Monday, 13 October 2025

MIJA Ke Pasar Malam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuaca lembab, aku masih dengan sticker yang tidak berpenghujung, dalam kepala memikirkan menu untuk malam nanti sedangkan baru sahaja selesai berlengas dengan dapur menu mi sup daging asal boleh saja. Mija, adik kepada tuan asben hendak datang singgah sebelum dia balik ke Unisel. Okey, marilah.

"Mija baru nak ajak akak pergi, jomlah kak" jawabnya sebaik mendengar aku mengajak. Kita pergi dengan kereta Mija. Fuh! sudah lama benar tidak ke pasar malam, entah bila kali terakhir aku pun tidak ingat. Kita pergi dengan Arrizqi sekali, hanya dia seorang sahaja yang sudi jadi assistant. Sambil berjalan, mengelak lopak, berlaga bahu sambil memerhati sekitaran dan berfikir apa yang hendak dibeli. 

Pasar Malam depan sekolah rendah ni, kebanyakan menunya sama sahaja dengan deretan gerai pada hari biasa, cumanya ada sekali barang basah, pakaian dan barang keperluan dalam rumah lain dijual dengan harga marhaen. Itu sahaja.

Bila hari Ahad, semua jadi pemalas. Jadi kita go thru makan terus. Tiada pinggan kotor hari ni, muahaha~

Mija dengan Char Kuey Tiaw Kerang, Popia Goreng dan Kaya Ball. Aku? Kebab Roti Pita, Ayam Gunting, Murtabak Daging dan Chicken Wings. Cukup alhamdulillah. Bila makan berteman, menu biasa pun jadi luar biasa sedapnya. Makan sehingga Maghrib berkumandang. Mija balik ke Unisel setelah bersolat Maghrib, thank you Mija bawa pergi pasar malam. Sejak tuan asben di Melaka, memang belum pernah lagi jejak Pasar Malam, kemalasan aku untuk keluar pada hari minggu automatik meningkat 200%.

Mija.

Happy tidak terkata kekdahnya.

Singgah kedai Acheh jap, beli roti ini. Bakar sekejap dalam air-fryer makan dengan telur separuh masak.

Penunggu. Mocha vs Vico.

Sepatutnya tuan asben balik minggu ini, namun ALLAH swt gantikan adiknya untuk temankan aku. Thank you so much, alhamdulillah. Jom sambung layan podcast, hari ni podcast Kita-kita Aje by Pak Nil.

Doa untuk Palestin

اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ

Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.


JUST BE HAPPY & THE REASON WILL COME ALONG.

4 comments:

adnil linda said...

siap bakar dulu dalam AF roti nya...ku makan gitu je, sebab selalu jadi penyelamat dekat pejabat roti tu

Mama Zharfan said...

geram jer tgk mocha dan vico tuuuu

AMIIZAA@Mieja said...

macam-macam ada ...meriah kalau prg pasar malam

Sueann said...

Meriah menu pasar malam...