Friday, 22 August 2025

Terapi: Jiwa kekanakku kembali.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti biasa, selepas meletakkan kereta aku menuju pejabat, kita masuk pejabat jam 6pm sampai anak-anak balik sekolah, hahaaa. Linda dan kakMidah ralit berborak itu dan ini, hari ini ada CheTa dan Nana sekali. Aku lebih tertarik dengan kad yang dipegang anak-anak Linda yang ikut sama berkumpul.

"weih, mana korang dapat ni?" tanyaku, Qisya, Qatrun, Qayla memandang tepat mukaku. 
"beli di kedai buku sekolah agama" jawab Qisya, memerhati aku membelek satu persatu kad stiker yang mereka mahu siapkan.
"belikan!!!, boleh? ada banyak jenis kan? berapa ringgit?" tanya aku tidak sabar.
"ada banyak, RM3 satu" aku hulur RM10 
"nah, belikan dua keping, lebih uols ambil, kita belanja" pintaku. Jiwaku meronta untuk punya yang sama juga, hahahaaa. Sungguh aku sudah letak dalam bakul di tT, hanya tinggal check-out sahaja. Bila sudah ada depan mata, apa ditunggu lagi. Ayuh!

Esoknya aku sabar menunggu Qisya macam biasa, seperti yang dijanjikan Qisya membelikan dua keping untuk aku, tamak. Aku tanya Qisya lagi, ada yang lain lagi tak? Qisya kata ada, baiklah nanti aku beli lagi buat koleksi dan Qisya membelikan aku dua keping yang berlainan. Aku bertanya lagi ada lagi ke selain yang kita dah beli? dan Qisya jawab ada banyak lagi kena pilih sambil dia tergelak tengok perangai aku.



Melihatkan aku bukan main lebar tersenyum senang hati, kakMidah dan Linda ikut membelek. 
"banyak betul masa Sya buat ni" suara kakMidah membelek 2nd batch stiker yang Qisya belikan.
"kalau kita yang buat, tak buat kerja lain nampaknya kak" sambut Linda. Mereka duduk berhadapan dengan aku.
"kalo kak yang buat, abang kak kata dah takde kerja, pasni Sya buat apa dengan benda ni?" tanya kakMidah.
"buat buku skrap" hehee, jawapan aku membuatkan Linda membalas pantas.
"buku skrap anak pun tak tertolong" 
"entahlah, tahap kerajinan Sya ni akak tabik betul" pujian dari kakMidah.
"kita buat time ada masa je pun, terapi.... suami kita kan jauh" jawabku sambil mengemas meja untuk menunggu Adli dan Arrizqi di kereta sahaja.
"iya jugalah kan." dan kami pun beredar untuk tutup pejabat.

Terjebak 2nd batch.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Linda, Fajjida dan kakMidah sedang membincangkan kerja sekolah rendah anak-anak yang diberi secara online. Aku merakam memori untuk mereka bertiga. 

Mereka bertiga ni sahabat aku paling dekat, senang diminta bantuan bila aku perlukan. Mereka datang macam the flash. Anak-anak kitorang sering balik bertukar-tukar kereta, kadang aku diminta Linda untuk ambil Qashreen yang sekelas dengan Auni, setiap hari Jumaat aku bawa anak kakMidah balik sekali, Fajjida sebaya dengan aku dan punya nurseri sendiri. Alhamdulillah.


For every minute you are angry you lose sixty seconds of happiness.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ All praises are for Allah in every condition.


26 comments:

Sueann said...

Sticker tu if dapat dekat anak2 saya merata - rata diorg lekat...alahai satu hal nak kena kutip...

adnil linda said...

Alhamdulillah, walaupun suami jauh, ada sahabat yang sentiasa bersama...
linda pun suka juga, tapi tak boleh tunjuk dekat kak M, nanti semua jadi dia punya.. hahaha

mama tisya said...

bdk2 skarang bab sticker laju mcm2 di beli....

Ana Jingga said...

good old days kan Cha, dulu zaman kak ana kanak-kanak pun ada koleksi sticker sayang nak buka simpan keping-keping dalam pencilbox, pas tu masuk zaman anak-anak pula masa depa kanak-kanak pun ada koleksi sticker yang jenis berkilat tu pula masih ada dalam kotak depa simpan walaupun masing-masing dah kerja laa nih..

Bola Katok said...

