Friday, 11 April 2025

Kita cuba.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

tema langit: mencuba matang dengan berselendang, gitu. shawl biasanya, aku jahit manik belah hujungnya.
trend 2025 bukan? terjebak juga. outfit ikut perarakan maulidurrasul tahun lepas, benda leh pusingpakai, kita pakai.

dah tak larat nak minta orang ambilkan photo sendiri, maka kita tumpang bergambar, dengan isteri kepada adik sendiri. kitorang memang ngam. outfit mama, aku sauk ja.

tema daun: outfit belisendiri, dalam simpanan ja yg bilapakai mesti kena tegur muda 10tahun.

tema langit lagi: outfit mama lagi, mengecek sebab dia bagi kaler pink, aku taknak. aku nak biwu jugak.

tema tanah: outfit mama juga, dah bertahun dia bagi aku, elok dalam simpanan dan pakai harian. 

Dan memang, outfit aku hampir kesemuanya daripada mama, hahahaaa... nampak tak aku bertukar saiz dengan jayanya, akan tetapi orang tidak pernah perasan. 

alhamdulillah hadza min fadhli rabbi...

Thursday, 10 April 2025

Aidilfitri 6: Mengukur Jalan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu, hari terakhir sebelum tuan asben berangkat pulang kerja. Aku mengacu padan warna OOTD lagi, kali ini warna langit pula, haaaa lengkap warna alam sepanjang Aidilfitri tahun ini. Cuaca pun, sayup-sayup redup dan mendung, jam 9am kami sudah bertolak ke Bangi, rumah makUder. Lawatan balas semula, makUder tunggu untuk buka rumah minum pagi. Setiap tahun, kami memang sampai je ke rumah makUder. 

Sebelum masuk rumah, wajib bergambar dahulu di halaman rumahnya kerana makUder sangat rajin dan suka lanskap. Hampir 10minit tidak masuk rumah, kami dipanggil pakUder untuk masuk juga, hehe.

"awak sayang saya tak?" tiber
"awak mesti sayang saya, kalau tidak sayang, saya pun taknak sayang awak!" eh? kau dah kenapa? hahaaa.
Acah-acah! menyampah si Auni nak melayan.

Entahla macam mana nak pose. Tn asben jadi cameraman nya, gigil mak!

makUder & pakUder. 

Masuk rumah makUder, menunya macam ramen goreng, macam megi goreng, tahla. Jika makUder sudah join bersembang, segala soklan hanya terperap sahaja dalam kepala otak aku. Mereka saling bertingkah pendapat antara, Aca (anak makUder), tuan asben, pakUder dan makUder. Aku nak menyampuk jadi tak reti. Sesekali makUder tanya, aku jawab.

Rumah seterusnya kami ke Kajang, rumah kakakIpar aku, kakDilla. Kakak kesayangan one and only tuan asben. Afiq anak kakDilla memang tunggu sahaja Adli-Arrizqi untuk main game bersama. Aku hanya borak kosong, lagi-lagi abangLong (suami kakDilla) asyiklah menyakat dok tanya mana emak, kenapa tak ikut sekali. Dia siap buat teka teki mana satu emak, mana satu anak apabila aku duduk bersebelahan dengan Auni. Pening! Menu kakDilla, nasi lemak ayam goreng. Sedapnya sambal siklemak kakDilla, tahun lepas dengan tak malunya aku bawa balik frozenkan, hahaaa. Tahun ni Syasya is behave, segan.

Alang-alang di Kajang, singgah rumah teman tuan asben masa awal-awal kepolisan dahulu, Tuan Ezri. Aku pun berteman baik dengan isterinya PuanZiha. Aku hanya menjamah lemang dan rendang ayam sahaja, berikutan perutku penuh. PuanZiha masak laksa penang, Adli wakilkan makan dua mangkuk  laksa apabila tn asben sendiri tidak makan laksa.

Cambiasalah, my rabbit teeth tu, penyeriii!

Owh rumah kakDilla, sibuk sangat makan biskut raya sampai lupa nak bergambar. Tidak mengapa yang penting sudah sampai ke rumah masing-masing, okey next. Tuan asben mengajak bersolat Zohor lebih dahulu, dia berhenti di Petronas berdekatan, elok aku hendak masuk surau, serentak pula dengan dia. Eh? satu surau boleh kongsi, kita pun berjemaah dengan secara tidak langsung. Elok siap keluar, ada seorang pakcik menunggu, maafkan kami pakcik. Lepas ni carilah masjid atau tumpang bersolat rumah yang disinggahi, kelam kabut dibuatnya jika ada orang menunggu. Rumah seterusnya rumah sepupu tuan asben, Zepi dan Lau. Dia hendak ke rumah kami, kami jalan dahulu maka kami ke rumahnya.

