Wednesday, 12 November 2025

Makan Bakso di Nurseri Fajjida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung, bahan dalam peti sudah habis, rindu betul nak makan ikan. Ikan goreng pun jadilah. Ini bermakna kena juga keluar rumah beli groceries. Sudah seminggu kita hanya memerap di rumah sahaja berikutan daktiga cuti penggiliran SPM. Bila badan mula memprotes, kepala mula hendak migrain, tambahan lagi masuk minggu ketiga tuan asben tidak pulang, argh~ sebelum emosi galau meningkat terus, mari kita sedut udara semulajadi. 

Dengan tidak semena-mena, Allah swt hadirkan Fajjida datang rumah jam 11pm untuk memfotostat dokumen anak-anaknya, urgent. Tengok dia berjalan pun, seperti sudah tidak jejak dilantai, dia pasti lebih letih kerana siang di nurseri dan menguruskan tugas hakiki seorang ibu. Teman-temanku yang gagah. Melihat muka Fajjida, teringat pula dia ada gerai bakso dan laksa di nurserinya, bolehla kita ajak daktiga lepak sambil menikmati alam semulajadi.

Umpan daktiga, lepas makan kita pergi SC beli groceries maka semua pakat follow, jika tidak ada je yang tidak mahu follow. Sempat beli keropok lekor 10pcs RM5, kita terus ke nurseri Fajjida. Fajjida tidak ada, dia tidak sihat dan berehat di rumahnya. Dia terlupa, kita ada nyatakan hendak makan di nurseri malam tadi namun tidak mengapalah.

Bakso 4 mangkuk, 3 takmahu sayur, airnya Blue Ocean, Sirap Selasih dan Teh Ais. Emak je yang jarang order air bila di kedai makan, katanya cut sugar namun terliur betul melihat air teh ais Adli. Sabar-sabar.

Makan sambil dikelilingi kehijauan nurseri dan berlatarbelakangkan deruman enjin lori besar lalulalang. Ngeri juga namun aku memilih membelakangkan jalan utama berhadapan dengan Auni. Makan sahajalah. Selesai makan, kita ke SC.

Ke SC dengan daktiga, aku ke bahagian bahan basah dengan Arrizqi, dia menolak troli dan membantu memilih ikan. Abang kakaknya sudah menghilang, ke bahagian confectinary yang paling dekat dengan pintu masuk. 15minit sahaja dalam SC, sebab masing-masing sudah ada sasaran hendak beli apa, aku hanya bayar dan kita terus pulang ke rumah.

Lunch-Tea Break.

Tepi jalan bawah pencawang.

Entrance.

Hati. Cinta. Jiwa. 
Rasa macam bawa member keluar berjalan pun ada.



Malas nak sedondon.

Di rumah, mereka juga yang memunggah barang-barang belian, ahahahaaa~ esoknya dapat juga makan menu ikan, Alhamdulillah. Sekian cerita biasa-biasa sahaja. Actually, me is rinduuu~ uhuuuu....okey sambung layan Ling Bu Yi.

Bonus: Major throwback, zaman rumah berantakan. 





 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Catatan Isnin 10.11.2025.

14 comments:

Suria Amanda said...

comel je semuanya masa kecik...dah besar pun sama la...bakso memang fav akak tapi susah nak jumpa bakso sedap kat Seremban

Roziah @ Cie said...

Sedapnya bakso. Besar bebolanya.

Mama Zharfan said...

cute2 belaka zmn babies2 niiii....anyway i terliur bakso la plakkk..mkm2 BW singgah blog u ni

uncle gedek said...

Olololo... Suka uncle tengok foto diorang masa kecik...

ch@ said...

kakSA: MashaaALLAH Tabarakallah, syukran SA ukhti. Bakso ni, mmg air tangan my fren, Fajjida. Saya suka sebab versi tekak Melayu saya.

ch@ said...

Cie: Ada satu besar dan dua kecil.

ch@ said...

Mama Zharfan: Terima kasih sudi singgah, kita belum BW lagi. Busy. Bakso ni, sup have-have sebab ada bebola daging.

ch@ said...

uncle gedek: Ihiks, suka sedondon. Dah besar, bikin menyirap.

adnil linda said...

kecik2 geram sebab comel.. dah besar, geram juga..tapi sebab lain.. hahaha

Aphizha said...

Kalau kita layan galau, parah jadinya. Kena buat sesuatu juga kan.

Anak-anak ni dah semakin meningkat usia remaja tu jarang nak ikut keluar sekali. Kena paksa jugak ek dengan umpan. hihi...
Syok betul makan dijamu sekali dengan permandangan pokok-pokok cantik.

Lama betul rasanya tak makan bakso. Seronoklah makan-makan dengan member-member :p Tengok gambar masa dorang kecil mesti rindu kenangan lama.

Mznimnwr said...

bestnya dapat bakso bebola besar! saya suka gila dgn bakso. lagi2 sekarang ni musim hujan, sedap hirup kuah panas2.

ee geramnya tengok daktiga masa kecik. bolaat!

ch@ said...

Linda: Betul sangat tu.

ch@ said...

Aphizha: Ihiks~ betul, rasa fresh dapat menghidu oksigen terus dari pepokok. Jika ada Fajjida tu mmg kita makan kat port keliling pokok, nantila lain kali. Ha a, rindu zaman dorang sedondon, ahahaaa makan dgn member kan? semua sama tinggi ja.

ch@ said...

Mazni: Kan, kak suka bakso kawan kak ni sebab versi Melayu punya. Takde yg namanya cilok ke tu? kak kureng sikit benda tu, ahahah~