Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seperti biasa, selepas meletakkan kereta aku menuju pejabat, kita masuk pejabat jam 6pm sampai anak-anak balik sekolah, hahaaa. Linda dan kakMidah ralit berborak itu dan ini, hari ini ada CheTa dan Nana sekali. Aku lebih tertarik dengan kad yang dipegang anak-anak Linda yang ikut sama berkumpul.
"weih, mana korang dapat ni?" tanyaku, Qisya, Qatrun, Qayla memandang tepat mukaku.
"beli di kedai buku sekolah agama" jawab Qisya, memerhati aku membelek satu persatu kad stiker yang mereka mahu siapkan.
"belikan!!!, boleh? ada banyak jenis kan? berapa ringgit?" tanya aku tidak sabar.
"ada banyak, RM3 satu" aku hulur RM10
"nah, belikan dua keping, lebih uols ambil, kita belanja" pintaku. Jiwaku meronta untuk punya yang sama juga, hahahaaa. Sungguh aku sudah letak dalam bakul di tT, hanya tinggal check-out sahaja. Bila sudah ada depan mata, apa ditunggu lagi. Ayuh!
Esoknya aku sabar menunggu Qisya macam biasa, seperti yang dijanjikan Qisya membelikan dua keping untuk aku, tamak. Aku tanya Qisya lagi, ada yang lain lagi tak? Qisya kata ada, baiklah nanti aku beli lagi buat koleksi dan Qisya membelikan aku dua keping yang berlainan. Aku bertanya lagi ada lagi ke selain yang kita dah beli? dan Qisya jawab ada banyak lagi kena pilih sambil dia tergelak tengok perangai aku.
Melihatkan aku bukan main lebar tersenyum senang hati, kakMidah dan Linda ikut membelek.
"banyak betul masa Sya buat ni" suara kakMidah membelek 2nd batch stiker yang Qisya belikan.
"kalau kita yang buat, tak buat kerja lain nampaknya kak" sambut Linda. Mereka duduk berhadapan dengan aku.
"kalo kak yang buat, abang kak kata dah takde kerja, pasni Sya buat apa dengan benda ni?" tanya kakMidah.
"buat buku skrap" hehee, jawapan aku membuatkan Linda membalas pantas.
"buku skrap anak pun tak tertolong"
"entahlah, tahap kerajinan Sya ni akak tabik betul" pujian dari kakMidah.
"kita buat time ada masa je pun, terapi.... suami kita kan jauh" jawabku sambil mengemas meja untuk menunggu Adli dan Arrizqi di kereta sahaja.
"iya jugalah kan." dan kami pun beredar untuk tutup pejabat.
![]() |
Terjebak 2nd batch. |
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
![]() |
Linda, Fajjida dan kakMidah sedang membincangkan kerja sekolah rendah anak-anak yang diberi secara online. Aku merakam memori untuk mereka bertiga. |
Mereka bertiga ni sahabat aku paling dekat, senang diminta bantuan bila aku perlukan. Mereka datang macam the flash. Anak-anak kitorang sering balik bertukar-tukar kereta, kadang aku diminta Linda untuk ambil Qashreen yang sekelas dengan Auni, setiap hari Jumaat aku bawa anak kakMidah balik sekali, Fajjida sebaya dengan aku dan punya nurseri sendiri. Alhamdulillah.
For every minute you are angry you lose sixty seconds of happiness.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
4 comments:
Sticker tu if dapat dekat anak2 saya merata - rata diorg lekat...alahai satu hal nak kena kutip...
Alhamdulillah, walaupun suami jauh, ada sahabat yang sentiasa bersama...
linda pun suka juga, tapi tak boleh tunjuk dekat kak M, nanti semua jadi dia punya.. hahaha
bdk2 skarang bab sticker laju mcm2 di beli....
good old days kan Cha, dulu zaman kak ana kanak-kanak pun ada koleksi sticker sayang nak buka simpan keping-keping dalam pencilbox, pas tu masuk zaman anak-anak pula masa depa kanak-kanak pun ada koleksi sticker yang jenis berkilat tu pula masih ada dalam kotak depa simpan walaupun masing-masing dah kerja laa nih..
Post a Comment