Kali pertama sampai di rumah Zepi di Batangkali, jauh  perjalanannya mendaki bukit rasa macam naik Genting Highland. Kami disambut makLong dengan senyuman. Lau sibuk di dapur, aku meregang badan. Selesa sangat rumah Zepi ni, hahaaa. Ikut dan aku ja. Rupanya tuan asben pun ikut meregang badan sekali, sampai diketawakan makLong. Lau menggoreng yee mee, baunya semerbak ruang. Aku pula sudah teramat kenyang, akhirnya menjamah juga setelah dipaksa makan. 

Aku sengaja menunggu lepas Asar untuk keluar dari rumah Zepi, tambahan hujan mula turun. Okey, aku solat Asar dahulu kerana tuan asben akan ke rumah teman lamanya lagi seorang, tuan Nasrul yang satu batch dengan tuan Ezri tadi. Tidak bergambar, kerana masing-masing meredah hujan masuk kereta. Dengan anak Zepi nak main hujan, chotic jap.

Kami ke Selayang dan aku berharap ini rumah terakhir untuk hari ini, ku keletihan. Disambut tuan Nasrul bergaduh dengan pintu pagar automatik rumahnya, hahaaa. Kalau boleh nak parking dalam pagar kerana hujan lebat namun tidak muat. Aku jumpa puan Ummi, pun sama-sama temanku seperti puan Ziha tadi, kitorang memang rapat waktu dahulu kerana kerap jumpa di majlis-majlis keramaian para suami. Baru dua tahun tidak berjumpa, dia menambah ahli baru lagi, lah! anak ke enamnya, berderet. Seronok berborak, sambil menjamah macaroni goreng. 

hampir nak serupa. masing-masing menua.

weols je yang macam dak sekolah. pipiku simpan macaroni, sampai kena gelak dengan Nurin, anak mereka sebaya dengan Auni. Tak menyempat dia nak ambil gambar kita pun.

Kami terus pulang ke rumah sebaik sahaja selesai beraya dengan tuan Nasrul dan puan Ummi. Ahad, hari untuk tuan suami pulang ke tempat kerjanya pula, huuu. Manakala, as a housemom kita bakal bersilat dengan normal routine, back to normal time. Semoga semuanya baik-baik sahaja, alhamdulillah. Sambung mendobi yang entah masuk hari keberapa, banyak betul. Sampai jumpa lagi, terima kasih kerana sudi membaca sehingga tamat, sama-sama kita raikan perbezaan Aidilfitri. 

Wednesday, 9 April 2025

Aidilfitri 5: Hari libur.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Libur? aku ikut terpempan membaca group wA keluarga besar tuan asben ni. Mereka hendak serang rumah kami, sabar-sabar dapur tu memang kosong tiada apa langsung. Terus aku mengajak tuan asben teman pergi beli barang dapur. Bila lagi nak dating kan? eheh! Tuan asben bawa ke Rosyam Mart, haaa ini ialah kali pertama aku bershopping barang dapur di Rosyam Mart. Aku lebih suka pasaraya SC (pasaraya biasa aku beli barang dapur) daripada Rosyam Mart, that's all. 

Cuma dari segi harga, Rosyam Mart jauh lebih murah. Tuan asben bawa juga ke kedai jajan viral, namun tiada apa yang beli kerana pekerja masih sibuk menyusun jajan di atas rak. Aku mengajaknya masuk kedai coklat bersebelahan, aku teringin benar nak makan coklat viral Tofiluk. Meh cari sekiranya ada. Bila dah peluk sekotak Tofiluk, tuan asben pula offer coklat/jajan lain. Eh? aku bukan apa, aku seram tengok harganya, memang tiada yang RM1 atau RM2, kebanyakannya atas RM10. Pening!

