Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahun lepas, dalam pantang bersalinkan Adli. Tahun ini, pregnant lagi tapi gagah juga nak pergi Port Dickson. Tujuan, jumpa geng bergosip, PERKEP. Walhal sebelum-sebelum ini sudah berangan hendak support team abi masuk acara sukaneka mahupun apa-apa acara.
Biasala, kusangka panas hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari, tapi gerimis ni memang membawa rezeki tersendiri. Aku pregnant lagi, hari keluarga tahun ni, masih duduk ditepi sambil berborak mata mengawasi Auni dan Adli. Sesekali, abi bawa Auni dan Adli pergi di tengah padang. Berguling sakan anak beranak tu.
Auni sudah sedia berlari-lari dengan kawan-kawan yang menemani. Ramahnya dia membuatkan semua orang jadi sayang kepadanya. Apatah lagi, kepetahannya bercakap, tidak segan dengan orang dan suka buat hal sendiri menjadikan emak pun terlupa kepadanya seketika.
Anak abi tu memang mudah sungguh hendak dicam, walaupun dalam kumpulan merah jambu, aku pakaikan dia baju belang-belang daripada Cuties Gorgeous Collection sedondon brand dengan Adli.
Here we go, Auni dan kawan-kawan. Suka dengar dia berkata "umi... Auni suka kawan-kawan". Adam, Adli, Afrina, Marsya, Nurin, Naufal, Imani, Rania, Afi, Aiyla. Antara kawan-kawan Auni. Coming soon, her adik baby and baby mama papa angkat dia, pnDahlia :D
Abi dengan anak-anak kesayangan. Insan penyayang ni, memang suka anak-anak walaupun kerjanya serius dan mukanya sendiri ketat bagai hendak tangkap orang. But, I love him so so so much. Never ending gittu. Disebabkan aku tidak larat, tahun ini dia bekorban tidak masuk satu acara pun, kerana menjaga Adli dan Auni.
Walaupun Auni sibuk bermain, dia tidak lupa untuk tolong tengokkan Adli. Thanks Auni, thanks Adam.
Sebaik sahaja acara sukaneka tamat di padang dan selepas makan tengah hari, sebelum keduanya melelapkan mata abi lebih dahulu mengajak terjun kolam. Menginap di Tiara Beach Resort kali kedua menjadikan aku boleh hafal selok belok tempat tidurnya. Selesa, dan kami kongsi dengan satu lagi keluarga kawan abi.
See? Auni dah jadi itik sepanjang jalan ke kolam dia buat bunyi itik siap tangan mengepak-ngepak. Adli mamai sebab dia sudah tertidur, bila jejak air masing-masing lupa dunia, lupa diri. Kolam kanak-kanak tapi kena pantau juga. Yang aku tak paham tu, anak-anak aku ni suka benar panjat papan longsor untuk naik. Tengok je la Adli tu... mujur masih belum cekap tapi hampir juga hendak sampai atas.
Auni memang berani, tengah aku sibuk-sibuk dengan Adli dia mendahului ke kolam orang dewasa. Semua kolam hendak di cuba. Aku masik terkedek-kedek mengejar daripada belakang, dia sudah masuk ke tangga kolam. Bila bayangkan semula detik tu, memang mengecutkan urat darah emak. Dua orang budak terhegeh-hegeh hendak berenang selamatkan Auni yang sudah terkapai-kapai akibat kaki tidak sampai ke lantai.
Lambat benar budak itu hendak berenang, aku terus je masuk sambil dukung Adli. Lekas-lekas aku tarik Auni biar dia dapat bernafas, aku tarik je disebabkan tangan sebelah lagi mendukung Adli. Hish! suspen. Aku dudukkan dia di tepi kolam, tepuk-tepuk belakang dan dia muntah. Mujur tidak pengsan, pening juga aku hendak mengejar mencari abi. Jarak kolam abi bermain, dengan kolam dewasa tu menyeberangi satu lagi kolam kanak-kanak.
Sekali lagi berlaku, dia main sendiri-sendiri dekat dengan aku. Tengok abi ada dalam kolam, bermain dia test power juga. Tengok-tengok tersangkut kat tebing kolam, mungkin terasa kaki tak jejak lantai. Isteri bos kepada abi betul-betul depan Auni, dia duduk sahaja. Tak endah langsung pun, aku yang jauh sedikit ni terkejar-kejar mendapatkan dia yang dah tersangkut. Lambat sikit lagi, tangan dia licin dia jatuh jua ke kolam dewasa tu. Auni-Auni. Tiada istilah serik.
Bila acara malam, masing-masing sudah kepenatan. Masa untuk emak pula, berbual dengan kawan-kawan dan makan. Auni dan Adli keletihan, Auni lena dalam stroller, Adli lena atas kerusi. Adli tidur memang tidak sedar diri dia berada atas kerusi, bagai atas katil. Aku cuma jaga dia tidak tergolek jatuh sahaja.
Selesai makan, persembahan dan penyampaian hadiah, anak-anak pun ramai yang sudah tewas, balik apartment dengan hamper dan letih. Terus sahajalah mencari katil. Tengok-tengok, abi sudah hilang. Rupanya, dia sudah bangun awal-awal pagi lagi. Ada panggilan masuk.
Ini sahaja gambar emak yang ada. Comot lagi selebet di tengah panas :) Habis cair make-up. Dan mengabadikan gambar 4 ahli keluarga untuk kesekian kalinya... Tadaaa...
InsyaALLAH, tahun hadapan ruang kosong tu tiada :)
Nota hijau: Terima kasih kepada abi sebab beri peluang kami berseronok walaupun, insan paling letih dan tidak henti-henti mengemas adalah emak. Hahahaaa..