Friday, 21 November 2025

Pretime Parfume.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bila sudah lama sangat tidak berjumpa, mulalah hati hendak menggalau. Mula-mula mengadu, bila sudah habis cerita, terlintas idea hendak minta perfume. 

Biasanya beli sendiri sahaja namun kali ini why not, kita try cuba. Kita cuma hendak tahu, bagaimana citarasanya.

Tengah melayan quilling paper art, tiba-tiba dia hulur sebotol wangian. Kecil sahaja tapi bentuknya cantik. Mudah dibawa. Hilang sabar aku jadinya, lekas-lekas sembur ke badan. Wangiii~

Seperti bau gula-gula.

Teringat kali pertama dapat perfume selepas perfume hantaran nikah habis, dapat sempena hari ulangtahun kelahiran ke-29 tahun dahulu. Kenapa? sebab perfume tu mahal dan yang paling mahal pembalut kotak perfume tu sendiri, hahaaa~



Jujurnya aku memang tidak dapat bayangkan seorang inspektor polis membalut kotak perfume untuk isteri. Aku yakin dia balut sendiri, kenapa? sebab balutan tu asal boleh dan terbalut sahaja, hahaaa~. Kenangan memang susah hendak dilupa.

Okey sekian cerita yang entah, aku rindu~! Minggu ni dapat satu je photo selfie.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

1 comment:

adnil linda said...

Nampak sangat polis..pembalut pun ada logo PDRM..kikiki