Balik sahaja beli barang dapur, aku bersilat membasuh tiga ekor ayam, dengan baju siap basuh berbakul tidak berjemur, mata aku jadi semak, aku suruh Auni jemur baju, Arrizqi mop lantai, Adli kemas di garaj dengan tuan asben. Selesai Auni jemur baju, dia kena mengupas bawang, kemas meja, keluar segala periuk belanga, mangkuk, cawan. Susun biskut dalam balangraya sedangkan aku fokus masak. Menu hari ini ialah bihun sup aci redah sahaja.

mama tanya, bihun sup siapa yang makan? siapa yang datang? dia ghisau betul anak pempuan dia, jika tetamu nak datang rumah, hiii. aku masuk dapur lepas nikah ye. aku memang tak pandai memasak, lagi-lagi banyak bahagiannya.

Selesai solat Jumaat, pakLan hanya ditemani anak-anaknya sampai dahulu, terkagum melihat rak buku tuan asben. Tidak habis persoalannya yang di jawab tuan asben satu persatu. Tidak lama kemudian mak Itam juga ditemani anak-anaknya pula sampai sebelum hujan turun dengan sangat lebat. Alhamdulillah, berulang-ulang mereka menjamu bihun sup air tangan orang yang tidak biasa masak bebanyak, huuuu!

nampak payung pakLan sahaja,

Husna, mak Itam, tuan asben dan Amin.

nampak kereta pakLan saja.

Hujan turun dengan sangat lebat, tidak sempat untuk aku mengambil gambar pakLan yang sudah berlari ke kereta. Mereka hendak ke rumah abang iparku di Rawang. MakUder yang merancang hendak ke rumahku juga sudah bergerak keluar dari rumah abang ipar. Tidak lama kereta pakLan dan makItam pergian, team makUder pula sampai. Sedang enak menjamu selera dengan guruh berdentum bagai, sebuah kereta muncul dihadapan pagar rumahku. Eh?

family makUder dan family abang ipar, Bob-Fiza.

Abang iparku datang sini, bukankah pakLan dan makItam ke rumah kamu? hah! pandai-pandailah. Aku setelkan rumahku sahaja, hahaa! misscomunication. Mereka berangkat pulang selepas Asar, melihatkan hujan juga sudah sedikit reda. Alhamdulillah, bihun sup ku habis semuanya. Terima kasih datang ke rumahku.

Yang aku cari-cari: RM28.80, sekelip mata lenyap. Sedap amat.

Yang dibelanja tuan asben: mahal nyah! takut tengok reganya RM49.90, pitam.

"ni coklat kunafa!" tuan asben nampak sewaktu hendak ke kaunter bayaran.
"mahalnyaaa" aku belek harga ada dua kotak berlainan saiz. Kecil sedikit RM29 something.
"ambillah satu, yang besar" aku terbayang yang di rumah, pun suka juga coklat ni tapiii ergh.
"kecik je la, mahal sangat" Syasya berbasa-basi. Aku kan dah dapat Tofiluk.
"ambil yang besar, abi belanja!" okey dah jangan buat tawaran lagi, aku ambil terus ke kaunter dengan senyuman sampai telinga. Dalam kereta juga aku buka Tofiluk makan berkongsi dengan tuan asben. Kita bikin romantik, argh tiberrrr!

Okey next chapter: sambung beraya. Daaaa!

Tuesday, 8 April 2025

Aidilfitri 4: Dari Johor ke Selangor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gerak pagi drag lepas Dhuha baru naik lebuhraya, outfit kita? ingat recycle semalam punya, tapi cam nak juga tema tanah. Selesai bermaafan dengan mamapapa kami bertolak pulang balik ke rumah sendiri, rindunya dengan rumah. Bila sudah bertolak pagi, jangkaan sampai waktu Zohor, tuan asben ajak menziarahi rumah pakciknya, pakLan di Rimbayu.

Tuan asben memang rajin berjalan menziarahi pakcik makcik sepupu dan teman-temannya selagi dia masih ada masa, lagi pula secara tidak langsung membawa isterinya kena angin luar rumah, jalan-jalan. Sampai rumah pakLan, ada dua lagi keluarga pakcik yang rupanya sedang menunggu kehadiran kami. PakLang dan PakTeh bersama anak menantu masing-masing. 
"pergi makan Syasya, kami dah nak gerak rumah makLong. Kami tunggu korang la ni". Kata makLang sebaik aku bersalaman dengannya. 
"pergi makan dulu, laki dengan anak ko semua dah ambil pinggan tu". Aku bangun ke meja buffet apabila nampak tuan asben sedang memilih menunya.
"makan, nanti kita ikut dorang beraya". tuan asben kembali duduk berborak dengan tiga orang pakciknya. Aku kembali mencari anak-anakku. Sambil makan kena interview, adeh! bila mak dengan anak nampak sebaya. Menu siklemak mak usu sangat sedap.

