Tuesday, 21 June 2011

Mama yang manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebaik sahaja abi pulang daripada Ipoh, dia berhasrat nak balik kampung halamannya. Ahaaa, ini peluang baik untuk pergi ke rumah Eija. Aku ni simpan hasrat je, tapiii tak menjadi-jadi kenyataan. Selepas aku menghantar pesanan ringkas berbaur sedikit berjauh hati, dia ok je menunaikan hasrat aku.

Lepas makan tengah hari, siap aku berkemas lelebih kurang, kita pun bertolak. Dia menyuruh aku menelefon Eija, gara-gara agak was-was akan kedudukan rumah Eija. Then, selaku GPRS setiap butir bicara Eija, aku ulang cakap pada dia. 

Alaaa kalau dah memang orang kampung sana, bak kata Eija sendiri 'dia mesti tau punya' sekejap je dapat cari walaupun rumahnya terpelosok jauh. Pertama kali menatap orang bernama Eija ni, dia memang sweet sampai tak sedar aku kata dia comelnyaaa. Patut ZiQri yang dapat comel tu, ini mak ZiQri pula yang dapat. Hahaa.

Kami suka berlaga cakap. Dua-dua nak bercerita, rasa macam tak cukup masa je. Sempat la anak dara aku tu, tengok mmmbeeekkk, tengok aaaauuuu, tumpahkan air, panjat sana, tonggeng sini kat rumah tu.

Gambar fail: Aku dan Eija. Pandai ZiQri posing, Oni? rambutmu masuk lubang hidung umilaaa.

Menatap wajah little zaQuan sebijik. ZaQuannya pergi ikut papa dia tournament bowling. Buah mangga yang Eija hidangkan sampai hari ni aku terbayang. Sedap dan manis. Aku rasa dalam rumah mak Eija tu semuanya sweet-sweet. Hehehe. Terima kasih Eija. Layananmu meninggalkan kesan kepada diriku ini.

Lepas balik daripada rumah Eija terus aku balik batu 19, melepaskan hajat si Oni mandi sungai belakang rumah makcik abi. Tujuan abi tu mandi sungai, dia nak kumpul batu sungai, nak tangguk udang or ikan letak dalam aquarium dia. Hrmmm, minat datang tiba-tiba, layankan aja.

Seawal pagi Ahad, abah sekeluarga ke Gopeng, Perak. Menghantar adik lelaki abi berkursus di sana. Kita semua pulang ke KL awal daripada biasa sebab abi nak masuk kerja. Sekian laporan waktu cuti minggu ini. Hiii. Daaa.
Eija, kawan maya pertama aku jumpa. Pertemuan blogger pertama la kiranya. Huhuuu.

17 comments:

Anonymous said...

mari jumpa dgn ku plak..hehehe....tp jgn cakap saya gemuk..hahaha

eima said...

wahhhh ...
beshnye....

Farra Dhelina said...

bila lak blh jumpa kan :-) heeee

♥SyilaSyira♥ said...

bestnya..bila pula syila nak jumpa ngan cha pula...hihihi

Shima911 said...

kak ct memang seorg yg sweeettttt....

Anonymous said...

kalau dh smp ke umh eija, aci je smp ke rumah kite plak ye

Izan Ishak said...

dua2 pun cute je...bilalah agaknya kak izan pulak nak jumpa cha plak~

dilazfamily said...

so sweet, nak jumpa ngan cha jugalah. hehehe

eija_sweetmama said...

singgah baca n3 versi cha pulak..

adeii..mane ade sweet..pucat ada la..

hehhee..tang tumpahkan air tu biasala bdk2..itu blom cik oni jumpa zaquan lagi..kalau x mesti lg riuh...bkn stakat panjat lg dh..abis skill dia tunjukkan nanti..

anyway thanks cha sbb sudi dtg mlwt kami..:))

samala kita ye..kwn alam maya pertama jumpa.

ch@ said...

pnCapa:
gemuk itu cantik. jgn risau pnCapa. kita berkawan bkn kerana saiz. berkawan dgn hati baru kekal.

eima:
bila aku round putrajaya aku rodger kau eh, kita jmpa nnt.

farra:
biasanya abi suka jln, time raya farra. satu KL dia pusing cari kawan2.

syila:
wahhh, syila punya turn kena tunggu kita pi sana la. hihiii. one fine day, kita akan jumpa secara tidak sengaja.

mamatunnursafiya:
ooo panggil kak ct eh, kita suka panggil dia eija. manja sikit bunyinya.

zura:
haaa insya-Allah zura. nnt kita cari masa k.

kakIzan:
kakIzan di Batu Pahat ye? insya-Allah, kita kan org Johor juga ;)

dilaz:
jemput datang rumah Dila ;)

eija:
takde halla. sekali jalan. kita ok je. oni mmg mcm tu, nnt dtg lagi skali boleh main dgn zaQuan, abi pun boleh borak dgn hubby eija.

zaidah said...

agaknyer klu cha berpantang kat johor bleh jumpa tak....hehehe

@e_da said...

ala jelesnya kamu berdua sudah ketemuan.. kurus dah eija... malu la nak jumpa cha.. akak mu ini gumuk.. hihi..

oni kamu sudah susut la tp tetap comel...

♥SyilaSyira♥ said...

One day insyaallah kita akan berjumpa kan...Amin...

ch@ said...

kakZaidah:
mmg kita berpantang di Jhr. Kota Tinggi. Datangla kak. Boleh sangat2.

kakEida:
ha'a, jmpa sbb rmh mak eija satu laluan dgn kampung abi. nnt ada masa kita pergi rmh akak pula, tapi tu la time cuti akak selalu keluar, takpun kita jmpa je kt luar. gemuk kurus tu belakang kira. bersahabat tak kira saiz kak, yg penting serasi.

syila:
amin. mana tau, kenduri kawen adik saya dpt orang sana, cewah. bolehla syila datang.

Jue said...

seronoknya dapat jumpa kawan2....

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya bertemu blogger, bila plak kita nak berjumpa ek?

ch@ said...

cikJue:
ingat nanti nak jln putrajaya, boleh jmpa cikJue, jumpa eima. rasanya ramai yg ada di putrajaya sana tu.

anje:
ha'a kan anje. tapiii, kita malula nak jmpa anje. hihiii.