Thursday, 12 May 2011

Hari mcD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak mcD mengeluarkan gelas cantik tu, setiap hari Khamis kawan teman makan aku aka geng tapau aka boss booking aku, dia nak dua set setiap kali cawan tu keluar. Makanya aku menjadi mangsa. Aku takde hal, cumanya terasa macam orang kaya pula setiap minggu makan mcD. Hahaha. 

Selagi minggu gelas mcD tak habis, kira aku ishtihar la hari Khamis adalah hari mcD. Lagipun, mcD dengan tempat kerja aku ni memang sekangkang kera je, demi koleksi gelas dia tu dia sanggup pergi tapau mcD seorang diri tanpa mengajak aku. Aku pun memang malas nak keluar berpanas :p

Warna hijau kat hujung sekali, macam takkan dapat je. Hahaaa. Link gelas mcD, siap ada tarikh lagi.

Ok habis cerita mcD, mesti perut aku penuh tahap gaban hari ni. Sebagai back-up aku belila kuey tiow goreng setengah polisterin tadi, bila aku beli full tak berapa nak sedap, bila aku beli setengah, he'e apasal rasanya sedap semacam dan terasa tak cukup je ni. Takpe-takpe tunggu mcD lunch nanti. Haha.

Then, pagi tadi mrABi aku hantar, merempit. Pukul 8pagi daripada rumah, 20minit kemudian aku dan sampai depan opis. Kalau aku drive? 45minit lepas tu pun aku belum sampai, hahaaa. Jammed maaa, kereta dah mula banyak. mrABi nak pergi hantar Waja ke service, esokkan nak jalan jauh. Ada harapan balik kampung dengan Waja. Naik kelisa sporty dia tu, aduh rasa mau pecah tulang punggung aku.

Naik motor sungguh seronok, celah sana-celah sini dan dapat duduk depan sekali kat traffic light, berpeluang aku dengar pakcik polis traffik tiup wisel secara jelas terang dan nyata. Motif? takde apa, hiburan semata-mata. 

Tepat 8.30pg aku dah pun mengadap facebook, melawat kebun. Hahaaa.
Maaf ye, aku pasang lagu kat blog, hihiii. Nak cuba test je, rasa feeling sikit. Kalau keberatan nak dengar, pandai-pandaila berdikari. Buat apa yang patut =)

10 comments:

Izan Ishak said...

gelas mcD tu kebetulan ada sebijik kat umah ni. itupun kebetulan kawan en hubby yg bagi. kitorang bukan pengumpul tegarlah pulak wpun rasa cam nak kumpul je

merempit? seronok tu cha. sejuk je kan~ kak izan kalau nak merempit...sorang2 jelah jawabnya... hehe

@e_da said...

ala chaaa akak terlepas yg purple ni.. takpela yg penting akak tunggu hijau... harini warna apa ya.. wohh nak g tgk website la.. hehehhe

hoyeaaa esok jumaat

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

dah banyak kali koemn ni tenet slow tol la, kita suka cawan tu tapi la ni tengah puasa MCD la...hu..hu..

eima said...

tingat gelas mcd world cup ... mana tah pegi..aku rasa dah pecah.. tak dak dah kat umah

puanstoberi said...

oh. ptt bkk blog ni diserikan dgn lagu. huhu.

Mggu ni kaler apa eh? tp akak target purple n pink je.
Purple last week da beli.
Tggu pink plak. huhu.

Rohani Hashim said...

cha, gelas mcd tu nampak menarik jer.hany pun teringin jer...hihihi

:: Mrs.SyahNia :: said...

mcd mmg sodap..
tak muak mkn byk kali pun..haha

Shiqa Nawar said...

wah wah lama2 leh jadi tauke gelas mekdi kalau macm tu akak. shiqa x p lg mekdi.. nak p ngan akak.. leh x..

Izan Ishak said...

hi cha...

jom tgk... result Dairiummi GA dah keluar!

ch@ said...

ain:
akak jemu la ain kalau kerap sangat makan.

shiQa:
hahaaa, akak pun tak pergi shiQa, bos akak tu je yg excited. boleh nak pergi dgn akak, heheee.

kakIzan:
t/kasih kakIzan, siap datang beritahu lagi. kita menang =) terharuuu dan terujaaa.