Monday, 3 November 2025

Scene Stickers Anak 30 tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ketagihan yang masih lagi belum berhenti, bila semua scene menarik telah diborong kita beralih kepada scene dalam buku pula, beli dulu yang kecil. Kita cuba tengok macam mana.


Buku pertama, Miniatur Scene Stickers bersaiz 19cm x 13.5cm, buku ni sesuai untuk kanak-kanak atau yang baru hendak belajar. Alaaa tampal je ikut gambar contoh yang sudah disediakan. Just easy like that. Satu hari aku dapat siapkan 3 atau 4 keping scene. Susah hendak berhenti bila sudah bermula. Ruang stickers yang telah kosong, aku tampalkan scene stickers sekeping-sekeping ikut saiz, buat koleksi untuk healing hari mendatang,

Setelah bergelumang dengan banyaknya scene stickers, aku lebih suka kepada yang bersaiz besar dan yang perlu menggunakan skill untuk menyusun atas papan dasar. Lama aku cari, kerana kebanyakan buku berwarna pink, aku ni kan tegar dengan hijau memang tak geng sangat dengan pink, akhirnya...


Buku kedua, aku pilih warna peach: City Lanscape Collection 5.0 bersaiz 19.5cm x 26cm, terdapat 10 scene bandar dan kawasan dalam negara China, berwarna pink dan purple uols, sungguh memeningkan kepalaku ini. Bagusnya, ambil masa sangat panjang untuk siapkan satu scene. Warnanya tu, too ladies for me. Tambahan lagi, buku ini level hardcore, sticker nya sangat banyak, daripada saiz besar sampai ke halus, sehalus sehelai rumput ataupun seketul batu jalan. Uols rasa? hahaa~ bila dah suka, tolak ketepi itu semua. Akhirnya makan masa sebulan juga untuk 10 scene disiapkan. Sementara menunggu buku baru sampai kita sambung quilling jap. 


Buku ketiga, hrmmm see purple? hahaa~ beli sebab scenenya menarik. Miniatur Scene Collection Series bersaiz 26cm x 19.5cm terdapat 8 scene kecil dan 4 scene besar. Buku ni level middle hard, sebab scene kecil mudah disiapkan banding scene besar. Masih dalam proses. Sayang hendak buat laju-laju. Dalam pada menikmati aku sudah usha buku warna hijau, saiz besar juga. Sabar, kena buat sebulan beli satu sahaja, tidak lari buku dikejar. Ihiks~

Baiklah, sekian cerita aku hendak mop lantai rumah kejap. Hari ini housekeeping, kena buat sampai peluh lecun baju, ater nak kurus kan. Bukan kurus, tapi hendak kembalikan BMI cun semula. Semoga semua urusan berjalan lancar. Goodluck anak-anak SPM. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

ENJOY THE LITTLE THINGS~

16 comments:

Ana Jingga said...

Okay faham, macam tu kegunaannya ye Cha, selalu je kak ana nampak buku sticker gini , ingatkan untuk koleksi kanak-kanak rupanya ada juga dewasa yang jadikannya koleksi, menarik sebenarnya bila kita ada koleksi hobi pelbagai ni.. kak ana suka juga :)

adnil linda said...

Semoga dapat peluh lencun² ya... Mau kita pun terjebak dengan sticker nie kang

Mama Zharfan said...

apa2 hobi pun ok jer, ikut taste masing2 gitu

Roziah @ Cie said...

Masih tak faham dengan sticker ni 😅

Mulan said...

Macam2 design stickers sekarang kan

ch@ said...

kakAna: Ada banyak sangat kak, boleh pilih. Mak-mak je yg rajin membeli buku ni.

ch@ said...

Linda: Dapat peluhnya awak, kucing buat onar bawa masuk burung dlm rumah. Belilah, buat healing masa tgh marah. Leka~

ch@ said...

Mama Zharfan: benar sekali. janji hati gumbira.

ch@ said...

Cie: nanti dah siap satu scene ni, kita detailskan lagi.

Mznimnwr said...

ni sticker 3D jugak ke? huhh banyak banyak je objek2 kecik kena tampal tu xD

ch@ said...

kakMulan: Sampai yg main tu bukan budak-budak lagi.

ch@ said...

Mazni: Iya dek, semua 3D scene stickers ni. Iya banyak item kekecik, kadang kak pun skip. Maleh tampal.

Suria Amanda said...

comel je mak dak tiga minta main sticker ni..cantik2 semuanya

ch@ said...

kakSA: Ahahahaaa~ sampai kena marah dgn daktiga leka sangat bermainnya. Cantik bukan? kita sampai dah ketagih membeli.

Aphizha said...

Jenis buku ni senang sikit nak menyimpan koleksinya. Ralit kalau buat tampal-tampal ni. Benda kalau dah suka, kita menikmatinya dengan cara kita sendiri. Buat laju-laju nanti cepat siap, kang tak ada aktiviti pulak nak dibuat kan.
Mohlah kita usaha nak capai BMI ideal. Banyak nak kena turunkan ni. Risau bila nak timbang tu haihhh...

ch@ said...

Aphizha: Benar sekali. Siap baca komen Fiza ni, kita order buku tu lagi, ahaaa~
Itulaaa, BMI da overweight. Sedang gigih nak normalkan semula.