Thursday, 19 May 2011

Menyelongkar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, biasanya orang lepas bersalin selongkar almari cari baju yang masih muat dipakai. Tapiii, kali ini terbalik, aku menyelongkar mencari baju yang boleh dipakai ketika mengandung.

Ngehehe, betulla aku memang dah terlupa bahawa aku memang ada baju khas untuk dipakai ketika mengandung. Brand Scarlet, JJ.

Teringat ada coklat tua, gali-gali, selongkar-selongkar, jumpa pula coklat muda punya sekali. Tak payah beli, masih baru.


Baju mengandung aku memang tak banyak, sebab baju masa aku tak mengandung pun boleh dipakai ketika mengandung, sekarangkan memang dah trend. Tambah-tambah, sampai aku bersalin aku masih muat memakai baju kurung.

Esok-esok dah habis pakai, simpan lagi. Eh? ada lagi ke akan datang? heheee sabar-sabar.

Balik  Johor hari tu pun konon nak cari jubah untuk dipakai masa raya nanti, malangnya semua saiz besar, badan aku ni kecil benar ke? susah cari saiz yang betul-betul cun. Nak tempah, alahai kemalasan tahap maksima. So, raya tahun ni sama je la dengan raya tahun lepas. Beli baju siap. Pssst aku boleh muat size S lagi le. Wiii.
Makanya boleh la aku melaram ketika aku mengandung pada kali ini.

8 comments:

eima said...

seb baik bj kurung masih bleh muat .. cuma bj jalan je dah muat...huhu

nk kena pi cari la ni ... nk yg baru gak ...

Jue said...

gali2 jumpa baju cantik ye...kalau kak jue..mesti kena beli baju baru sebab baju ngandung kat farisyah dah tak de...design lama pulak tue...

mamaarifakeemaisy said...

huu~ untung org kecik..hee~ kak eina last peknen dak arif, masa bape bulan eh, awal2 lg, dah kena berjubah je, perut beso..kejap je bleh pakai baju kurung,,hu~ tp dl byk pinjam baju akak, tp taun ni, nmpk gaya kena soping baju peknen byk sket la..huu~ tp bukanla skrg, skrg tak nmpk laeii..hehe..

ooh raya nnti perut tak besar lg kot..ngee..

@e_da said...

bertuah badan kecik senang nak pakai apapun.. takyah beli baju ngandung pun takpe.. ehheheh

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya leh pakai baju sampai perut besaq, cha tecik moelk je sure muatn punyer, kita punyer baju preggy pun tak banyak

rasp said...

bertuah tul u sis...
akak mmg kagum dgn org2 cam u sis...
body maintain je walopun preggy...
nanti lepas bersalin...
senang nak slim down :)

ch@ said...

eima:
kau pun kurus macam aku gak. hahaaa. aku mmg takde istilah baju jalan ke, baju kerja ke, semua aku bantai sama rata. hahaaa.

cikJue:
ooo cikJue nak pakai design baru eh? sekarang ni dah banyak jual cikJue. baju orang tak mengandung tapiii orang mengandung pun boleh pakai. cantik2.

kakIeyna:
huuu, kita harap Raya nanti perut tak besar sangatla, sebab sayang baju kurung banyak yg masih baru sekali pakai. ada yg belum pun pakai lagi.

kakEida:
tak untungnya, tak rasa la nak beli baju baru. hahaaa.

anje:
ha'a anje, tak berapa nak mengembang sangat. tah nak buat cemana lagi nak menampakkan gaya mak-mak. asyik la orang tanya bila nak habis belajar.

rasp:
keturunan pun ye juga kot kak, sebab mama kita lepas anak dua badan dia naik, tapi papa kita mmg statik kecik je.

Unknown said...

wah! dah sarat mgandung pn blh pakai baju kurung, ini dah bagus! jimat..jimat..hehe

Klu sy masuk 5 bulan dah ketat semua baju, mmg kn pakai baju preggy...hehe

*baju coklat muda tu cam sy pun sama brand..heh