Jumaat yang tenang dapat wA daripada Khaida menanyakan aku free atau tidak. Aku ni house manager, meskipun tidak free aku akan free kan masa untuk kawan-kawan yang berkerja meluangkan masa mereka jika hendak bersama denganku. Khaida datang selepas Zohor, lama sungguh tidak bertemu. Kali terakhir berjumpa pada Disember tahun lepas (Keluar rumah). Naaah, setengah tahun!
Dengan senyuman melebarnya dia menjemput depan pagar rumah, tidak mahu mendengar dia main bell pintu aku bersegera keluar, baju kurung turqoise kain kepok-kepok dengan spek mata baru, Khaida set blouse palazo berwarna ungu. Teringat belum berpelukan kita berhenti tengah simpang tiga dan berpelukan. Hatiku lega melihat dia kembali sihat dan ceria seperti awal perkenalan kita dahulu.
Mulanya aku mengajak makan di nurseri Fajjida, bolehlah cuci mata tengok pepokok menghijau, tetapi Khaida tidak mahu makan laksa mahupun bakso makanya kita terus ke Bukit Rahman Putra, konon hendak makan di kedai Kopi Surat Cinta yang telah bertukar pemilik namun, kedai itu sedang berpindah, rasanya bertukar pemilik sekali lagi. Entahlah!
Kita membuat keputusan pergi salun rambut dahulu, cuci dan potong rambut dengan bestie is the best. Duduk sebelah-sebelah sambil bergosip. Two Eight Unisex Saloon terletak bersebelahan Putra Medical Centre. Siap tarik langsir okey, hiii... Rasa lega kepala bila kena maintenance dengan pakar pakej urutan ringkas sambil kena bebel. Aku pula baru lepas migrain, memang lega kekdahnya. Empat orang riuh satu salun, hahahaaa belum-belum mereka sudah gelakkan aku. Banyak sangat pin tudung hendak dibuka satu persatu, mana aku tahu si Khaida ni bawa aku ke salun, aku pun berdandan la hardcore sikit. Bila dah siap, pakai semula udah serabai kejadian. Lantak situ,
Lepas ke salun, sudah kena urut badan pun jadi ringan perut jadi auto lapar, berkeriuk perut berbunyi Khaida bawa ke kedai makan viral di tT, Hanie's Cafe. Makanlah penuh pinggan, harganya tetap RM7 tetapiii jangan ada yang membazir. Memang aku tidak ambil gambar makanan sebab sudah lapar benar. Kita sama pilih ikan bawal masak kicap dan sayur. Air sirap dan sirap limau. Duduk elok dapat air, terus bismillah. Punya licin pinggan dan cawan sampai terbang jatuh cawan plastik aku dan Khaida yang ditindih bersama, yang jadi gelihati kita melihat sahaja staff kedai mengejar cawan telah jatuh bergolek. Kitanya duduk bawah kipas jet tu, berguna aku pakai pin tudung banyak, habis herot awning tapi masih menten.
Selepas makan, konon nak berjalan ke kedai coklat mencari Tofiluk, tapiii tidak jadi kerana aku memikirkan sudah banyak benar coklat dalam peti ais rumah, kan ke baru beli eskrem Vico, beli lagi Vico Caramel. Takot aku. Sekali lagi aku mengajak Khaida ke nurseri Fajjida, saja nak killing time. Sebenarnya memang aku mahu sangat ke nurseri bersama Khaida atau pun kakZiela, dorang berdua ni pandai bercucuk tanam.
Sewaktu tiba di nurseri, Fajjida sedang menyiang ikan untuk kuah laksanya, tidak mahu mengganggu aku berjalan dengan Khaida dan ditemani pekerja Fajjida. Aku tidak fikir panjang,
"kau nak pokok apa mek?" tanya Khaida.
"pokok kat dapur, kari, pandan, kesum, kunyit, serai, aku malas nak semai. Beli anak pokok terus" sesekali aku bertanya itu dan ini kepada pekerja Fajjida.
"eh, tanah nak jugak, aku nak tukar semua tanah dalam pasu kat rumah, tanah tu dah tak sihat" bebelku sambil mengekori perkerja Fajjida.
"ai tanah pun tak sihat? tak bawa gi klinik?" tanya Khaida.
"tapayah, beli baru terus. Tanah yang sesuai yang mana kak untuk pepokok kita tu?"
"yang ni boleh, yang tu boleh, campur dua pun boleh" terang pekerja Fajjida lagi.
"ok, harga?"
"tanah biasa RM10, 7 beg, yang tu tanah berbaja RM10 3beg." jelasnya kemudian.
