5.20pm Isnin: Aku tengah tekun dengan sticker, memang tiada kesudahan nampaknya sehingga tv pun tidak ku hairan. Daktiga dengan aktivitinya, pc games. Hanya dengar suara tv dan dua buah kipas syiling. Dalam kepala merangka menu makan malam sekejap lagi, tiba-tiba~
Sunyi ~
Bekalan elektrik terputus ~
Sepertinya berada dalam sebuah bilik kedap udara, tidak sampai satu minit aku rasa lemas. Aku pening dan bangun membuka luas pintu sliding door, tabir ku selak angin luar yang masuk pun hangat dek cuaca panas. Diluar rumah sudah meriuh dengan jiran berborak, dengan bunyi enjin kereta tidak berhenti. Daktiga sudah mula beralih pergerakkan meninggalkan ruang games, Adli buka lagi pintu yang ada, tiada angin, tiada ribut dan juga tiada hujan.
Sudah sejam berlalu, keadaan bertukar gelap. Adli dan Arrizqi mencari lilin, laporan kepada TNB juga telah dibuat namun untuk memulihkan keadaan haruslah mengambil masa yang lama. Group taman mula meriuh, jika tiada kejadian begini, semuanya buat hal sendiri.
Aku lepaskan maghrib,
"jomlah umie, kita lepak di luar. Panaslah~" Arrizqi mengajak, dia sudah siap mandi dan solat.
"kita makan di Citra Loka Cafe." ujar Adli pula. Aku terfikir juga, memandangkan bateri hp pun sudah ke mode amaran minta diisi.
"siaplah, soh kakak siap. saya beritahu abi uols dulu" setelah dapat kebenaran, kita bersiap.
"adik pakai baju apa?" tanya Adli sewaktu aku pass lilin kepadanya.
"pakai je la apapun, sudah gelap ni apapun tak nampak" bebelku.
"adik, hidupkan enjin kereta dulu." jerit Adli. Arrizqi patuh arahan apabila melihat aku sudah bertudung.
"eh, boleh ke kita buka pagar rumah tu?" aku teringat pagar automatik rumah sendiri.
"ha'a ea? abi bawa apa hari tu?" tanya Adli.
"kelisa, rasanya boleh kot, macam mana jika emergency? mesti bolehkan?" aku bersegera turun mendapatkan kunci rumah dan tekan pintu pagar, fuh lega boleh buka cuma macam siput sikit, punyalah perlahan dia terbuka.
Kita keluar rumah, selepas Isyak. Alhamdulillah kampung bawah sana ada elektrik, jadi lega apabila Citra Loka Cafe (CLC) juga beroperasi macam biasa, kita order menu, kita order air, kita makan sambil berborak. Menyesal pula tidak bawa sticker tadi, boleh buat di bawah lampu kedai CLC ni, hehee~
Selesai makan, kita pergi isi minyak kereta. Bagus juga bawa ke Mesra lepas makan, tidaklah masing-masing merengek hendak bershopping dalam Mesra tu. Auni seat depan, Adli seat tengah, Arrizqi seat belakang sekali, kita lepak atas lebuhraya, jalan baru dekat dengan rumah.
Jalan penghubung kawasan rumah terus ke leburaya atau hospital tanpa melalui kawasan perumahan, sekolah dan terowong ini sudah siap dibina namun masih belum rasmi digunakan, hanya punya satu lorong keluar sahaja, kena bertoleransi untuk laluan dua hala.
Di atas lebuhraya, kita menikmati malam, sambil aku memenuhkan bateri hp. Sambil aku bermuhasabah dan bertazkirah dengan daktiga. Masa yang sangat cantik untuk cerita tentang dunia dan akhirat. Untuk cerita tentang sekolah dan masa hadapan. Untuk cerita tentang kehidupan dan memberi manfaat pada diri sendiri mahupun orang lain. Arrizqi, lelap. Adli, senyap. Auni, hampir menguap. Jam sudah ke angka 10pm. Jomlah balik.
