Monday, 24 November 2025

Siling Jatuh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Jam empat pagi, mata sudah terbuka luas. Jangan tengok handphone, terus bangun bersiap untuk sahur puasa sunat Isnin. Sambil layan quilling, sambil makan bersahur. Aku masak Mamee Chef Ayam Pedas Shitake, sebab Auni masak the last Wow Spegetti malam tadi. Pepagi buta sudah pekena mi segera, harap tahan lah puasa sampai penghujung hari.

Macam biasa, selesai bersahur pergi mandi, maigosh sejuknyaaa. Hari ni masuk hari kedua hujan tidak berhenti turun, sekejap lebat-sekejap reda begitu sahajalah. Baju diampaian kena dryer bawah kipas dalam rumah, bersusun hanger di kerusi meja makan, hendak ke dobi boleh je cuma aku tak reti jika berseorangan, hahaa~

Terus bersiap, dua hari dalam rumah hari ini kena cari bekalan barang dapur, aku mengemas dapur, daripada dapur beralih ke hall, daripada hall beralih ke garaj kereta, surprise!

Sebaik sahaja membuka pintu, aku melihat keadaan luar rumah berterabur. Ya Allahuakbar, tiles siling garaj jatuh, kena sedikit belakang kereta. Kereta yang baru dibasuh Adli-Arrizqi petang semalamnya comot sebahagiannya, huuuu~ menangis dalam hati sahaja. Tidak mengapa, sudah tiba masanya semua benda perlu diselenggara. Memang sudah berkali aku pesan dengan tuan asben, responnya juga, nantilah~ 

Aku angkat satu persatu tiles yang berkecai, makin diangkat makin berkecai, huaaaa... dengan hujan masih menyiram bumi hatiku rasa argh... sayu. Namun memikirkan, mereka-mereka yang menghadapi ujian lebih hebat daripada ini, maka aku positif sahaja. manatahu tuan asben hendak transform garaj sambung ruang tamu terus macam dewan besar, berangan si Syasya.

Mujur tiada sesiapa bawah tu.
Kena sikit je tu, nanti kita cuci lagi k.
Da minta Adli naikkan lampu tu ke tiang penyokong siling. Rasa yang sebelahnya tu pun bakal jatuh juga. Yang belakang tu dah lama jatuh, adeih. Rumah dah serupa haunted house. Nak ajak orang datang pun segan.
Selesai aku mengemas, aku ajak Adli temankan keluar mencari bekalan, harapannya semoga hujan lebat tidak berlarutan turun. Kasihan pada teman-temanku yang masih berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anak pergi dan pulang sekolah, permudahkan urusan mereka semua Ya ALLAH! Permudahkan semua urusan mereka-mereka yang mengalami banjir. Lindungi mereka semua YA ALLAH.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

YA ALLAH, jadikan hambamu ini orang yang bersyukur.

26 comments:

Suria Amanda said...

Allahuakbar..nasib xde yang cedera...semoga dipermudahkan..

Kakmim said...

Allahu.. dugaan betul.. teruk ke x kereta kena tu cha? dah la en suami x ada.. kena transform jd supermama jugak ni

Aphizha said...

Sekarang musim sejuk Malaysia. Kurang sikit aircond bekerja. Allahuakbar..mujurlah di luar rumah dan tak kena sesiapa. InshaAllah tak lama lagi tu tuan husband pasti akan betulkan. Mesti risau kalau perkara lain pulak terjadi. Minta dijauhkanlah.
Harapnya tak hujan berterusan. Kita pun risau kalau banjir sana sini air naik.

uncle gedek said...

Adus... nak kena keluar kos baiki pulak lepas ni....

Roziah @ Cie said...

bahayanya camtu. semoga takde apa2 la. jiran depan rumah cie ni baru pasang siling, seminggu lepas pasang roboh siling tu. maybe ada warranty lagi ada la kontraktor tu datang repair.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

aiiiiih kak, seram juga.... mobil terkena sikit saja kan? yg penting tak ada yg terluka. hujan lebat tanpa henti ini buat berdebar sangat... takutlah terjadi macam2 yg lebih bahaya

ch@ said...

kakSA: terima kasih kakSA.

ch@ said...

kakMim: So far elok je nampaknya, mungkin jatuh tu kena bahagian bucu kereta saja. Super tak super la kekdahnya, ihiks~

ch@ said...

Aphizha: Itulah, hujan baru dua hari sejuknya sampai ke tulang, siap berstokin, berselimut. Macam mana nak travel negara sejuk jika begini?

ch@ said...

Uncle Gedek: Takpe, sikit je ni. Rezeki ALLAH swt luas.

ch@ said...

Cie: Mungkin faktor cuaca, semua glue jadi lekang dgn cepat. Rumah pun mmg dah lama. Kena cari tukang rumah yg berkualiti.

ch@ said...

Fanny: Betul, selain banjir banyak risiko lain bila hujan turun berterusan, lagi2 bila ada kawasan pembinaan.

Bola Katok said...

Transform garaj? Kereta tak terlibat ke dalam transformasi? 😂

ch@ said...

Bola Katok: Kereta biar saja begitu, I love Alza. Letak gamat sikit okey la dia, hiiiks~

Mama Zharfan said...

ngeri plak tgk gmbr tu...kena repair cepat2 tu..Allahumma yassir

Eyma Balkish said...

Alhamdulillah. tiada orang di situ. Kereta juga tidak rosak teruk.

Mulan said...

Allahu. Moga dipermudah kan semua urusan nya Cha.

ch@ said...

Mama Zharfan: Masa tengok mula tu, berdebar rasa. Keretanya tak apa-apa.

ch@ said...

Eyma Balkish: Sedapnya nama. Alhamdulillah, masih terpelihara kebajikan masing-masing.

ch@ said...

kakMulan: Terima kasih kakMulan, utk kak juga ye.

adnil linda said...

Alhamdulillah, nasib baik takde apa2 yang serius...

ch@ said...

Linda: Alhamdulillah.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Allahuakbar ..mujur tak jatuh atas kepala ..

ch@ said...

CCL: Minta dijauhkan. Semoga yg baik-baik sahaja.

Mznimnwr said...

ya Allah nasib baiklah takde siapa yg tengah lalu lalang masa tu. bosau benau bahagian siling yg jatuh tu

ch@ said...

Mazni: Malam tu mmg dengar benda jatuh, tak expected pun siling, dah pagi hrmmm~ pasrah je la.