"ok onz, angkat" aku ikut angkat sekali ke kereta Khaida. Dan membuat bayaran semua sekali RM49, eh murah. Aku bagi je RM50 senang kira, sambil diperhatikan Fajjida sekali. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih.
"takpe, mati pokok tu nanti aku cari ko Fajjida." usikku.
"jangan cari aku, aku tak pandai. Cari kak ni (merujuk pekerjanya tadi), laaa dah satu hal pula aku nak bawa dia gi rumah hang" Fajjida berjenaka. Semua ketawa gembira. Selesai berpamitan, kita ke seven eleven, aku hendak ke mesin atm dan Khaida singgah di Jimart sebelum menghantar aku balik rumah. Dapatlah aku beli beras 5kg yang sudah habis.
Setelah turunkan semua barang dagangan, kita berpelukan lagi, berterima kasih seperti selalunya, berjanji lagi akan keluar bersama nanti-nanti, love u Khaida Mokhtaruddin.
![]() |
Pertama kali dipertemukan. Mesra terus. Thank you kowang. |
![]() |
me (Syahida), Fajjida dan Khaida. My bestie almost DA, Linda dan kakHamidah |
![]() |
Bersemangatlah hidup korang, kita dah tukar tanah dalam pasu tu. |
KEINDAHAN ALAM, BUKTI CINTA ALLAH SWT KEPADA KITA SEMUA.
24 comments:
Baca tulisan cha ni macam baca novel tau. Penuh penceritaan. Hihi. Bestnya dapat lepak dengan rakan seperjuangan. Cie ni takdela keluar dengan kawan2. Selalunya anak2 & suami jela.
Alhamdulillah kali pertama jumpa terus mesra tu memang serasi laaaa hihihi
Alhamdulillah...seronok bila ada geng NIE...moga pokok² terus tumbuh sihat..
Membayangkan ada bersama, seronok nya. Apa lagi bila ada panggilan MEK hehe.
Alhamdulillah. Have a nice dayyyy. MZ singgah BW ni
Nak lepak dengan kawan selalunya sangat la payah sebab masing2 ada komitmen masing2.
Daun kesum ke tu? Merimbun.
Nasib tak mintak pokok kelapa
Seronoknya keluar dengan kawan2...manalah kawan- kawan Kak SAdulu...semua dah membawa diri dan sibuk dengan family masing- masing..
Cie: Terima kasih Cie, saja bagi ada story value sikit.
Kita jarang keluar rumah reramai gitu, daktiga pun jenis duduk rumah.
Taufik: Dedua ni jenis masuk air. Tetiga jenis blur. Memang ngam!
adnil linda: thank you so much sis, doa pokok kita.
sisMulan: Alhamdulillah, memang ini je tempat kita tumpang kasih sayang.
MZ: Thanks bigsis. U too hv a nice day!
kakEzna: Ni pun stengah tahun kak, hahaaa... kita ni menunggu teman2 ajak ja.
Bola Katok: Iya betul. Kita pilih yang merimbun, tgk mana jauh ia boleh lebih membesar.
uncle gedek: penah tanam, tapi ditebang oleh TNB, bila da tinggi cecah kabel dorang. dapat juga minum air kelapanya beberapa biji.
kakakSA: kan? keluar dgn member, auto keluar perangai tak behave. takpe, kakSA ada kawan-kawan opis. ok juga tu.
ada hikmah kan pakai tudung banyak pin, lagi secure tak terbang dek angin kipas hahaha
funny lah baca conversation kat nurseri tu. seronoknya dapat jumpa dgn kawan, makan2, pergi spa rambut. girls day out giteww
Mznimnwr: dua orang ni mmg kelakar, dedua jenis masuk air. ada je topik yg bebukan keluar jadi idea, kdg bernas kdg tah apa2. kita jenis mudah terhibur.
Syoknya dapat keluar dengan besties. Sempat lagi ke salun tu. Masuk nursery tak sah kalau tak ada yang ikut balik. Harap tumbuh elok lah tu.
Best nya bisa keluar dengan teman dekat. Sekarang nih kita punya teman pun, tp kdg susah nak jumpa. Belum tentu tiap bulan bisa ketemu. Saya dengan travel mate saja dah hampir setahun tak jumpa 🤣.
Pakai tudung dengan banyak pin, itu saya zaman sekolah. Kalo skr jangan harap. Pakai sesimpel mungkin 😅.
Aphizha: hiiiks, kita taktau la tgn kita ni sejenis jarang menjadi bila part tanam-menanam ni. kita tgk sajalah mana jauh dorang leh tumbuh elok.
fanny Nila: kan kita ada beritau tu, setengah tahun baru jumpa balik semula. ahahahaaa! itula, jika tahu hendak ke salun memang pakai simple ja.
Post a Comment