Hikmah rumah besar. Perempuan solat dalam bilik, privacy. Sibuk nak bela awning tudung.

Biasalah jika sudah huruhara, ramai pula penghuninya maka daripada lepas makan tadi boleh drag ke lepas Zohor, ahaaa Zohor lah dulu apabila pakLan sudah membentang sejadah di ruang tamu rumahnya. Ngajak berjemaah. Keluarga pakLang jalan dulu, diikuti keluarga pakTeh. Tuan asben follow pakLan, menuju Gombak rumah makLong. Kami sampai dahulu di rumah makLong.

Aku dah jumpa makLong dirumah abah pada 1 Syawal tempohari, cuma rumah makLong ni memang menjadi rutin wajib setiap kali balik dari Johor. Havoc sampai tak ingat nak bergambar. Menu kesukaan aku by makLong, lontong. Mula aku berkongsi dengan Adli, diakhiri dengan makan juga satu mangkuk penuh sayur, ahah!

Destinasi terakhir, rumah pakLang, Selayang. Bagi merehatkan perut, aku mengunyah seketui dua biskut raya buatan tangan makLang. MakLang dah canang biskut rayanya, maka kena makan. Lepas itu aku menghilang bersolat Asar, bertemankan makTeh. MakLang masih lagi tidak puas hati, berkali-kali dia mengajak aku makan, iya aku bangun juga mendengar menu makLang, lempeng kelapa. Alaaa nak ambil dua keping, perut aku penuh total. Aku makan lempeng kelapa dengan kari ayam pedas makLang, sampai bercawan-cawan aku minum air.

Hampir nak mirip tema rumah pakLang (berbaju melayu kuning), haih!

"kita balik rumah kan? dah takde beraya mana-mana lagi kan?" tanyaku pada tuan asben.
"iya, dah nak maghrib ni, esok kita rest." jawab tuan asben dan kami pulang ke rumah, home sweet home, yeay! Alhamdulillah, selesai sesi ziarah menziarahi untuk Syawal hari ke empat.

Esok kita rest, rest ke? tunggu...............

Aidilfitri 3 : Satu rumah saja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi Rabu yang sedikit tenang, hujan menyejuk bumi. Sesi menyelongkar bagasi mencari outfit senada. Again!!! hari ini bertema warna alam, semoga tidak sama dengan mana-mana dinding hendaknya. Program kita hari ini? ikut tok papa menziarahi kakaknya di Kota Tinggi, let's go. Macam biasa, emak siap awal menjadi terakhir keluar rumah, entah apa-apa. Walhal anak-anak sudah besar semuanya, nasib situ. 

Ok cun, tak sama dinding. 

Ali kata rumah tok Inin, dulu tok Inin ni makcik saudara terpaling berdekatan sekali, aku dan adik pernah ulangalik sekolah dari rumahnya sewaktu mama terlantar di hospital, masa getir tu tok papa cuci kasut aku dalam mesin basuh, sejak pada itu aku basuh kasut dalam mesin basuh, muahahaha! kenangan.

Aku bertemu juga dengan sepupu terpaling dekat antara adik beradiknya yang lain, Eddy. Duda anak satu, kitorang sama je rupa dan saiz masa kecil dahulu dan dewasa. Kata tok Inin, aku yang paling macam budak-budak, tidak berubah. Ergh sudah!

Balik sahaja rumah tok Inin sudah merangkak ke Zohor dan lapar, singgah mentapau ayam goreng bawa balik ke rumah, selesa sedikit makan bersama-sama.

Penuh meja tokmamapapa.

Bila masing-masing menua, rumah adalah syurga apatah lagi bila semua ahli keluarga kumpul bersama. Jika keluar ke mana-mana sekalipun, semuanya bagaikan tidak sabar hendak pulang ke rumah, hendak landing time depan tv sambil beraktiviti dengan keluarga. Adik dan keluarganya pulang ke rumah sendiri usai solat Isyak. Aku kembali mengemas bagasi untuk pulang ke Selangor pada hari Khamis sebagaimana persetujuan. Sekian hari ke-tiga Syawal. 

Aidilfitri: Dari Selangor ke Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku bangun awal dan bersiap, jika tiada yang memulakan pergerakan akan menjadi semakin berjeda. Ayuh! hari ini tema biru lagi, dengar khabar orang Johor hendak biru juga, tak mahu kalah. Disebabkan tiada gambar satu keluarga besar pada 1 Syawal, kita pakat bergambar pada pagi ini. Kaum isteri yang mana keluar lambat sedikit, perang dengan dapur. Kaum suami sibuk dengan kamera, kaum genz sibuk dengan backdrop. Yang mana hendak gerak jauh, keluar masuk mengemas bagasi dan menyusun barang dalam kontena. 