Sticker gini kalau wujud zaman dulu-dulu, mau habis satu perabot dan dinding saya kerjakan. 😄

ch@ said...

sisSueann: dahulu, kita suka belikan daktiga buku stiker, jadi dorang lekat di buku tu saja. Pernah, dorang lekat stiker didinding bilik penuh, bila nak cat semula memasing kena kikis sendiri, muahaha.

ch@ said...

adnil linda: ihiks, sebenarnya kita buat time nunggu daktiga bersiap ja, sambil nunggu masa nak ambil dorang balik.
auni tak ngisah sangat stiker gini, dia pun ada byk. kadang kita ambil dia punya, hahaaa.

ch@ said...

mama tisya: pantang duit poket ada lebih. kadang sanggup tak makan.

ch@ said...

kakAna: dulu2 punya stiker 2D je, pastu takde terfikir pula nak tampal merata sebab susah sangat nak beli or dapatkan. jadi, time menua ni kita main puas-puas. hahaaa...

ch@ said...

Bola Katok: suka ya main tampal-tampal. stiker yg di atas ni, dah ada tempat khas utk tampal siap diberi contohnya sekali, jadi jgn tampal merata nanti gambar jadi huru-hara.

Mznimnwr said...

cantik stiker ni, dia ada effect hologram/glitter gitu. kalau anak buah saya nampak ni, mmng kat semua tempat dia tampal hahaha

Ammi said...

"For every minute you are angry you lose sixty seconds of happiness"

tapi kadang2 berminit2 angrynya

ch@ said...

Mazni: stiker ni takleh tampal merata sebab dia da bagi tempat utk tampal stiker tu.

ch@ said...

Ammi: sabar ammi, sabar.

Amie said...

Bahagianya ada kawan baik!
Semoga persahabatan terus berkekalan.
Sekarang macam-macam jenis sticker. Dulu suka kumpul dan sayang sangat, sebab tak banyak pilihan.

Aphizha said...

Hihi..saya pun turut teruja juga. Kadang benda kita suka tu, seboleh-bolehnya kita nak juga. Seronok bila dapat. Memang betul-betul rajin sya ni. Terbaiklah.
Rezeki di kelilingi dengan mereka yang baik hati. Seronok berkawan macam tu.

emptyspace said...

Dah beli untuk rara..2 set..guna link yang kau share.. tapi aku tak tengok lagi rupa dia maca mana..

ch@ said...

sistaAmie: Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa sudi berkawan dgn saya. terima kasih doanya, doa buat akak juga okey.
haaakan, kita pun suka stiker lekat dalam planner.

ch@ said...

sistaAphizha: mereka mengubat rinduku yg melara. Alhamdulillah.

ch@ said...

emptyspace: mesti dia suka, dak2 tak kisah janji stiker. silap haribulan dgn kau sekali terjebak main sama.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Aiiiiiiiih kak cha, saya kalo lihat ini, langsung terbeli juga nampaknyaaaa 🤣🤣🤣🤣. Cantiiiik sangaaat. Apalagi kita bisa hias sesuka selera kita 😂😂. Dulu zaman kecil di sini ada mainan, semacam boneka kertas, yg bisa dipasangi baju Macam2. Ada tak di sana? Saya sukaaaa sangat. Mungkin kalau masih ada, akan saya beli lagi.

Yg masih sering saya mainin, sampai skr itu puzzle. Pernahkah rekor menyusun puzzle sebanyak 1000 keping. 🤣🤣🤣.

Trus saya beli lagi. Krn tak bisa selesai 1 malam, saya tinggal dulu. Esok pagi, nak menangis dah berantakan semua, dikacau kucing2 saya 😭😂😂😂. Akhirnya skr nih kalo beli puzzle, saya tak nak yg 1000 keping. 300 keping saja dah cukup 🤣

ch@ said...

fanny: faaaaaannnnn... akak suka puzzle juga. tapikan hari tu pindah sini asben tak kemas bawa akak punya puzzle, ada 1000, ada 500, ada 100kpg akak da tampal puzzle tu atas mounting board, memang nangiiiisss! iya boneka kertas tu pun ada, pernah main juga. masatu nak beli rasa mahal sangat, sampai buat sendiri. aaaa.... bestnya!

Mama Zharfan said...

yg penting happy!

ch@ said...

Mama Zharfan: yeay, itu sudah semestinya!

Suria Amanda said...

Ini kalau dapat kat anak buah akak si Opick ni..confirm focus dia buat

ch@ said...

kakSA: boleh beli kak, jadikan gift. kak pun leh join sekali.