Monday, 28 July 2025

Hobi: Quilling Frame dan Guestbook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Menjawab pertanyaan Adnil Linda, masihkah aku shredder kertas quilling? 
Iya, aku masih guna mesin pengisar kertas atau paper shredder machine kerana kertas quilling menggunakan shredder akan jadi sama saiz berbanding potong manual. Kertas yang dikisar mempunyai kesan gigi pengisar menjadikan bentuk quilling lebih cantik selepas dibentuk. 

Mini shredder, beli dengan wang hasil quilling.

Jika dahulu aku guna mesin pengisar elektrik, kini aku hanya gunakan mini shredder sahaja, lebih murah dan kisar manual. Tangan aku terlalu berseni untuk memotong kertas satu persatu, lagi pula aku menggunakan kertas 80gsm hingga 160gsm dan lebar paper strip (selepas dikisar) adalah 0.4cm sekata. Masih mampu masuk mesin pengisar. 

Pakar-pakar quilling kebanyakannya menggunakan kertas lebih 160gsm hingga 220gsm dengan lebar 0.5cm hingga 1cm lebar, mereka memotong secara manual. Jadi quilling mereka lebih cantik dan tersusun. Entahlah, aku hanya memanfaatkan frame biasa di kedai RM2 sahaja, jadi lebar 0.4cm sudah elok muat terletak dalam frame tersebut.

Kali pertama aku buat quilling berskala besar, apabila ditempah oleh kakYani, kakak satu tempat kerja kilang dahulu, aku tidak yakin hendak buat sebab terlalu baru dalam quilling, jadi dia hanya minta muka depan sahaja, buatlah macam manapun, janji quilling. Jadi, aku menggigihlah dengan tiada printernya, dengan semuanya dilakar sendiri. Tadaaa...


Untuk diframekan, terasa sangat baru ye. Gambar tu lukis sendiri merujuk handphone.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah hanya tiga hari sahaja tempoh siap.

Guestbook perkahwinan untuk adik tuan asben, lelaki.

Guestbook perkahwinan adik tuan asben, perempuan.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah, lelaki. Terpaling rare.

Guestbook ulangtahun kelahiran anak kawan sekolah.

Guestbook jamuan Aidilfitri cikgu-cikgu Tabika

Guestbook kolaborasi dengan beberapa teampaper art. Farah, Hawa dan Wani.
Yang masih aktif, hanya aku seorang. 

Guestbook reunion sekolah awal tahun lepas.

Quilling Frame. Kita usahakan costum, sentiasa tak sama.

Frame A4 untuk Wedding Annyversary kawan sekolah.

Frame A4 untuk Wedding jiran depan rumah.

Teamart kata, love tembus. Frame size A4.

Quilling slotted tools beli dengan kakLin, paling banyak berkhidmad sebelum patah sebelah. Susah nak cari slotted tools yang seperti di atas, terbaru aku beli, bulatnya agak besar, tapi masih berguna.

Antara quilling frame dan guestbook yang pernah ditempah kawan-kawan terdekat, harga frame adalah mengikut saiz frame, antara RM10 hingga RM120. Harga guestbook antara RM70 hingga RM150 begitulah biasanya. Rasanya sekarang, orang dah tak guna guestbook kot kan? hehe.

Alhamdulillah, هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي.

PEKERJAAN YANG PALING MENYENANGKAN IALAH HOBI YANG BERBAYAR.


28 comments:

adnil linda said...

Yess..pakai shredded paper murah sikit...kalau beli quilling paper mahal beno rase...tapi, memang level pro dah nie...Linda tak reti buat bentuk²..buat bunga je tau...hahaha

Suria Amanda said...

Tabik spring la tangan orang2 yang berseni dan kreatif ni...kalau bagi Kak SA, confirm tahun depan pun x siap lagi

AMIIZAA@Mieja said...

cantiknya tangan berseni sungguh...bukaklah kedai sha

shaizhar said...

Alhamdulillah hobi yang mendatangkan hasil.

Ezna Khalili said...

Semuanya hasil seni yang mengagumkan. Paling akak suka yang 2 swan dan ada heart tu. Cantik sangat.

Lydia said...

bestnya orang berseni ni buat apa je menjadi. lawaaaaa

MOHAMAD TAUFIK said...

wahh...kertas tidak di sia-sia kan begitu sahaja malah membuat pelagai design yang cantik

Mama Zharfan said...

Semua pun sgt lawa hasilnya!!i likeee

ch@ said...

adnil linda: betul tu. kita beginner je awaknya.

ch@ said...

kakSA: eh, takla sampai begitu. belum dicuba belum tahu lagi.

ch@ said...

kakMieja: cita-cita kita tu kakMieja, doakan tau. nak ada studio sendiri, nak buka kedai stationary kononnya.

ch@ said...

bangShai: alhamdulillah, semua dari ALLAH swt.

ch@ said...

kakEzna: terima kasih akak, alhamdulillah hazaminfadliRobbi, milik ALLAH semuanya. kita pun suka swan tu. ada dua kali kita buat swan tu.

ch@ said...

Ummi Aish: ummi pun boleh buat juga, meh bagi kita.

ch@ said...

Taufik: sayangkan kertas, mcm ni la jadinya.

ch@ said...

MZ: i like u MZ, thank you so much!

adnil linda said...

Beginner tu Linda kak..hihihi
Nanti ajar binding buku boleh?..kita buat juga,tapi mcm tak kemas..

uncle gedek said...

Halusnya kerja seni dia... dah nama pun seni kan?
Kalau uncle mau bacaan darah uncle naik bila buat benda ni....

ch@ said...

uncle gedek: eh jangan! uncle just do whatever u like okey, jangan memaksa diri utk buat benda yg tidak disukai. take care!

ch@ said...

adnil linda: boleh InShaaALLAH.

Kakmim said...

Guest book kawen brp cha??? mcm berminat je

ch@ said...

Kakmim: RM70 kakMim. tempah terpaling awal ye, muahahaaa.

Mznimnwr said...

cantiknya semua!! hebat ada yg ambil masa 3 hari je utk siap
ada shredder lagi senangkan kerja. kalau potong manual tu menangis rasanya hahaha

bagusnya hobi yg mendatangkan hasil camni. semoga dapat banyak order nanti :D

ch@ said...

Mznimnwr: yg tiga hari tu, mmg takmahu buat dah. pengantin sendiri pujuk, siap nak ambil sendiri kat rmh, buatlah mcm mana pun, janji nak ada. tu jadi gitu.

yg construction tu pun, dia punya juga (belah lelaki), dia punya idea. maka menggigih la kita, punya nak lain dari yg lain.

Aphizha said...

Senang dan cepat guna shredder kan. Nak potong manual tu jenuh jugalah. Ambil masa lama nak siap nanti. Cantik-cantik hasilnya. Paling suka tengok guestbook love dan wedding anniversary love swans. Cantik! Tangan berseni betul.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Dulu saya pernah doa, kalau Allah nak bagi bakat, tolong lah bagi bakat pandai melukis atau at least pandai membuat apapun 🤣🤣. 2-2 nya tak terkabul hahahahha. Makanya saya suka jealous lihat temen2 yg memang darah seninya tinggi sangat 😄😍😍. Butuh kesabaran tinggi nih buat nya

ch@ said...

Aphizha: Allah swt kurniakan idea yg datang entah dari mana, terima kasih tau. semoga ideaku terus datang mencurah-curah.

ch@ said...

fanny Nila: tapi fanny, awak ada kelebihan yg kakak tak ada, pergi travel. jujur kakak sgt jarang pergi travel.