Tu diaaa, keluar sahaja semua keluarga, warna tema biru masih tidak lari, jika kak Dilla dengan Didi bertukar warna, aku pula ambil warna Mija dan Abah. Lawa tau. Masing-masing baju online dan kitarpakai je baju dalam kabinet. Kita pengguna berhemah.

Kesayangan. Sailormoon for abah.

PowerRangers for abah.

Matahari pagi bersinar awal, masing-masing bersurai selepas mengucapkan selamat tinggal, aku dan kak Dilla keluar sarang lebih dahulu menuju destinasi berasingan. Perjalanan balik Johor lancar sahaja, raya kedua sebagaimana lazimnya kami akan berkumpul dengan keluarga aku pula, bertemu di rumah nenek. Yang di rumah nenek sudah tidak keruan menunggu kepulangan orang Selangor tidak sampai tepat waktu. Walaupun lancar, kereta di lebuhraya sangat banyak.

Sampai sahaja di rumah nenek, majlis Hari Keluarga adik beradik mama sudah sampai ke penghujung. Jadi, aku hanya bersalam, beri duit raya dan makan sahaja. Alhamdulillah, all is well! Weldone.

Syasya big family, just this.

Tokpapa buat kelakar, katanya biru entah mana birunya tu kan, hahaaa!

Selesai berpamitan, kami singgah Arena, Ayer Hitam, misi mencari biksut raya dan kerepek. Rambang biji mata, aku beli empat tapawe biskut raya RM100 dan yang lain-lain dibelanja adik dan mama aku, semoga mereka selalu dimurah dan dipermudahkan rezekinya. Balik rumah mama, masing-masing mencari port dan part untuk berehat, maklumlah masing-masing sudah menua, aku sibuk dengan sesi mendobi.

Raya kedua selesai dengan sesi bermain bunga api, meraikan si Ali berumur tujuh tahun (anak bongsu adikku) cucu paling junior sekali yang berpuasa penuh, dia je la pun terpaling bongsu dan terpaling keletah sekali. Sekian cerita tema biru sekitar dua Syawal. See ya!

Monday, 7 April 2025

Aidilfitri 1446h- 2025: Turn Selangor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

aaagitu, blend in palette color.

mom and the kids.

family. tak lama lagi mak tenggelam.

daktiga, seb baik jumpa butang baju.

geng gocip: me (isteri anak ke 3), Auni, Mija (anak terbongsu), kak Dilla (anak pertama), Mira (anak ke 5) dan Wani (isteri kepada anak ke 4).
Persoalan: Adik beradik keberapa tiada dalam gambar?

Asal giliran Selangor je, ada entry. Kenapa? sebab bila di Selangor ni, aku termasuk orang penting dalam persiapan dan penyediaan menu pada satu Syawal, haaaa begitu. Di sebelah Johor, aku menjadi lebih penting, ok ada rezeki tahun depan kita sembang Johor, tahun lepas tiada entri Aidilfitri.

Dua hari sebelum Syawal kami bertolak balik kampung, jam 1.30pm bertolak, jam 2.45pm sampai di kampung, jalan lengang betul. Lebih lancar daripada hari tidak beraya, weih korang tersekat di skala jem tahap berapa? Menu berbuka petang itu adalah ayam goreng crispy, aku teringin betul. Itupun si Mija dan Auni pergi bazar belanja roti john, air kaler-kaler dan lain-lain lagi sampai penuh meja. Aktiviti malam itu, aku mengajak Mija iron baju raya, satu bagasi nyah! kita gosok semuanya malam esok kompem tak sempat.

Ahad, tuan asben memotong rumput, aku dengan Mija sempat lagi pergi shopping. Sampai dicari pak mertua aku tu, dia nak merebus ayam pencennya. Adeih! ghisau anak menantu tak balik-balik sebenarnya, haha. Hari terakhir berpuasa, aku, Mija dan daktiga berlengas di dapur, menyiapkan bahan-bahan untuk merendang, masak merah, laksa bagai. Alhamdulillah menu berbuka petang itu, ayam masak kurma dan chicken wrap, macam takde kena mengena dengan sibuk berlengas tadi.

