Aku menunggu keputusan dengan debaran, daripada kegagalan dapat nombor giliran QMS semalam dia telah berpesan agar mengingatkannya supaya ambil nombor giliran jam 6pagi hari ini untuk proses buat passport di UTC. Fuh, dia tidak tahu bahawa doaku tidak putus sejak diberitahu nombor giliran itu habis belum sampai jam 8pagi. Dia memang bangun awal, menunggu lamanya dia bersiap lebih membuatkan aku gusar.
Makanya aku meneruskan rutin, angkat sebakul baju kotor bawa turun, aku perlu tenangkan emosi, buat biasa-biasa ja mengemas dapur dan mendobi. Sedang aku loading baju kotor dalam mesin pencuci, dia masuk dapur menuju kepadaku. Wajahnya tidak sanggup ku lihat hanya dadaku tetiba rasa macam hendak terbang. Say the result, please!
"Mana baju abi semalam? dah basuh ke? tak payah basuhlah, bawa balik sana basuh di sana ja" tanyanya dengan tangan yang ikut galak mencari juga dalam bakul yang ku pegang.
"Seluarnya sekali." aku menghulurkan seluar yang belum pernah ku lihat sebelum ini, sekarang dia sudah bershopping menggunakan alamat rumah Melaka, ihiks~
"Dah, pergi siaplah kita pergi buat passport, kita naik motor tau" fuh, barulah terasa berdarah semula wajahku yang tadinya bukan main tegang lagi, bukan main plain lagi. Dia pula sajaaa bikin hatiku gundah gulana.
Ini bermakna kita jadi dating naik motor, yeah! Aku mengekori langkahnya ke ruang tamu sambil memerhati seluar baju yang dia pakai.
"Seluar baru ke? macam tidak pernah dilihat sebelum ini" aku berbasa basi. Dalam kepala sudah merencana hendak pakai baju apa kejap lagi.
"Iya. Pakai baju warna gelap tau" suaranya sedikit tinggi apabila aku sudah memanjat tangga untuk bersiap. Outfit yang tidak jadi jadi pakai semalam ku ambil semula, blouse hitam, slack hitam dan tudung opkos hitam, tambah lagi blazer warna hitam juga. Naaah, jadi Sang Baja Hitam. I love black outfit, warna outfit Fatimah AzZahra anak Nabi SAW.
Selesai bersiap aku turun dan mencari dokumen yang perlu dibawa, membelek handbag atas meja.
"Nak bawa sling bag tu ke?" dia yang duduk atas sofa bertanya dengan mata tajam memerhati setiap inci pergerakkan aku, ku lihat ruang tamu sudah siap berkemas. Eh?
"Ha'a, tak boleh ea? kena bawa surat beranak ke?" tanyaku polos, kitanya manalah pandai benda-benda gini.
"Bawa sinilah, masuk sini" dia mempelawa barang-barangku untuk masuk dalam pouchbagnya. Aku mencari sijil surat beranak beri kepadanya untuk disimpan, sambung memakai jam tangan, mencari crystal, mencari stokin, nampak sibuk dalam pada masa yang sama aku sedang tenangkan hatiku. Tangan kakiku mula sejuk, aku tidak biasa dengan tergendalanya rutin harianku. Aku sejenis lambat menerima keadaan.
Dia menyimpan purse dan handphone bangun bersedia memanas enjin motorbike. Dia sediakan helmet untuk aku pakai. Ini kali kedua aku akan jadi penunggang motorbikenya.
"boleh tak?" tanyanya, penat pula aku jadi pusat perhatiannya.
"boleh" I'm ready husband. Semua aku sudah stanby. Kita gerak keluar rumah jam 7am. Daktiga pun tidak sempat untuk diberitahu.
Tidak lama di atas jalan, hujan turun. Alamak~ kita lepak di bawah jambatan bersama beberapa penunggang motor yang lain. Bila lagi kita hendak duduk atas penghadang jalan lebuhraya? inikalilah meskipun belakang badan aku sudah basah separuh. Spentot pun basah nyah! Mujur pakai semua hitam.
"Dah jauh baru hujan, jika keluar tadi hujan boleh bawa kereta" perlahan sahaja suaranya menghampiriku sebaik melihat hujan dengan lebih dekat.
"Tak apa, saya suka" betul, review jujur daripada seorang Syasya yang memang penuh harapan untuk dating dengan motor kuasa besar begini. Aku cuba membuka visor helmet, di rumah tadi boleh je buka sendiri, sampai sini jadi sengal pula, memerlukan act of service from yang tersayang, argh geli. Dia membantu membukanya melihatkan terkial-kialnya aku, barulah nampak pemandangan lebih luas.
Apabila hujan sedikit reda, kita mulakan perjalanan semula. Tinggi betul jadi penenggek motor gini, rasa macam cctv, teruja weih. Kali pertama dahulu, aku gigil teruk. Kali ni steady sikit. Cuacanya pun ikut sama bikin romantik, boleh hujan lebat ditengah-tengah, lepas tu kembali cerah. Bila tiba di UTC Sentul, mudah sahaja dapat petak parking, cuba berkereta memang aku di suruh naik dahulu sementara dia mencari parking, tahu sangat. Aku turun motor memerhati dia letak motor dengan elok dan buka helmet. Dia membantuku membuka helmet, ahah~ semua jadi sengal pepagi ni apatah lagi aku memang sudah basah lecun. Dia menarikku dekat ke arahnya, membersihkan belakang badanku sambil diperhati acik-acik duduk di tembok menunggu pasangan keluar pasar bawah UTC. Kemain herlok cantik cerah cuacanya, saja bagi mode blues kan?
