Tuesday, 28 June 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana masih setia. Acceh.

Ahad lepas abi ajak jalan. Ye la, setelah air mata wife kesayangan dia ni gugur akibat ke'stress'an maksima. Gila cembeng, emo. Janji dapat jalankan? Macam biasa, dia tanya nak pergi mana. Dalam kepala rasa nak jejalan kat Taman Putrajaya tapiii hujan. Sudahnya, 'pergila mana pun, asalkan jangan balik rumah, jemu' boleh gitu? itula yang keluar daripada mulut aku. Ngeee.

The Mines, macam biasa. Bila lalu je bangunan shopping mall tu, ma'oiii baaanyaaaknyaaa kenderaan. Memang sah-sah tak boleh nak masuk. Abi terus ke Jusco Cheras Selatan. Sama juga, kenderaan sungguh banyak. Tapi aku memang suka Jusco tu sebab besar.

 Peringatan untuk umi, jangan boros.

Tak shopping sangat pun, aku belum gaji. Melayankan anak dara nan seorang itu bermain. Abi je yang shopping. Tapi dapat gakla baju untuk ''kembar'' aku yang mengembang dengan baik punya ni. Abi belanja. Hiii. Dia pun teruja ikut sama memilih.

Masuk Popular, aku hanya menjeling susunan novel yang bertingkat-tingkat. Gila banyak. Rambang mata nak memilihnyaaa. Huiii, sampai Oni pun tak mahu keluar daripada  situ. Huiii.

Tarikh hari ini aku bersanding, tiga tahun lepasla. Hiii, semalamkan hari ulangtahun perkahwinan aku pun membuat permintaan kek coklat, abi layankan je. Ikutkan dapatla pergi pasar malam setiap Isnin di Universiti tu, tapiii aku kelewatan. Ada benda urgent. Makanya abi je yang pergi.

Elok aku parking kereta, dia bersama anak daranya pun balik daripada pasar malam. Comelnyaaa Oni, hahaha. Puji anak sendiri. Rindu membuak-buak dengan dia. Tak ke mana-mana pun, menikmati kek blueberry daripada abi je. 'Errrmmmm dap' - kata Oni.

 Bluberry Secret Recipi.

Oh! ya, segmen review blog semalam, sudah habis ye. Bersambung untuk akan datang pula. Blog yang tak tersenarai, janganla berkecil hati pula. Aku pick-up blog mereka yang tersenarai sebagai pengomen tegar pada bulan Mei yang lalu. Insya-Allah nanti aku buat lagi. Maklumla, memetik kata mamaMikhail, nak review blog mesti berkenalan dan rapat dengan empunyanya sekali. Baru terasa dekat di hati, tak gitu?

Terima kasih kerana membaca.

12 comments:

eima said...

sama² sbb wat entry ...

mmg cembeng ... siap nangis sbb tak dpt jalan .. hahaha
kes pembawakan ke ni ...

Salina@IbuAqil said...

Cha!! Trliur akak tgk aiskrim 2 dik oiii.. Pandai oni menabung.. Aqil asal jumpa duit syiling dia mst kutip msk tabung.. Hatta duit syiling dlm beg ayah dia smua dikautnya!! Adoi!! Hihihi

Anonymous said...

selamat hari ulangtahun cha...moga kekal selamanya...


nak sikit blueberry kek!ngeeeeeeee

Anonymous said...

happy anniversary .. aduyaiiii sodap nye eskrem tu

Shiqa Nawar said...

oniii.. mintak umi belikan tabung lg besar yea.hehe

Jue said...

cha kak jue belum sempay beli barang nak kais cha tunggu dulah ye...

cik oni memang comel je terutama di mata kak jue...

♥SyilaSyira♥ said...

bila ngandung ni hormon sensitif pada tahap max..tu pasal cengeng jek..belum lagi klo nak makan sesuatu tak dapat ditunaikan..hihi

@e_da said...

bila stress tahap maksima mmg menangis la baru lega kan... tarikh cha sanding nampaknya boleh celebrate ngan tarikh birthday hubby akak... tarikh yg kita leh sama2 leh ingat

Unknown said...

kecik2 lg dah pandai menabung ye, bagus la dia hihihi...nway, happy anniversary yeh (^_^)suke blog ni kemas, and sgt suke mushroom itew ....

Farra Dhelina said...

woahhh rindu nk mkn kek SR!

eija_sweetmama said...

hehe..biasala tu kadang2 kita ni mmg emo..
eija ni mmg lg la jenis emo..huhu

ohh..rupenya anniversary cha pun bulan jun ye..happy anniversary cha..:))

ch@ said...

eima:
over sensitif kan? cepat je nak emo.

ibuAQiL:
gambar tu eksyen je, ssh sungguh nak snap gmbr dia yg btl2 cantik. masuk duit dlm tabung tu pun dh kena paksa skrg ni sbb dia lbh suka masuk mulut. kek SR.

pnCapa, zura:
t/kasih. korang ni boleh sangat kalau nak beli sendiri pun.

shiQa:
boleh, penuhkan yg tu dulu ye.

cikJue:
Ya Allah, takpe la cikJue. dah mcm terpaksa pula. kita mmg suka pergi blog cikJue tu.

syila:
ahaaa btlla, part mkn tu btl sensitif kalau tak ditunaikan. rasa mcm terukkan? haha.

kakEda:
ha'a. jatuh pd tarikh yg sama. kitakan mmg byk persamaan.

sweet umi:
hihiii.
t/kasih, jmput dtg lg ye, jgn jemu =)

farra:
sila mkn, ke sdg diet. ala rasa sikit je.

eija:
rasanya smua pempuan pun emo kot eija.
ha'a akhir Jun.