Wednesday, 12 November 2025

Makan Bakso di Nurseri Fajjida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung, bahan dalam peti sudah habis, rindu betul nak makan ikan. Ikan goreng pun jadilah. Ini bermakna kena juga keluar rumah beli groceries. Sudah seminggu kita hanya memerap di rumah sahaja berikutan daktiga cuti penggiliran SPM. Bila badan mula memprotes, kepala mula hendak migrain, tambahan lagi masuk minggu ketiga tuan asben tidak pulang, argh~ sebelum emosi galau meningkat terus, mari kita sedut udara semulajadi. 

Dengan tidak semena-mena, Allah swt hadirkan Fajjida datang rumah jam 11pm untuk memfotostat dokumen anak-anaknya, urgent. Tengok dia berjalan pun, seperti sudah tidak jejak dilantai, dia pasti lebih letih kerana siang di nurseri dan menguruskan tugas hakiki seorang ibu. Teman-temanku yang gagah. Melihat muka Fajjida, teringat pula dia ada gerai bakso dan laksa di nurserinya, bolehla kita ajak daktiga lepak sambil menikmati alam semulajadi.

Umpan daktiga, lepas makan kita pergi SC beli groceries maka semua pakat follow, jika tidak ada je yang tidak mahu follow. Sempat beli keropok lekor 10pcs RM5, kita terus ke nurseri Fajjida. Fajjida tidak ada, dia tidak sihat dan berehat di rumahnya. Dia terlupa, kita ada nyatakan hendak makan di nurseri malam tadi namun tidak mengapalah.

Bakso 4 mangkuk, 3 takmahu sayur, airnya Blue Ocean, Sirap Selasih dan Teh Ais. Emak je yang jarang order air bila di kedai makan, katanya cut sugar namun terliur betul melihat air teh ais Adli. Sabar-sabar.

Makan sambil dikelilingi kehijauan nurseri dan berlatarbelakangkan deruman enjin lori besar lalulalang. Ngeri juga namun aku memilih membelakangkan jalan utama berhadapan dengan Auni. Makan sahajalah. Selesai makan, kita ke SC.

Ke SC dengan daktiga, aku ke bahagian bahan basah dengan Arrizqi, dia menolak troli dan membantu memilih ikan. Abang kakaknya sudah menghilang, ke bahagian confectinary yang paling dekat dengan pintu masuk. 15minit sahaja dalam SC, sebab masing-masing sudah ada sasaran hendak beli apa, aku hanya bayar dan kita terus pulang ke rumah.

Lunch-Tea Break.

Tepi jalan bawah pencawang.

Entrance.

Hati. Cinta. Jiwa. 
Rasa macam bawa member keluar berjalan pun ada.



Malas nak sedondon.

Di rumah, mereka juga yang memunggah barang-barang belian, ahahahaaa~ esoknya dapat juga makan menu ikan, Alhamdulillah. Sekian cerita biasa-biasa sahaja. Actually, me is rinduuu~ uhuuuu....okey sambung layan Ling Bu Yi.

Bonus: Major throwback, zaman rumah berantakan. 





 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Catatan Isnin 10.11.2025.

No comments: