Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.

15 comments:

TS said...

xsabar nk tggu pix raye thn dpn plak..
bertambah sorang lg kan sis..hihi

ann @ hatiberbunga said...

la... ingatnya bila oni sebut "mama aantik.." tu, maksudnya mamanya cantik! ekekek..

nway, Selamat Hari Raya!!

zaidah said...

selamat hari raya cha...

puanstoberi said...

wah..pandai anyam ketupat ni. leh la akak tempah ketupat dari cha. hihi :D

Samat ari raya Cha :)

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah dpt puasa penuh...kak eina dpt 2/3 jer..huu~ takpe lah tahun lepas dh merasa puasa penuh..hee~

meriahnye raya eh..syok dpt balik kg...kak eina sempat sehari jer, apapun syukur..hee~

waah kakakOni sakan la bergaya ye, arif sehari beraya dgn baju melayu je, baju lelain masih tak pakai..huu~

nnti jemput2 dtg umah, tp kasitau awai, jngan men muncul depan pintu jer, kang takde kt umah kang..tak pepasal je..hee~

selamat hari raya~ ^_^

Farra Dhelina said...

selamat hari raya cha! :)

@e_da said...

akak tak sempat amik gambar sekeluarga.. sedih... pagi raya bz benar.. samala kita purple..

eija_sweetmama said...

rsnya thn ni ramai btol temanya purple kan..
eija tema biru turqoise..baju melayu abg n adik ada lari sikit..x sedondon sgt..sbb last minute shopping..hehee

cha..elokla dpt makan sepuas2nya..nnti time pantang xleh nak bedal jerk makan..

jemputla dtg umah eija..:)

eima said...

besh nye ade gambo raya sedondon...kami tak dak ...huhu
tak dak sape nk amik gambo ...huwaaaaaa

ch@ said...

IEYLA:
insyaALLAH sekiranya masih berblogging, takut dah tak cukup tangan nak update blog :)

KAK ANN:
hahaaa, kadang2 perasan mcm tu gak, tapi dia lbh menyatakan baju dia la biasanya.

KAK ZAIDAH:
u too kak, happy hari raya.

KEKDA:
bolehla, asal buat jadi ketupat bawang, ketupat lain pandai juga tapi nak kena belajar lagi. tak ingat2.

MAMA LIEYNA:
takpe, puasa tak penuh bersebab kak. tak boleh nak paksa diri sangat.
alhamdulillah, setiap tahun kalau tak meriah pun, cuba gak meriahkan. hari raya utk kita senyum sampai telinga.
itu la pasal, baju dia mcm2 jns, paksu dia lagi belikan.
ok kak, insyaALLAH skrg ni mcm tak m'izinkan je.

FARRA:
Selamat Hari Raya, Farra.

KAK EDA:
uiii itu agenda wajib di pagi raya kak. mesti ada gambar raya family walaupun di rumah mertua. masing2 kaki bergambar :p

ch@ said...

EIJA:
kita mmg dah prepare lama dah. hahaaa. thn depan nak siapkan awal2.
betulla tu eija, ngeri gak nak beraya time sarat2 ni.
insyaALLAH.

EIMA:
kitorang pakai kamera biasa je eima, letak stand bawah dia. takde DSLR de pun. kalau tak pun lapik buku tebal2.

yantisa said...

mak buyung tetap anggun di pagi raya . kami pulak tahun ni tema biru .. tahun depan rasanya pink belacan kot .

ch@ said...

KAK YANTI:
anggun eh, t/kasih kak.
pink belacan? erm, menarik. wah! kakYanti dah fikir tahun depan, advance.

Mama Gee said...

samalah kita pepel tawun ni...dah 2 tawun pepel...thn dpn br tukarrrrrrrr

ch@ said...

mama gee:
kita serupaaa.