Masuk kawasan taman, rasa sayunya apabila melihat hanya ada beberapa lampu solar menyala. Setiap jalan bergelap, aku memandu perlahan sahaja menghampiri taman rumah, sudah ada sebiji lori Genset (Janakuasa bergerak) bersedia untuk operasi. Jiran sebelah juga dalam kereta dengan lampu menyala, aku juga tidak terus masuk ke rumah sebaik sahaja meletak kereta, rileks dulu.
Tidak lama kemudian, semua menyala seperti sediakala. Kita memulakan aktiviti macam biasa, Alhamdulillah. Sekian cerita satu awal malam putusnya bekalan elektrik. Ini baru tiada elektrik, cuba kita membayangkan lebih advance sedikit? hrmmm~
![]() |
| Daktiga yang suka order air warna traffic light gini. |
![]() |
| Jangan tanya kenapa foto ni jadi nipis, ahah~ |
![]() |
| Lega, malam ni tidak disaspek kakak dorang lagi, wiii~ memokkan saya? |
![]() |
| Lawa sangat. Dari atas lebuhraya. |
![]() |
| Katanya ada kilang terbakar. Asap tu daripada tengah hari lagi namun berita sahihnya tidak aku dengar dek heboh terputusnya bekalan elektrik. |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
Jadilah terang tanpa menghina kegelapan, jadilah teladan tanpa mengkritik yang lain, kerana setiap kita memiliki sisi terang dan gelap masing-masing.





15 comments:
a ah la Cha, malam tadi tengok berita..ada kilang terbakar dekat sg buloh..agaknya sebab tu juga yang tiada elektrik kot
Susah kalau takde elektrik ni apa pun tak boleh buat.
memang mencabar kalau tiba2 blackout sbb tu sumber asas kehidupan...
Senang dah besar ank semuanya..kalo kecik jenuh nak mengendong...
lest year, kawasan perumahan kami kerap blackout. dia selalu jadi setiap hari jumaat. ada yg paling lama tu, dari pukul 3 petang sampai nak dekat 10 malam. ayah saya call TNB bebel2 hahaha
zaman budak-budak dulu, blackout ni antara paling best.. hehe
Linda: Ada mungkinnya. Kita steady je la, guna apa yg ada.
Cie: Kepanasan auto meningkat jadinya.
Mama Zharfan: Otak pun kena laju berfikir utk rancangan seterusnya.
Sueann: Pernah satu ketika dorang kecik, berkepak mak ni haaa~ mengipas nak tidur mmg berkepit je la, hendak keluar tak pandai lagi masatu, baru pindah.
Mazni: Weols tenang je, orang-orang taman yg biasanya mengelupur awal. Aduan semua pun serah pada dorang ja. Kak fikir, kalo makan masa dua tiga hari, kak cabut balik Langat ke, balik Melaka ke.
abuikhwan: zaman budak-budak dulu biasa bertemankan pelita, lampu gasolin, paling canggih abah sambung lampu dgn bateri kereta.
Pukul berapa agaknya ada elektrik semula tu...kesiannya..benda x jangka jadi kan...dulu zaman kecik2 besar2 dak tiga tu..kalau xde elektrik samada bergelap atau bertemankan pelita minyak tanah atau lilin je..kalau pelita minyak tanah, esoknya bangun..hidung hitam berjelaga..hahahaha..
kakSA: Kenangan lalu kakSA tu, tidak jauh beza dgn saya.
Dekat 11pm juga baru disambung semula, itupun guna lori generator.
Kalau tak ada elektrik nak membawa ke malam tu boleh lagilah nak keluar rumah kan. Kalau jadi tengah malam, terpaksalah kita hidupkan lilin. Masing-masing tidur kepanasan di ruang tamu. Ada hikmahnya kejadian, dapatlah makan diluar anak beranak. hihi..tetaplah rasa kakak keluar bersama adik-adik.
Post a Comment