Bila sudah lama sangat tidak berjumpa, mulalah hati hendak menggalau. Mula-mula mengadu, bila sudah habis cerita, terlintas idea hendak minta perfume.
Biasanya beli sendiri sahaja namun kali ini why not, kita try cuba. Kita cuma hendak tahu, bagaimana citarasanya.
Tengah melayan quilling paper art, tiba-tiba dia hulur sebotol wangian. Kecil sahaja tapi bentuknya cantik. Mudah dibawa. Hilang sabar aku jadinya, lekas-lekas sembur ke badan. Wangiii~
![]() |
| Seperti bau gula-gula. |
Teringat kali pertama dapat perfume selepas perfume hantaran nikah habis, dapat sempena hari ulangtahun kelahiran ke-29 tahun dahulu. Kenapa? sebab perfume tu mahal dan yang paling mahal pembalut kotak perfume tu sendiri, hahaaa~
Jujurnya aku memang tidak dapat bayangkan seorang inspektor polis membalut kotak perfume untuk isteri. Aku yakin dia balut sendiri, kenapa? sebab balutan tu asal boleh dan terbalut sahaja, hahaaa~. Kenangan memang susah hendak dilupa.
Okey sekian cerita yang entah, aku rindu~! Minggu ni dapat satu je photo selfie.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



20 comments:
Nampak sangat polis..pembalut pun ada logo PDRM..kikiki
Effort nak membalut tu ada ok la 😆
Tengok pembalut tu komfom orang takut nak curi! hehehe
Hahaha. asal boleh ek. Best tak bau perfume DKNY tu ?
Linda: Zaman-zaman kepolisan.
Cie: Mesti kena desak dgn member kat opis.
uncle gedek: ahahahaaa~ masuk beg je pun, nak sampaikan ke rumah.
Little Milyy Shop: Jenis wangi tajam. Bau shopping mall yg have-have style gitu.
yg penting, ingatan, effort dan tanda cinta bila dpt hadiah dari yg tersayang!
Hihi..yang penting effort tu Sya. Janji balut gitu dan surprise untuk orang yang tersayang. Cantik tak cantik belakang kira.
Mama Zharfan: aaauch, sweet la you MZ. but, it's true.
Aphizha: Owh, kita hargai semua yg daripada dia. For me, semuanya okey boleh jadikan kenangan.
effort dia tu penting tu..hehehe..Akak suka DKNY tu...
Mak ai.. guna pembalut cop pdrm pulak tu... hihihi... mmg xkan dilupakan la momen ni kan cha
biarlah pembalut seadanya, yg penting isinya hahahahaha..
saya kalau bab parfume memang sukaaa, dan koleksi :D... macam2 wangi dan brand.. sampai tidurpun selalu pakai, biar mood tetap bagus hahahaha
kakSA: Kan, baunya macam bau kedai perfume. Kita panggil bau orang kayangan.
KakMim: Kekal dalam ingatan, hahaa~ ramai yg komen dlm entri tu.
Fanny: Satu masa dulu, kak pernah je kumpul. Selain wangi, bentuk botol perfume tu unik. Lama-lama macam semak pulak melihatnya, terus goodbye. Eh, samaaa... kak pun suka pakai waktu tidur, hahaaa.
Pembalut hadiah tu pun rare .hehehe ..
CCL: ahahaaa, A for effort.
Post a Comment