Pagi Aidilfitri, aku sudah siap dengan baju raya kena tukar semula, berikutan ada menu belum setel. Acar timun dan nasi minyak baru nak beraksi. Aku hanya membantu Mira sahaja, dia mastechef. Dia sahaja yang baru pulang ke rumah abah. Adik beradik lain, tunggulah menjelang tengah hari Syawal nanti baru tiba. Lagipun adik-adik tuan asben ni, memang cekap di dapur, jadi kita serahkan pada yang pakar sahaja. Menu dan meja siap disusun tepat pada masa.

Syawal pertama, ke masjid, bermaafan dan ootd, mengejarkan si abah yang sibuk hendak menziarahi kubur dan akan kembali menjaga rumah, rumahnya bakal di serang saudara mara sekitarnya. Kami follow dengan kereta ke kubur, kubur arwah emak tuan asben dan kubur arwah umi Mija. Syok duduk family tuan asben ni, lengkap ada kakak, abang, adik pempuan dan adik lelaki. Di sini aku jadi makLang, di Johor aku jadi umiLong. Selepas ke kubur, kami beraya di rumah adik beradik arwah mak, mak Itam dan mak Anjang, sebelah menyebelah je rumahnya.

Dek keluar rumah pun dah lambat, matahari mencanak atas kepala, maka ayuhla pulang. Tidak larat rasanya hendak berjalan, tiba rumah abah kami stanby. Tahun ini meriah lain macam, saudara mara yang datang sampai parking kereta atas bukit dek tak muat halaman rumah abah, sibuknya anak menantu usah di kata. Entah macam mana, masing-masing terlena lepas Asar, sudah tak kisah kena gila ke apa, tau-tau terlelap ja. Adeih!

Menjelang malam sambung lagi beraya rumah saudara arwah umie pula, pun berdekatan situ sahaja. Layan makan sampai tak hingat esok hendak memulakan perjalanan jauh. Balik sahaja ke rumah abah, usai solat Isyak masing-masing cari port untuk tidur, aku suka sangat. Bilik penuh, ruang makan penuh, ruang tamu penuh, havoc.

Sekian Syawal pertama tema blue. Love sangat! Kalo dapat bergambar semua masa pagi raya tu memang lawa, family kak Dilla hitam, family Didi (baby blue) dan family Mira (cream navy blue). Bila sudah petang raya semuanya tukar outfit, terjun kolam. hahaaa!

Random Ramadhan 3.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita campak belakang sekejap tau, gambar je ni simpan buat kenangan.

Sabtu 22 Mac, hadir mesyuarat PIBG SMK daktiga.

Bawa  balik goodies dan hadiah cabutan bertuah.

Petang Sabtu, layan cari baju raya tuan asben dan daktiga, aku malas nak milih baju raya sendiri. Pakai apa yang ada je kekdahnya.

Menu yang kurasa meriah, walaupun tidak berapa menjadi janji ada rupa. Habis juga nasi seperiuk. 

Setelah berhari-hari Ramadhan mencari donat, akhirnya buat sendiri juga. Habis licin sampai tidak sempat nak berbahagi dengan jiran.

Di minta si Adli, apabila kakaknya keluar berbuka bersama kawan-kawan sekelasnya di luar. Jenuh emak nak membungkus, sudahnya letak je lah atas nasi janji looksalike.

Sesi mengemas dapur, bersih berkilat aku kerjakan. "Kenapa lapang sangat dapur tu? macam baru pindah rumah". Kata Adli. Aku rasa semak dengan wallpaper bagai, jadi aku nekad buang semua dan lap sahaja. Tuan asben ucap terima kasih. 

Sempat membeli baju untuk meja makan. Lawaw you! Shopee rm17. Sudah malas hendak ke kedai lagi. Masa untuk mengemas bagasi.

Jiran berbangsa cina belum pernah gagal berbahagi rasa kemeriahan Aidilfitri. Setiap tahun akan dapat hamper daripadanya. Tokey lori sampah kitarsemula. Eh, panggil apa lori yang biasanya angkut sampah besar-besar tu? haaa tu la namanya (malas nak Google).

Gambar terakhir hari terakhir persekolahan. Dengan daktiga bawa balik 7 tupperware berisi kurma sumbangan dari pihak sekolah. Sekian cerita langsam bulan Ramadhan 2025. Nanti kita sambung blogwalk okey. Sudah back to normal routine ni, leh cucun-cucun masa sikit. 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. LOVE!