amanda said...

Sesekali memang perlu keluar rumah..kalau tak...rasa tepu dan mula la nak baran x tentu pasal

adnil linda said...

kalau tak tahu nak beli apa, yang tu lagi seram sebenarnya...kikiki..

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera.

Eyma Balkish said...

Seronok dapat makan di luar sekali sekala

Mama Zharfan said...

saya tak pernah mkn tosey. nanti nak try laaa

Mulan said...

Ke kedai mamak pun mesti nak tosei.

ch@ said...

kakSA: ahahaaa~ betul juga tu, membaran tu mulalah mencari mangsa utk dipersalahkan.

ch@ said...

Linda: Sampai rumah dok fikir, apa benda yg ku beli tadi? memang semuanya daktiga punya, adeih~

ch@ said...

Warisan Petani: InshaaALLAH~ selamat wak. Selamat utk wak juga ye.

ch@ said...

Eyma Balkish: Setuju. Kita suka je makan di luar, daktiga ni agak memilih kedai sikit. Dorang tak suka kedai crowded.

ch@ said...

Mama Zharfan: Boleh cuba, cuma kita tak rasa MZ akan suka dgn rasa tosei n, hiii~ nnt review tau bila da cuba.

ch@ said...

kakMulan: My new menu jika tak ada roti pisang.

Ana Jingga said...

Haha! Sama lah kak ana hari tu dalam kereta dengan anak dan suami duk berkira lah nak makan mana, last-last
pekana nasi mamak, paduu :)

Ezna Khalili said...

Hehe main puzzle asingkan sayur. Comel je rasa....Jenuh nak tunggu la gitu sebab sayur pasti terselit di celah2 tu.

Mznimnwr said...

cantik betul kening anak2 kak cha, tebal!
tak pernah makan tosei tinggi2 ni, jarang gi mamak hahaha

ch@ said...

kakAna: mamak ni ada sikkandaq juga, tapi membayangkan dia campur kuah tu nanti, argh ku tak lalu sangat. sejenis tak suka nasi dgn kuah banjir.

ch@ said...

kakEzna: iya kak, kitorang menunggu dia habis makan kali ni. lepas ni kena minta taknak sayur siap-siap.

ch@ said...

Mazni: kening makpaknya. kening kak penah kena gelak dgn mak andam.
betul, ada person yg memang tak makan di mamak. kak jenis tgk mamak juga, takla rasa suka bebenar, jika teringin ja. tu pun tgk kedai dulu.