Monday, 24 November 2025

Siling Jatuh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Jam empat pagi, mata sudah terbuka luas. Jangan tengok handphone, terus bangun bersiap untuk sahur puasa sunat Isnin. Sambil layan quilling, sambil makan bersahur. Aku masak Mamee Chef Ayam Pedas Shitake, sebab Auni masak the last Wow Spegetti malam tadi. Pepagi buta sudah pekena mi segera, harap tahan lah puasa sampai penghujung hari.

Macam biasa, selesai bersahur pergi mandi, maigosh sejuknyaaa. Hari ni masuk hari kedua hujan tidak berhenti turun, sekejap lebat-sekejap reda begitu sahajalah. Baju diampaian kena dryer bawah kipas dalam rumah, bersusun hanger di kerusi meja makan, hendak ke dobi boleh je cuma aku tak reti jika berseorangan, hahaa~

Terus bersiap, dua hari dalam rumah hari ini kena cari bekalan barang dapur, aku mengemas dapur, daripada dapur beralih ke hall, daripada hall beralih ke garaj kereta, surprise!

Sebaik sahaja membuka pintu, aku melihat keadaan luar rumah berterabur. Ya Allahuakbar, tiles siling garaj jatuh, kena sedikit belakang kereta. Kereta yang baru dibasuh Adli-Arrizqi petang semalamnya comot sebahagiannya, huuuu~ menangis dalam hati sahaja. Tidak mengapa, sudah tiba masanya semua benda perlu diselenggara. Memang sudah berkali aku pesan dengan tuan asben, responnya juga, nantilah~ 

Aku angkat satu persatu tiles yang berkecai, makin diangkat makin berkecai, huaaaa... dengan hujan masih menyiram bumi hatiku rasa argh... sayu. Namun memikirkan, mereka-mereka yang menghadapi ujian lebih hebat daripada ini, maka aku positif sahaja. manatahu tuan asben hendak transform garaj sambung ruang tamu terus macam dewan besar, berangan si Syasya.

Mujur tiada sesiapa bawah tu.
Kena sikit je tu, nanti kita cuci lagi k.
Da minta Adli naikkan lampu tu ke tiang penyokong siling. Rasa yang sebelahnya tu pun bakal jatuh juga. Yang belakang tu dah lama jatuh, adeih. Rumah dah serupa haunted house. Nak ajak orang datang pun segan.
Selesai aku mengemas, aku ajak Adli temankan keluar mencari bekalan, harapannya semoga hujan lebat tidak berlarutan turun. Kasihan pada teman-temanku yang masih berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anak pergi dan pulang sekolah, permudahkan urusan mereka semua Ya ALLAH! Permudahkan semua urusan mereka-mereka yang mengalami banjir. Lindungi mereka semua YA ALLAH.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

YA ALLAH, jadikan hambamu ini orang yang bersyukur.

1 comment:

Suria Amanda said...

Allahuakbar..nasib xde yang cedera...semoga dipermudahkan..