Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pepagi lagi sudah buat aku baran, yang di rumah dakkutip berlarian sakan, bergurau sampai jatuh barang-barang atas meja. Bila keluar hantar Auni, menghadap pula pemandu kereta yang otaknya entah di mana, sibuk hendak berhimpit dengan kereta aku, potong barisan di trafik~lite. Memasing kereta sudah saiz peti ais, mujur tiada penumpang lain hari ini di tambah cuaca sejuk-sejuk dan hujan sedikit membuatkan aku rasa sabar Syasya, sabar. Ditambah lagi aku berpuasa, jadi kutahankan je la Jebat!
Siap housekeeping, bersih pasir kucing, panaskan kari petang semalam, aku mencari meja kerja. Kejap lagi hendak buat lempeng sahaja dicicah dengan kari untuk Adli dan Arrizqi makan sebelum ke sekolah. Mari kita mulakan aktiviti yang disukai sambil layan YouCast Podcast.
 |
Kosong-kosong~ |
 |
Aaaasyiap. Scene ni best, tapiii saiznya kecik sangat. |
 |
The base. |
 |
Suka sangat, sebab banyak buku. |
 |
Base. |
 |
Sangat mencabar, sederhana besar dan aku beli 3 scene daripada 4 scene dalam satu set sebab warna hijau. |
 |
Base. |
 |
Paling suka sebab besar dan mencabar. Cuma ada 2 scene dalam 1 set, aku dah beli dedua. Walaupun dedua bukan warna hijau. |
 |
Base. |
 |
Siap dalam masa tidak sampai sejam, saiz kecil sahaja. Kureng sikit. |
 |
Base. |
 |
Walaupun saiz sederhana, jadi syulit sebab semua kena tampal guna niat agak-agak walaupun ada gambar rujukan. |
 |
Base. |
 |
Entah berapa kali masuk dalam cart, rupanya aku dah siapkan pun, ketagihan dengan kehijauan. |
 |
Dalam sampul belakang tu, ada sebuah buku sticker, tengah dilema nak show-off atau tidak, sebab warnanya pink. Ergh! |
 |
Kecil je, siap tidak sampai sejam pun. |
Semua sticker scene ni aku dapatkan di tT shop. Kedai biasanya di enwei atau pun Itaco Sticker, sebelum kena sidai menunggu lama untuk sampai, kena sediakan stock awal-awal dahulu. Sekali beli memang habis dekat RM50.
 |
Last page biasanya memang ambil masa, jadi kita gulung dedaun pokok tu dulu sampai semua benda pun dah nampak hijau. Sudah setahun aku mengadap projek ni. |
 |
Green Tea favourite the most.
Me today, sedang menurunkan kemarahan. cik puan Mim, saya hijau hari ni. |
Semua PEMERHATI LINGKUNGAN buta warna, mereka melihat hijau di mana-mana!
Doa untuk Palestin
اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ
Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.
3 comments:
Cantiknyaaa....bila kosong xde pape..bila dah penuh cantik pula..focus betul cha buat ni...kalau kak SA x tau la sabar ke tak
mana dapat kesabaran nak tampal stiker2 kecik ni ek? kalau saya yg buat, half way pun dah stop agaknya.
tapi bila dah siap tu, tak nampak mcm stiker yg ditampal2 pun!
memang hari nie hijau je lah...kikiki...
sticker tu memang effect 3D, tapi dia masih sekeping je kan?
Post a Comment