Awal betul segala gerai tingkat bawah UTC ni beroperasi, Jabatan Imigresen terletak di tingkat satu. Naik tangga je tak apa, boleh keringkan baju. Orang ramai sudah sedia beratur di luar pintu jabatan. Huih, korang bangun pukul berapa gais?
"kan dah ada nombor, kenapa dorang beratur?" dia bertanya kepadaku dengan matanya meliar sekitar. Orang sudah mula ramai, yang duduk berkumpulan, yang beratur, yang bertanya itu dan ini.
"mungkin kali pertama, basahlah nak duduk" aku merengek kepadanya.
"rasa hendak membuang pula" akulaaa~ pepagi memang wajib membuang.
"pergilah dulu tu ha kat sana, eh ada pasar pagi ye sini?" dia menjawab dan memberi soalan pada masa yang sama apabila melihat papantanda yang tergantung.
"adalah, di bawah tadi. belah tepi. Kita nak g tandas jugala" aku pergi meninggalkan dia duduk dimeja. Usah dingurat suamiku itu. Selesai bercermin, dia menyuruh aku lekas kerana nombor telah pun mula bergerak.
Masuk sahaja dalam pejabat imigresen, nombor telah sampai ke giliran ke 7, weih laju. Aku mengekor dia lagi, menyediakan tempat duduk untukku, mengambil helmet dan blazer dari tanganku, menyerahkan purse dan handphoneku semula. Dia menyambung menonton anime, aku masih memerhati sekitar, sedang dalam menghadam situasi.
"kaunter banyak buka, patutlah laju" rupanya dia pun ikut memerhati juga.
"efisyen, tidaklah lama hendak menunggu" jawabku sambung main game selepas mengambil beberapa photo untuk kenangan.
Tiba giliranku dipanggil, aku tidak membawa fotostat IC. Pegawai meminta aku fotostat lebih dahulu dan menyerahkan semula dokumen kepadanya. Garang-garang wajah pegawai bertugas di kaunter ni, syeram. Buru-buru pergi kepada tuan asben yang sedang juga melihatku pada masa sama.
"kenapa?" dia bertanya.
"fotostat IC depan belakang" laju sahaja dia bangun mengambil IC ku dan berlalu pergi. Tidak lama aku menunggu barang peribadi, dia muncul dengan dokumen yang ku pinta. Macam magic.
Aku ke kaunter semula, serahkan dokumen dan menunggu nombor dipanggil untuk proses bayaran.
"berapa lama siap?" tanya tuan asben sewaktu mendapatkannya.
"tak diberitahu tapi IC saya dengan dia, tunggu je la sekejap" elok aku habis berkata nombor giliran dipanggil di kaunter bayaran. Ok paham.
"nah" dia beriku kad atm untuk proses bayaran. Selesai berurusan kena tunggu sejam untuk ambil pulang the passport. Jomlah kita bersior dahulu.
Kita keluar dari pejabat imigresen menuju deretan kedai makan, bagus UTC ni lengkap dan meriah meskipun bangunannya agak oldschool mungkin bercampur sekali dengan pasar. Kita duduk mengadap kedai roti canai, aku tunggu sahaja dia mengambilkan aku roti kosong dan teh tarik, dia dengan roti telur dan barli suam. Just stay, I love it~ part makan begini biasanya memang aku jadi manja terlebih, daktiga pun kena ambil sendiri but not me, eheh.
Aku makan roti begitu sahaja kerana kuahnya dicampur sambal pedas. Habis sepinggan sedang aku sejukkan teh tarik, terdengar kemeriahan nombor giliranku dipanggil. Loh!
"pergilah tengok, abi tunggu sini" katanya dan aku berlari ke pejabat imigresen semula. Betullah nomborku dipanggil. Wah~ dapat buku maroon untuk kali pertama di umur 41 tahun, ke mana kita? tunggu......
Dia melihatku memegang passport, aku kembali duduk menghabiskan teh tarik sedangkan dia membelek passportku.
"sekejap je siap. 15minit" ujarnya.
"pipi tembam" gitu je dia puji aku. Eh, tu sejenis pujian ke apa? aku hanya besarkan biji mata sahaja kepadanya. Dia senyum sedikit terus menyimpan barang-barangku dalam pouchbagnya, mengemas barang-barang bersedia untuk pulang ke rumah. Berdesup terbang jika meter tu 160, laju ke tu? for me laju gila. Belum sampai 10am kita dah sampai rumah. Rumah serupa seperti yang ditinggalkan pagi tadi kerana daktiga belum keluar gua memasing.
Aku hanya menyambung tugas yang tergendala dan masak tengah hari. Usai Zohor tuan asben kembali semula ke Melaka tempat kerjanya.
"terima kasih untuk semuanya, ayang. Thank you so much~" aku ucapkan terima kasih sewaktu membalas pelukan perpisahan untuk kali ini. Berjanji bertemu lagi nanti-nanti. Alhamdulillah. Terima kasih atas dipermudahkan segala urusannya.
![]() |
| Sejuks~ |
![]() |
| Kerusi gelongsor, sejuk weih. Belakang aku dahla lecun. |
![]() |
| Bila kau pemalu nak ambil gambar. |
![]() |
| Dapat juga sekeping, motor je tak nampak. Okey la tu~ Photo dapat banyak love kat wA. Korang memang suka photo sweet-sweet ea? ahahahaaa~ |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
Bersyukur itu nikmat. Bersabar itu indah.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua oleh-NYA.




No comments:
Post a Comment