Friday, 10 October 2025

Al Fatihah: Bila Hati Gundah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila hati gundah, baca Al Quran. Selesai aku khatam Al Quran entah kali keberapa, aku bertanya pada hati. Baca sahaja? fahamkah maksud setiap ayat yang dibaca? Apa yang hati dapat setelah khatam berkali-kali namun satu ayat pun tidak kau fahami? jika baca satu ayat tanpa difahami buat hatikau rasa tenang dan boleh bertenang, bagaimana perasaan membaca dengan memahami sekali? let's get the feeling.

Aku buka youtube, mencari tadabbur surah pertama Surah Al Fatihah daripada Ustaz Syaari Ab Rahman. Ayuh kita, hai ustaz salam perkenalan. Aku buka juga buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah tulisan oleh Ustazah Bushra binti Talib sebagai rujukan. 

Surah mengandungi 7 ayat makkiah yang dibaca berulang-ulang, walaupun bukan surah pertama diturunkan namun ia merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap dan disusun sebagai surah pertama dalam buku. Dinamakan Al Fatihah kerana merupakan surah pembuka kepada surah-surah dalam Al Quran, menjadi doa pembuka kerana terdapat doa dan ada adab berdoa di dalamnya.


Ayat 1 hingga 4 mengandungi puji-pujian, setiap kali hendak melakukan sesuatu hendaklah dimulakan dengan "Basmallah. Minta dikasihani untuk terus mendapat keberkatan atas hikmah setiap kejadian dan juga berterima kasih atas segala kenikmatan.
Ayat 5 hingga 7 mengandungi permohonan, meminta pertolongan daripadaNYA, agar hati sentiasa berada dalam kebaikan dan memelihara agar kita terhindar daripada kesesatan. 

Sumber: Di sebalik 114 nama-nama surah.

ALLAH swt dekat sangat dengan kita, ALLAH swt dengar dan menjawab setiap kali kita membaca Al-Fatihah. Kerana itulah surah Al Fatihah menjadi rukun wajib dalam ibadah solat lima waktu. Membaca Al Fatihah dengan penuh rukun dan tajwidnya. Semoga dapat manfaat daripada entri ni, hatiku terlalu meronta untuk berkongsi. Aku suka sangat tadabbur dengan Ustaz Syaari Ab  Rahman. 

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

2 comments:

adnil linda said...

Aamin..insyaAllah...nikmat yang paling besar apabila membaca Al-Quran dan memahami isinya..

Sueann said...

Bagusnya buku ni..mudah faham...nice sharing...terima kasih