Huye, hujung minggu lepas yang cemerlang dan enjoy.
Jumaat malam sebelum rombongan tiba, aku ikut mrAbi pergi main futsal, konon datang menyokong la kan, tapi... bila dah jumpa regu, haha lain pulak jadinya, bergossip, makan-makan, melayan kerenah anak-anak, siap boleh berjualan langsung lagi.
Heaven sungguh borak-borak, ketawa-ketawa, sampai kaum suami habis main pun tak sedar. Kehkehkeh. Tak cukup masa wei, seronok bila sesekali berjumpa. Kecoh. Terima kasih pnUmmi, pnZiha (mommy to be) dan pnDahlia. Korang memang best.
cikNuyin dan cikOni Tepat 2 pagi baru rombongan tersebut sampai, sesat barat. Sampai kena berjemput kat Dataran Merdeka, mrAbi yang pergi menjemput, aku ngan cikOni dah membongkang tido. Hehe.
Kan aku kata, dorang tu hanya mau berjumpa dengan cikOni aje, mujur cikOni sudah peramah. Di rumah sendiri, diala otai. Cuba kat rumah orang lain, huuu umiii je.
Sabtu petang, ke rumah Sham Shafinas. Sah-sahla majlis dah habis sebab memang petang benar kami sampai. Balai pun dah angkat naik lori. Yang penting makan. Haha. Sorry la Sham, datang bawak bala tentera pula, secara autonya sesi suaikenal dua keluarga, tak pasal-pasal.
Puas merancang, hari pun mau hujan terus aje ke Mines Wonderland. Huuu... syok owh, berjalan sampai sakit kaki, paling seronok? cikOni laaa. Lepas je dapat berjalan sendiri, hah! menonong, tunduk je, tak ngisah orang kiri kanan.
Kita-kita ni la yang kena mengawasinya. Suka dia dapat berjalan dengan bebasnya. Bila orang lalu, orang cuit, bila orang lalu lagi, orang cubit, haaa tu la comel sangat. Mau orang tak geram.
melayan robot kucing yang dok mengiau-ngiau, sayang betul dia ngan kucing tu Bila dia dah betul-betul penat, memang tak mau berjalan langsung. Pulak tu yang jadi mangsa aku juga la, ooo pandai sungguh. Part kena dukung takmo mrAbi maaa. Huiii, dah la taff.
Ahad pagi, round Jalan TAR. Huyooo, rambang bijik mata. Sana nak beli, sini nak beli, apatah lagi ada orang offer pilihla nak yang mana papa bayar. Aiii, tak ke seronok? Tapi, aku... bukan sampai hati, paling-paling tak pun mintak mrAbi beli baju cikOni aje. Sudahnya pun papa juga yang bayar. Cucu kesayangan wei, mau taknya. cikOni la yang paling untung, dia la paling banyak bershopping. Huaaa...
Then, lepas makan tengah hari rombongan cikMama beransur pulang ke Johor. Sayu hati, rasa mau ikut balik. Hahaha, takde insiden touching ok.
Lepas je makan malam cikOni membongkang tido, keletihan. Dia la yang paling seronok, paling banyak berjalan, paling gembira, paling comel, paling sakan.
Huwaaa... really-really tired owh. Tapi, dek kerana gumbira semuanya bagaikan tak terasa, bahkan masa yang berlalu bagaikan tak mencukupi. Terbayang lagi akan rapatnya cikOni bersama tokPapanya. Dia memang suka tokPapa.
~)@ Oiii puasa sudah hampir tiba, tidak sabar aku mahu menyambutnya...