Thursday, 21 May 2026

Dari Mall ke Mahkamah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad 17.05.2026: Sunway Pyramid.

Tak menyudah menggalau, tidaklah. ihiks~ maklumlah sejak daktiga sudah membesar dorang memang bagi peluang umie abi dating. Lebih kurang jam 10am Ahad lepas weols keluar secara senyap untuk ke Sunway Pyramid. Atas urusan menyelesaikan masalah meng'claim' handphone percuma untuk Arrizqi di HQ Celcom.

Suka jalan-jalan mall awal pagi begini, tiada apa sangat yang dicari pun, cuci mata. Tuan asben bawa kelisa pakai baju sedondon. Aaaa syuka-syuka. Selesai urusan di Celcom, kita cari makan, teringin hendak makan pizza. Turun naik escalator, cari restoran pizza hut. 

piza love.

Terkenang dedolu, setiap kali gi dating wajiblah jalan dalam mall. Menonton wayang, makan, masuk kedai buku dan kedai cenderahati. Lepas tu lepak di lobi mall. Seronok jika ada event yang boleh masuk free jadi penonton. Boleh hafal setiap pelosok kedai dalam mall, pasal keluarnya pada setiap hujung minggu. 

Selesai makan, tapaukan kepsi untuk daktiga dan tuan asben pulang ke Melaka selepas waktu zohor. Sekian cerita hari Ahad, tiada moment touching sebab hari esoknya tuan asben sudah terpacak balik Selangor semula kerana kita perlu ke Mahkamah Syariah untuk tuntutan kemahuan tuan asben.


Selasa 19.05.2026: Mahkamah dan Mall.

Berderet hari gigih bangun solat malam, menenangkan hati yang berkecamuk dengan kes pertama kali dalam kehidupan begini, disaman untuk hadir ke mahkamah kerana membenarkan tuan asben dengan kemahuannya. Mengeluh? sayu? nangis? kecewa? sedih? once tekad sudah bulat, ajomlah~ cepat kita ikut kehendak maka cepatlah masa berlalu. Masa ni, aku tidak contact langsung dengan tunang tuan asben, weols sedang menguatkan hati masing-masing.

Kita pergi sebaik sahaja menghantar Auni ke sekolah, kerana masih awal cari kedai makan dahulu untuk bersarapan. Kedai mamak like always. Buntu. Buat pilihan pun tidak macam biasa, tuan asben sajes tosei kita dengar sekali lalu je, tak mahu breakfast sebenarnya, entah. Alih-alih order teh o suam dengan roti kosong. Dekat rumah si Syasya ni tidak pun minum teh o, ahahahaa pastu dok skodeng orang meja sebelah buka siklemak daun pisang. Nampak sedap, tuan asben suruh ambil dan makan, sedap. Sementara tuan asben makan roti telur dan kopi jantan lah sangat. 

Selesai makan, bermulalah episod mencari tandas. Payah benar bila datang darah gemuruh, mulalah shaking, seram sejuk, hendak muntah. Bila kali pertama, ke tempat yang kita tidak biasa, memang beginilah keadaannya. Ditenangkan oleh tuan asben, eh makin bergemuruh jadinya. Layan My Sticker Room sekejap bagi hilang. Selepas ke tandas di masjid berdekatan kita menuju mahkamah. Tuan asben masuk ke perkarangan mahkamah dan melayan isteri yang tidak kebah darah gemuruhnya, adeh.

At the end Nurul Akmal hantar sepotong doa, doa yang sama dibaca pada setiap sujud terakhir. Tuan asben menguruskan pendaftaran, kita berlegar disekeliling sebelum masuk menunggu. Melihat nama sendiri atas papan penyataan, hati berdetik why me mak, why me? huhuhuuu~

Selesai pendaftaran, kita berdua naik tangga ke dewan bicara terletak di tingkat satu. Sambil kaki melangkah dan doa yang tidak putus sambil kepala terbayang suasana dewan dalam drama Korea, andweeeeeaaaaa, I wanna dissappear! Kita diminta scan QR sebelum masuk ke dewan bicara. 

Sebaik sahaja masuk mata menerawang sekeliling, jantung makin tidak tentu arah lekas-lekas tuan asben suruh duduk. Dewan bicara ni bersaiz sederhana namun susun atur perabot dengan kandang saksi disaksi pula dengan peguam-peguam dan hadirin cukuplah buat jiwa cuak. Belum sempat habis meneliti suasana dewan, kes kita yang kedua dipanggil, eh? boleh balik awal ni. 

Kita duduk di salah satu meja panjang, berhadapan dengan tiga orang perempuan, yang seorang pegawai daftar dengan suara tegas, dua lagi pembantunya agak muda sedikit.
"puan Noorulsahida, sudah baca tuntutan suami tentang fail ni?" tanya yang tegas tadi sambil membelek fail kes.
"sudah" kita jawab sepatah sahaja sambil menunggu soalan seterusnya, ergh~
"puan setuju tanpa syarat? ada syarat lain hendak ditambah" tanyanya.
"iya setuju, tanpa syarat" kitanya memudahkan keadaan, ikutkan list panjang hendak kita ketengahkan. Lagipun kita dah baca segala tuntutan dalam fail kes tu, jenuh fahamkan term-term mujur bekas kerani guamankan, plaintif dan difendan, setuju lekas-lekas sebab hendak keluar lekas-lekas juga, aaaagitu. 
"bakal isteri masih ada bapa ke? dan bla-bla-bla" soalan selepas itu untuk tuan asben sahaja. Oooo ingat boleh terus nikah, tidak ye. Tidak semudah itu.  


