Wednesday, 18 May 2011

Terima kasih mama, terima kasih papa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Haiii, macam mana cuti? Aku baru naik kerja. Hihiii.

Cuti kali ni aku habiskan di Johor. Jumaat malam bertolak. Sampai di sana lewat malam, perjalanan yang tidak berhenti. Terus menuju destinasi.

Sabtu, sepanjang hari melepak dan melayan mata di rumah sahaja, menghabiskan masa melayan Oni dan tengok TV, rumah tok mama jangan di kata la, haru. Tunggang langgang. Syoknyaaa tidur.

Ahad, tujuan mencari baju Melayu raya. Khas untuk mrABi, papa sendiri dan Moiz. Yey, ke Giant Plentong, JB. Papa tak ikut tapi sponsor. Nagoya textile menjadi pilihan. Rambang gila biji mata aku, dapat juga aku dan mama sepasang kain pasang. Hihiii.

Balik Giant, harus singgah bandar Kota, misi kali ni mencari kek dan membeli KFC bucket. Nak celebrate birthday aku dan Moiz. Eh-eh? terbeli sepasang baju kurunglah. Opsss. Siang makan KFC, malam makan KFC. Aku je cari menu lain. Kekenyangan.

Celebrate kecil-kecilan, memuaskan hati papa. Orang tua tu memang ingat akan anak-anaknya.

Isnin, orang dah sibuk naik kerja aku terus bercuti. Hahaaa, awal-awal pagi dah bau aroma nasi lemak. Destinasi hari ini, tepian pantai. Ceh, konon. Dah berapa kali balik tak pergi-pergi. Konon nak bawa Oni main pasir. Tak sempat keluar rumah, hujan dah turun. Sibuk berteka-teki, pergi juga melepaskan hajat tokMama.

Ke Tanjung Balau, sunyi. Ye la, bukan hari bercuti. Barula betul-betul nampak lautan luas memandang. Moiz yang bawa Oni berjalan ke gigi air. Sebab aku nak bawa dia, punya la jauh air dengan pantai. Air tak pasang. Terkedek-kedek dia berjalan memijak pasir meninggalkan tapak kakinya. Comel.

Balik pantai, sekali lagi. Harus singgah di Bandar Kota Tinggi, tokMama nak beli basikal Oni. Tak sudah-sudah. Kedai yang sama semasa membeli kereta Batman pinknya. Kali ni basikal roda empat berwarna oren menjadi pilihan, tak sabar-sabar. Aku mencari sepasang kasut.

Sampai rumah, bila dia dengar tokPapa balik je, dia berlari ke pintu terus tunjuk basikal oren. Alahai Oni, semua dia nak tayang, semua dia nak cerita dengan tokPapa dia. Kepoh.


Selasa, back to KL. Habis sudah hampir seminggu aku di Johor. Seronok. Bila kemas-kemas barang nak balik, mama keluarkan set pinggan mangkuk yang dia beli untuk aku. Laaa, aku bagi duit kocek pada dia, dia belikan aku hadiah pula. Itula mak kan?

Siap dibuatkan langsir untuk rumah aku, aduhaiii. Naik segan aku dibuatnya, tapiii dah dia yang nak buatkan aku terima je la. Kikiii. Rezeki.
Dah besar, dah berkeluarga, dah berkerja, bila mama papa bagi something yang tak dijangka macam ni, rasa segan semacam, tapiii bila fikir semula, siapa lagi diorang nak bagi kalau tak anak sendiri. Makanya, terima sahaja dengan rela hati. Katanya, dia gembira bila tengok anak cucu menantu gembira. Gembirakan hati orang tua itu adalah terapi.
Terima kasih mama, terima kasih papa. 

Nota: Lain-lain gambar ada dalam kamera Moiz, kenala tunggu dia transfer. Ampun-ampun.

13 comments:

♥SyilaSyira♥ said...

cantikla pinggan tu...bertuahnya cha...Kasih seorang ibu kan...

Mama Kembar Tiga said...

camtu lah mak bapak, anak dah besar panjang beranak pinak pun tetap ditatang cam minyak yang penuh. beruntung cha dpt parents camtu :-)

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

tol tu, mak tak pernah lupa anak setiap kali ape yg mak buat, sama cam mama kita gak, kalo beli untuk dia mesti belikan untuk kita jugak

dilazfamily said...

seronok yer.teringat pada arwah emak dilaz lak.
balik johor tak ajak pun, boleh ikut sekali.huhuhu

@e_da said...

penuh terisi masa kat kampung kan.. sangat happy bila berama kuarga..

amboi lawo pinggan makin selera la makan.. ehheheh

eima said...

vantage ??
wahhh ...suka kan .. klu family kite amik berat cam tu ...

Shiqa Nawar said...

akak, cantek nya pinggan tuuu.. best ny mak ayah kan? tetap ingat kat anak2 dia walaupun dah berkeluarga...

zaidah said...

ORANG KOTA RUPANYER CHA NIE.....MESTI SERONOK BERCUTI BALIK KAMPUNG....LELAGI ONI DAPAT BSIKAL BARU....SELAMAT MENGAYUH ONI

:: Mrs.SyahNia :: said...

rindunye ingin kembali ke kota tggi tu.. ;)

mak ayh mmg slalu ingtkn anak2nya
rasa bahagia sgt bila kita
sbgai anak dpt gmbirakn mereka
if bw jalan2 pun..

Jue said...

betul setuju dengan cha...malu segan semua ade...tapi kalau tak kasi kat anak2 nak kasi sapa lagi....

pantai tanjung balai tu cik jue pernah pergi sebab umah mak mertua cik jue kat desaru....

ch@ said...

syila:
hihiii, actually kita kurang suka bunga-bunga ni, tapiii orang tersayang dah bagi, terima dgn seikhlas hatinya.

kakNani:
adik beradik 2 orang je kak, masing2 manja lagi. parent rasa dia masih belum betul2 percaya nak lepaskan anak2 dia.

anje:
kita serupa. esok2 kita pula turunkan sifat tu kpd anak2 kan?

dila:
hiii. ingat nak buat entry hari tu, tapikan blogspot tgh upgrade. takpe sedekah al-Fatihah utk mak dila.

kakEida:
tak terisi pun, terasa terisi masa yg berlalu tu. hahaaa, letak sambal belacan campur pelam, pergh rasa nak jilat pinggan skali.

eima:
ye ke vantage ni? kita bukan reti. set ni sama dgn dia, murah. tu yg dia borong sesuka hati.

shiQa:
betul-betul.

kakZaidah:
ha'a orang Kota Tinggi, kita lahir di Hospital Batu Pahat tu. haha, suka benar dia dgn basikal oren tu.

ain:
betul, dorang tu cukupla kita balik jengah bawak diri, bawak cucu dia. mereka dah cukup suka.

cikJue:
dah seharusnya la cikJue, kan ke kena lalu Balau dulu baru jumpa Desaru. Batu Layar tu tempat cousin kita. kita sekapal juga la kiranya.

mamaarifakeemaisy said...

ch@ ! isnin g tanjung balau ke?..yg dkt dgn desaru tu?..eh rasanya kak eina di lokasi yg sama, tnjg balau..eh tiba2 ingt2 lupa lokasinya..eh mmg tnjg balau lah! ch@ g kul bape?..kak eina sampai sana around 10am itu rasanya...siap berBBQ...huu~ tak ramai org pun, eh camna tak perasan ch@ ni?..hu~

ch@ said...

kakIeyna:
kita pergi dah petang kak, akak dah balik pun agaknya. kita duduk port kat area lot parking je sebab air laut surut sudah.