Mahkamah Tinggi Syariah Daerah Gombak.

Baru bahagian pendaftaran kes belum bicara lagi, dek kerana dokumen tuan asben belum lengkap. Tarikh nikah terpaksa ditunda dan perlu dibicara depan hakim pula bersama dengan Nurul Fatehah sekali pada bulan Jun nanti. InShaaAllah everything will be okey. Siap semuanya, hari belum pun jam 11am. Ayuh kita ke mall, cakap sahaja hendak ke mana, kita terapi. Ajoms Paradigm Mall, KJ.

Masuk panggung wayang, layan movie Tarung, woooooo pelakonnya all time favourite weih, Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Bront Palarea dan lain-lain. Selesai layan movie kita ukur mall masuk kedai buku, kedai hiasan rumah dan balik rumah, menunggu Auni balik sekolah dibantu ambil oleh kakMidah dan bersilat di dapur sebelum keluar ambil Arrizqi yang ke sekolah bersama Fajjida tengah hari tadi. Sekian pengalaman ke mahkamah dengan 1001 rasa. Rasa penat tahap maksima, menua sungguh.


everyday in my planner. sebab beli pen baru, mata pen lama sudah hilang bentuknya.

Sekian kisah biasa untuk orang biasa-biasa sahaja. Sudah larut malam, Nurul Fatehah bertanya keadaan kita, kita okey je cuma keletihan luar biasa, untuk orang mental seperti kita ni, aktiviti di luar jangkauan akal memang memenatkan. Semoga semuanya baik-baik belaka. May ALLAH ease everything for me, for you dan for all.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

20 comments:

Suria Amanda said...

Seronoknya dapat layan movie Tarung! Barisan pelakon dia memang mantap, betul-betul boleh jadi terapi hilangkan penat. Kedai buku dengan kedai hiasan rumah pun memang 'port' wajib masuk kalau pergi mall, cuci mata pun dah rasa tenang. Semoga urusan Ch@ seterusnya dipermudahkan dan sentiasa bertenaga! Hugs for you.....

adnil linda said...

semoga dipermudah segala urusan..aamin

Roziah @ Cie said...

Tenang & kuatnya awak Cha….

Semoga yang baik2 mengiringi.

Mznimnwr said...

baiknya kak cha.. takde pun nak gaduh bercakar-cakar ke apa. semoga yg baik2 buat akak sekeluarga dan tetap bahagia mcm selalu <3

Ammi said...

Dalam merelakan perlu ada keikhlasan...semoga awak ikhlas ye dalam merelakan. Hugs for you Cha...

Anonymous said...

kuatnya kamu dik...semoga yang baik2 ja untuk kamu dan keluarga

ch@ said...

kakakSA: tapiii my amir ahnaf watak side ja. terima kasih kakSA, hugs~

ch@ said...

linda: klise ayat ni, amiin YRA. semoga saya kuat mcm power rangers, haaa guna ayat camni.

ch@ said...

cie: tak kuat gak, my body is shaking. tq cie 🤗

ch@ said...

mazni: ahahahaa benda boleh bincang mengapa mau bercakaran. suka ayat terakhir tu, doakan selalu tau.

ch@ said...

ammi: ikhlas tapi jauh, boleh tak gitu?

ch@ said...

anon: kakakkan ni? doakan selalu tau.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

cuma nak bilang, kakak hebat, sabaaar sangat... :) . Semoga diberi kekuatan lebih lagi , kesabaran dan pahala yg besar untuk kakak.. sejujurnya kak, saya pernah membayangkan jika saya di posisi kakak.. mungkin saat usia saya muda dulu, saya pasti memilih quit. tapi saat ini, saat saya berpikir banyaaaaak, ntah kenapa yg saya inginkan hanya ketenangan. jadi ntahlah, bisa jd sayapun akan berusaha sabar demi anak2 juga..

apapun, saya doakan yg terbaik untuk kak cha :)

ch@ said...

fanny: always leave komen mcm ni tau fann. suka sgt membacanya, rasa warm dan rasa tak bersalah dgn diri sendiri. keputusan berat, namun bila kita dah serah urusan pada ALLAH, jadi biar sahajalah.

SN Faaezahh said...

Semoga Cha dan keluarga kuat menghadapi ujian kalini. Ada hikmah besar Allah nak bagi. Keep tawakkal sayang. 💐

ch@ said...

faa: amiiin YRA, shukran faa 💞

Mulan said...

Allah sayang Cha tau. Doa kami semua, moga Cha sentiasa tabah, kuat, sabar dengan ujian/nikmat ini. Hugs and hugs. Take care & stay strong. 💕

ch@ said...

kak mulan: aaa terharunya. i just need hugs. thank you so much kak mulan.

Ako Retna said...

ya allah cha.. maaf sangat2 sebab kak ret baru je baca kisah cha arini. Yallah rasa nak peluk awak ketat ketat..
Tak terkata kita wak, sungguh awak memang kuat!!

Kak ret harap cha akan sentiasa happy walau apa jua yang bakal berlaku di kemudian hari ye..

hugs ketat ketat kat awak!!
if u need someone to kupi2, insyallah kita sentiasa ada..

kita kenal awal dari awak anak dara lagi, itu yg rs speechless sangat ;(

ch@ said...

kakRetna: huaaa~ love kakRetna. inshaaAllah i'll be okey. doakan yg baik2 ja.